Jumaat, 6 Mei 2011

Fast And Furios 5



Wayang filem mat saleh yang ditunggu-tunggu telah pun menjengah panggung wayang di seluruh Malaysia bermula 5 Mei 2011. Filem penuh aksi bersama kereta-kereta yang semestinya laju gila dengan disertakan awek cun melecun dan seksi.


Summary
Dom telah diselamatkan oleh Brian dan adiknya semasa dalam perjalanan ke penjara. Mereka akhirnya melarikan diri ke Rio De Janeiro untuk bertemu Vince, rakan lama Dom. Mereka menyertai satu misi merampas kereta-kereta yang di tahan polis dimana ianya diletakkan didalam keretapi.

Tetapi, masalah berlaku. Mereka terpaksa melawan taiko dadah dan gangster terbesar di Rio. Selain itu, muncul pula pasukan khas CIA yang diketuai Hobbs. Hobbs cuba menjejaki mereka tetapi akhirnya dia dan pasukannya bertempur dengan kumpulan taiko dadah tersebut. Rakan-rakan Hobbs semuanya mati kecuali dia kerana Dom telah menyelamatkannya.

Demi membalas dendam terhadap taiko tersebut, Dom dan rakan-rakannya telah merancang untuk mencuri semua wang si taiko. Apa lagi yang akan terjadi? Saksikan di pawagam berdekatan tempat anda tidur. Hehee.



Spoiler (amaran: jgn baca klu nk tonton cite ni!)
Last sekali, Hobbs melepaskan Dom kerana terhutang nyawa dengannya. Mereka berjaya mencuri kesemua wang taiko tersebut dan hanya meninggalkan bilik kebal yang kosong. Mereka hