Gedung Wayang Malaysia dan Antarabangsa. Platform buat kaki2 wayang Malaysia semua untuk mendapatkan maklumat @ bertukar-tukar pengetahuan mengenai cerita wayang yang sedang dan akan ditayangkan
trailer Transformers 2 dh pun kuar kt pawagam2 skang. no wonder la sbb xlme je lg filem ni akan kuar. dgn benchmark yg tinggi based on the first film (aku bg 5 bintang utk first film, so klu movie br ni lg best aku dh abis bintang dh nk bagi), cabaran besar menanti Transformers 2: Revenge of the Fallen dan pengarahnya Michael Bay.
selain dari pertambahan bilangan robot2 yg akan kuar dlm filem kedua ni nnti, apakah kejutan lain yg dibawa? Michael Bay + Steven Spielberg, bila 2 org yg power bergabung tenaga, plus CG team yg gempaq... aku xdapat bayangkan in case tetiba film br ni failed... :( well, wat more can you aspect... it should be perfect!
ok, before we go further... korang compare dulu trailer dia yg first (in case korang dh lupa) ngan yg second ni n pe korang rse...
Transformers
Transformers 2: Revenge of The Fallen
well, konsep trailer dua2 pun lebey kurang jer... n buat mse skang ni ape yg kta tau ialah more robots and musuh yg lebih jahat+ganaz+horor (itula yg aku ske... wahaha). more robots means byk rekabentuk robot nk kena buat. so dlm case ni, Hasbro get involve dgn serius dlm pembentukan robot.
so cmna dengan jalan cite dia? basically menceritakan pasal robot jahat bernama Fallen yg bakal menghoror kan dunia. kalau baca info dr website2 rasmi mmg xbyk diaorg bgtau... korang kene baca forum! tp demi menaikkan semangat korang, few key aku bg. ni dpt tau from forum ar, klu salah jgn salahkan aku plak.. hehe.
Sam mintak tlg member dia team-up ngan bumblebee, carik Autobots lain... sbb dpt cite dr Optimus yg Fallen ada kt bumi
Diaorg jmpa ngan JetFire, satu robot Decepticon and bgtau psl Fallen... ajak dia berganding bahu join Autobots setelkan mslh Fallen
Sementara tu, Decepticon plak terbahagi kpd 2 group. group Screamer nk join venture ngan Fallen utk hancurkan bumi, group Ravage plak nk hidupkan balik Megatron.
It's getting serius n terlalu byk pergaduhan berlaku, so diaorg settle up jmpa kt Egypt, tmpa Fallen disemadikan. Then suddenly, Fallen bangun dari tido...
Transformers 2 akan ke pawagam summer ni, dijangka 24 Jun 2009. I'll make sure akan dptkan tiket utk first show, sbb dijangkakan the best movie for 2009! Jom Wayang bro...
Dah lambat pn nk review cerita ni..tpi ok lah dari takde langsung.Filem arahan yasmin sebelum ni mmg unik dan menarik, begitu juga dgn talentime. Papehal korg layan jer review cerita ni eh...
Summary Filem Yasmin Ahmad yang less kontroversi kali ni.. tp bagi peminat filem Yasmin..mesti tabik sekali lagi sbb berjaye hasilkan satu lagi filem yang menyentuh emosi penonton ditambah plak ngan lakonan barisan muka2 baru mcm Jaclyn Victor (pandai juga die belakon).. Pamela Chong (adik vince AF-pemenang Amazing Race), Mahesh Jugal Kishore (watak utama sebagai bisu & pekak) & Howard Hon Kahoe. Bila dtg tgk movie ni kat Midvaley baru-baru ni.. wayang penuh dengan orang India & Melayu sebab filem Yasmin kali ni melibatkan percintaan antara orang Melayu & orang India..heheh
Spoiler (amaran: jgn baca klu nk tonton cite ni!) TALENTIME mengisahkan pasal program TALENTIME yang dianjurkan di sebuah sekolah.. ramai dtg ujibakat untuk menang hadiah utama iaitu RM1000. Antara yang terpilih untuk masuk ke pertandingan antaranya adalah watak Melor..untuk bakat nyanyian(Pamela Chong), Kahoe yang berbakat main Er Hu.. & Hafiz – menyanyi & gitar (Syafrie Nashwip).. Watak Cikgu Adibah yang dimainkan oleh Adibah Noor memang ternyata penyeri filem ini. Untuk ke sesi latihan ujibakat TALENTIME ni..Mahesh (watak bisu & pekak) ditugaskan untuk mengantor dan ngambik Melor ke sekolah dan hantar blk ke rumah dengan menaiki motor. Dari situ la mulenye bibit cinte Melor & Mahesh..namun cinta mereka dihalang oleh keluarga Mahesh.
Keluarga Melor juga digambarkan sangat bahagia & sporting Kisah & mereka mempunyai orang gaji berbangsa Cina iaitu Mei Ling. Agak menarik apabila Datin (Ida Nerina) yang selalu memandang sinis Mei Ling akhirnya malu sendiri apabila mengetahui orang gaji tersebut telah lama Muslim. Konflik lain pulak antara rase cemburu Kahoe pada si Hafiz yang pandai dalam pelajaran. Walau bagaimanapun Hafiz tersangkut ngan konflik dimana ibunya nya ( Azean Irdawati ) sedang sakit tenat di hospital. Persembahan Hafiz juga sangat emosi kerana lagu yang dinyanyikannya pada hari pertandingan TALENTIME ditujukan kepada ibunya yang baru sahaja meninggal dunia. Pandangan Kitaorg
Filem TALENTIME adalah filem dari Malaysia untuk orang Malaysia. Filem yang sesuai untuk tontonan semua bangsa dan banyak terselit nilai hidup yang berkisarkan kasih sayang sesama manusia. Filem ni agak santai dan menyegarkan sebab semua props dan set berlatarbelakangkan KLASIK-MODEN-MELAYU. Ini baru FILEM MALAYA. Kredit juga buat pilihan lagu2 yang dimainkan di dalam pilihan ini. Contohnya Ore Piya & Angel dari Atilia.. Penonton mesti akan kuar wayang ngan senyuman
movie yang ditunggu2 sekian lama, akhirnya keluar jua. Sequel ke 4 fast and furious sudah ada di pawangan, da kitorg da tgk cete tu. best sgt....sgt....sgt.
Summary
F&F 4 merupakan sambungan kepada F&F 1 yang mane menceritakan kisah Dominic Toretto aka Dom (Vin Diesel) selepas diburu oleh pihak berkuasa di US( biasa la, kes bertimbun kat balai, kena buru). Dom telah banyak merantau@melarikan diri ngan aweknye, Letty (Michelle Rodriguez), tp kat mane dia p pun, still lagi byk buat kesalahan dan jenayah. so akibat takut awek dia join dia masuk jail, dia pun tinggalkan awek dia.
setelah sekian lama, akhirnya dia terima berita bahawa awek dia, telah dibunuh. so kembali la dia ke US nak cari sapa pembunuh awek kesayangan dia tu. time dia mencari tu, tersempak la plak ngan member lama yg dulu telah memecah belahkan so called Family dia iaitu Brian O'Conner (Paul Walker). Brian sebenarnya masuk balik jd polis tp bahagian FBI plak yg maner sedang menyiasat pasal network pengedaran dadah yang menggunakan driver2 "10 second cars" utk menyeludup dadah. last2 dorg pun sama2 berkerjasama utk menumpaskan drug lord nie.
Spoiler (amaran: jgn baca klu nk tonton cite ni!)
xde spoiler nak bgtau korg, tp satu jer, kete mustang Dom yg lama dulu ada lagi. power tu beb.
Pandangan Kitaorg
cete F&F 4 nie sebenarnya stright forward jer, awek mati, cari pembunuh, jumpa member lama, racing, kill the killer. that it. but ape2 pun action and scene racing dia tambah menarik, specially part seludup dadah lalu tunnel sempit dgn kete yang dibwk laju. tu tak kira racing pakai GPS. mcm Need For Speed most wanted la plak. hehe...
ini bukanlah cerita ultraman yg mengisahkan raksasa yg berlawan dgn ultraman (sbnrnya juga ialah alien)... tp ni al kisah psl movie yg akan dtg Monsters vs Aliens. klu korang pg panggung lately mesti dh tgk trailer dia btul x?
before aku cite sinopsis cite ni, aku bg korang tgk trailer dia yg klakar dulu bg yg belum penah tgk:
Wpun mcm khabar angin yg kita dengar kerajaan amerika, tp hakikat mereka menyimpan raksaksa pelbagai bentuk adalah benar... tp dlm cite ni jer...
mse meteor jatuh ke bumi, Susan (Witherspoon) iaitu seorang manusia biasa yg tgh buat berkawin telah terkena meteor tu dan mengakibatkan saiz badannya menjadi besar. secret government centre US tangkap dia dan meletakkan dia dgn makhluk2 pelik lain. maka semenjak aritu dia dianggap sbg raksaksa.
di pusat tahanan tu, Susan telah berjumpa ngan kengkawan baru spt Dr. Cockroach phD (prof yg berkepala lipas), B.O.B (makhluk lembik bermata satu yg sengal), The Missing Link (makhluk manusia ikan) dan makluk larva serangga yg bersaiz besar tp penakut bernama Insectasaurus.
One day, alien telah turun ke bumi utk menakluk dunia. maka raksaksa2 baik ni pun dipanggil utk menyelamatkan human kind. dengan gaya penceritaan yg lawak, ktaorg pasti mesti xkering gusi punya tgk cite ni ;) owh, btw animasi ni dreamworks yg buat... so make sure korang booking satu pawagam k... chow!
12 Rounds citer terbaru yang kami layan baru-baru nih.Filem ini bolehlah dikategorikan sebagai filem action pack yang dibintangi oleh John Cena, Aiden Gillen, Ashley Scott, Steve Harris, Brian J. White dan Gonzalo Menendez. Kalo korang memang jenis suka citer die hard ke mmg sesuai r korang layan citer ni papehal baca review dlu tengok ye.....layan.....
Summary
Ok pembukaan cerita nih dimulakan dengan aksi kejar-mengejar antara Danny Fisher pegawai polis New Orleans (John Cena) dengan penjenayah yang dikehendaki FBI Miles Jackson (Aiden Gillen).Malangnya teman wanita Miles terbunuh semasa mereka dikejar. Setahun kemudian, Miles berjaya melarikan diri dari penjara florida dan ingin membalas dendam atas kematian teman wanitanya. Bermula dengan rumah Fisher diletupkan dan kekasih Fisher, Molly(Ashley Scott) diculik,Miles memaksa Fisher menyelesaikan 12 pusingan cabaran yang telah direka sebelum dia dapat menyelamatkan Molly, Jika gagal Molly mungkin akan menerima nasib yang sama seperti kekasih Miles.Adakah Fisher dapat menyelesaikan kesemua pusingan tersebut?Adakah Molly dapat diselamatkan dari cengkaman Miles?Jom Wayang di pawagam berhampiran anda!!!
Spoiler (amaran: jgn baca klu nk tonton cite ni!)
Pembukaan cerita bermula dengan Fisher berusaha menangkap Miles dalam aksi kejar-mengejar.Miles yang terkenal dengan pengedaran senjata haram tidak membiarkan dirinya ditangkap dengan mudah.Malangnya teman wanita miles terbunuh sewaktu cuba melarikan diri dari Fisher.Setahun kemudian,Miles yang dahulunyer berjaya ditangkap Fisher berjaya melarikan diri dari Penjara Florida.Kali ini dengan misi untuk membalas dendam di atas kematian teman wanitanya.
Pembukaan cabaran tersebut dimulakan dengan Miles meletupkan rumah Fisher sebaik sahaja Molly keluar pergi ke tempat kerja. Fisher yang terkejut di atas kejadian tersebut bergegas untuk mendapatkan Molly bagi memastikan keselamatan isterinya.Malangnya Molly berjaya diculik oleh Miles sebaik sahaja turun dari feri yang dinaikinya.Bermula dari situ Miles memaksa Fisher untuk menyelesaikan 12 cabaran dan jika gagal dia tidak akan dapat berjumpa dengan Molly lagi.
Setiap cabaran yang dilakukan Fisher telah menyebabkan bermacam-macam kerosakkan dan kemusnahan yang berlaku.Dengan Tema 'biar suma rosak asal aku dapat balik kekasih aku' Fisher berterusan merosakkan bandar New Orleans dengan pelbagai cara. Melanggar kereta,merosakkan sistem pencawang elektrik untuk menghentikan tram,memandu firetruck secara merbahaya dan lain-lain.
Selain itu Miles Jackson dapat dilihat sebagai mastermind dalam setiap cabaran yang mana die terkenal sebagai seorg arm dealer dengan kerjanya melakukan letupan rumah, bangunan dan menggunakan banyak sim kad untuk mengelakkan dia mudah dikesan oleh FBI (jenuh nk register byk no tuh).
Dipertengahan cerita Fisher mendapati setiap cabaran yang diselesaikan rupa-rupanya ada maksud yang tersirat.Tujuan asal Miles bukanlah untuk membalas dendam tetapi adalah kerana wang semata-mata. Setiap perkara yang diselesaikan oleh Fisher dan kerosakkan yang dilakukannya rupanya memudahkan Miles mencuri wang kira-kira USD 100juta dari simpanan sebuah badan kerajaan.
Molly yang bekerja di sebuah general hospital di New Orleans digunakan sebagai akses Miles ke dalam bangunan tersebut untuk melarikan wang dengan menggunakan helikopter.Dengan gandingan Fisher dan George Aiken seorang pegawai FBI yang ditugaskan menangkap Miles, mereka berjaya meneka tempat dimana Miles akan melarikan diri.
Miles memaksa Molly menerbangkan helikopter di hospital tersebut dan dalam masa yang sama Fisher sempat tiba dan terus melompat ke arah helikopter tersebut.Berlaku pergelutan antara Miles dan Fisher.............nama pun hero wrestler komfom dia menang...sebelum copper tuh meletup dek kerana bom Miles,hero and heroin ni pn lompat dari copper tu terjun masuk kolam air...the end...
Pandangan Kitaorg
hurm kami merasakan cerita ni agak menarik dan menghiburkan.Memang digalakkan pergi tengok tambah2 kalo korang hardcore fan citer die hard.Apa yang leh diperkatakan citer ni mmg klon die hard dgn fast pace storyline dan xder meleret-leret.kalo makan popcorn sedar2 dah abeh jer popcorn tuh...gitu r gambaran menunjukkan cerita ni membuat korang xberanjak dari tempat duduk korg.
Pada pendapat kami, kekuatan cerita ni adalah keinginan untuk mengetahui apa cabaran yang mesti diselesaikan oleh Fisher untuk menyelamatkan Molly.Aksi memang hebat contoh time die nk selamatkan tram dari langgar orang ramai.memang best btol..korg mesti tengok.
Pengkritik filem antarabangsa ada yang memberi komen negatif tentang cerita ni sebab die ala-ala die hard dan filem speed yang penah hit satu ketika dlu..tpi pada kami,filem ni memang menarik dan worth untuk ditonton.Pilihan untuk menjadikan John Cena sebagai hero memang tepat dan bersesuaian dengan pace cerita nih
Cuma satu je lah nk komen kat en John Cena nih...dia kena pandai berlatih lagi untuk mimik muka sedih sket sbb die nampak tak kena jer masa die sedih....contoh time kawan baik dier mati kne bom dalam bangunan, kalo korang tengok muka John Cena macam tak sedih jer...haii kalo die nak jadi pelakon yang bagus..die kne praktis lagi.
Watak Molly yang dilakonkn oleh Ashley Scott boleh dipuji.Walaupun dia tak banyak dialog sebab dia kena culik, tetapi die dapat menterjemahkan ketakutan diculik harus mendapat kredit dan pujian.
Penutup cerita ni agak tipikal dan macam rasa biasa2 jer..mungkin ayat terakhir Fisher boleh buatkan korang ketawa sket kot...xper korang layan jer r
Papehal kitorang suka cerita nih dan memang sesuai untuk tontonan umum dan setiap lapisan masyarakat tidak kira umur, bangsa dan warna kulit.
Agak lmbt skit review movie ni... tp xpe kot ;) Cite ni dibintangi oleh Dwayne Johnson aka The Rock yg mmg ske berlakon cite2 fantasi and cite utk bbudak. So klu korang nk bawak anak2, adik2 mahupun anak2 sedara, this is one of the movie they will like :)
Summary
Cite ni mengisahkan seorang pemandu teksi bernama Jack Bruno (Dwayne Johnson). Kisah bermula dengan Jack bertugas mengambil dan menghantar penumpang kt/dari sebuah ekspo UFO n alien kt Los Angeles. Antara penumpangnya ialah Dr. Alex Friedman, saintis yg taksub dgn dunia alien dan dua org budak iaitu Sara (AnnaSophia Robb) dan abangnya Seth (Alexander Ludwig) yg ingin 'pulang ke rumahnya'.
Semasa dalam usaha Jack Bruno menghantar kedua-dua budak tu pulang, pelbagai halangan dilalui mereka. Setelah melalui beberapa peristiwa ganjil, barulah Jack dpt tau yg sebenarnya kedua2 budak itu ialah alien yg ingin kembali ke planet mereka. Namun, rintangan dari pihak kerajaan US yg ingin menangkap Sara dan Seth bagi melakukan kajian ke atas mereka, menyukarkan lagi usaha untuk kembali ke planetnya. Dapatkah Jack dan Dr. Alex membantu mereka? Jom ke wayang beb!
Spoiler (amaran: jgn baca klu nk tonton cite ni!)
Sara ialah alien yg mempunyai kuasa mengawal objek dari jauh serta membaca minda manusia. Sementara abangnya yg xpercaya kpd manusia plak boleh mengawal molekul objek, dengan kata lain boleh menjadikan sesuatu objek itu keras atau lembut, dan juga menembusi objek tersebut.
Sara dan Seth mempunyai satu tujuan turun ke bumi. Planet mereka telah hampir musnah kerana sudah diliputi gas beracun, n satu-satunya cara menyelamatkan diri mereka ialah dgn berpindah ke planet lain. Bapa Sara n Seth yg merupakan saintis, mendapati bumi mempunyai ciri-ciri hampir sama yg membolehkan mereka tinggal di bumi. Maka bapa mereka mencadangkan supaya mereka berpindah secara aman n tinggal bersama2 di bumi.
Pihak military planet mereka pula tidak bersetuju dgn cadangan tersebut. Oleh kerana bapanya memberontak, maka bapanya dipenjarakan. tetapi bapanya sempat mengarahkan Sara dan Seth, utk ke bumi bg mendapatkan hasil kajian yg diletakkan di bumi secepat mungkin, supaya bumi tidak akan diserang. Pihak military yg tau Sara dan Seth pg ke bumi telah menghantar alien ala2 predator bernama Siphon.
Semasa tiba di bumi, UFO Sara dan Seth telah terhempas. UFO mereka telah diambil oleh US government dan ianya menyukarkan lagi usaha mereka mendapatkan device yg ditinggalkan bapanya sbg hasil kajian. Sara dan Seth bernasib baik kerana menaiki teksi Jack, lalu meminta Jack membawa ke destinasi yg dikehendaki.
After dpt device yg dikehendaki, mereka perlu mendapatkan semula UFO mereka. Oleh kerana xtau nk mula dr mne since xtau kt ne UFO diaorg, mereka pun bjumpa ngan Dr Alex, saintis yg dikenali Jack semasa menaiki teksinya. Dr Alex mintak tlg member dia utk allocate kt mne UFO tersebut dan menjangkakan UFO itu berada di Witch Mountain.
Sara dan Seth telah ditangkap oleh military semasa di Witch Mountain tetapi berjaya diselamatkan oleh Jack dan Alex dr dijadikan bahan kajian. Akhirnya mereka berjaya mendapatkan semula kapal UFOnya. Namun begitu Siphon turut berjaya menaiki kapal tersebut semasa menyerang Witch Mountain. Dengan bantuan Seth, Siphon akhirnya berjaya dikalahkan apabila ditolak jatuh dari UFO. Setelah menurunkan Jack dan Alex, Sara dan Seth pun terbang kembali ke planet mereka.
Jack dan Alex pulak couple xlame pas tu. Jack telah jadi jurucakap kpd Alex, membantu Alex dalam bidang aliennya. In the end, tetiba communication device yg ditinggalkan oleh Seth kpd mereka berbunyi menandakan mereka mungkin akan kembali...
Pandangan Kitaorg
Pacing cerita ni agak menarik di mana tidak ada meleret2... bahkan ianya bermula seawal 10-15minit pertama cerita dan tidak banyak terhenti. satu jam dirasakan sgt sekejap. Jalan cerita bagaimanapun agak lemah, bermakna masih ada isu yg boleh menjadi tanda tanya spt apa terjadi dengan Seth dan Sara sekembalinya ke planet mereka dsb. Namun, oleh kerana target audiencenya ialah bdk2... so it is acceptable. Unsur2 lawak ringan yg dipaparkan menjadikan ianya lebih menarik... namun sekiranya diperbanyakkan lg mungkin akan menjadikan filem ini lg best.
Lakonan Dwayne pula dilihat tidak menghampakan penonton. Sekiranya dibandingkan dgn filem pertamanya, banyak peningkatan dpt dilihat. Lakonan yg lebih realistik dan berkesan. Pemilihan AnnaSophia sbg watak Sara pula biasa shj dan tidak mencabar. begitu juga dengan watak yg diberikan kpd Alexander. Mb faktor pakej rupa diambil kira dalam pemilihan watak mereka berdua, bg menarik minat remaja2 utk turut menonton.
Dari segi titlenya iaitu 'Race to Witch Mountain' pula dirasakan kurang sesuai kerana mereka sbnrnya tidak berlumba dgn sesiapa pun... cuma mengejar masa. Lagi pun babak untuk ke Witch Mountain tu sangat singkat dan mudah. Jika dilihat dari segi endingnya, cerita ini boleh dibuat kesinambungan. Namun oleh kerana tajuknya terlalu spesifik, maka mungkin agak sukar untuk memperlihatkan kesinambungan cerita melalui tajuk untuk tujuan publisiti kelak.
So secara rumusannya... ianya akan jd sgt menarik utk ditonton oleh kanak2. tp utk org dewasa plak: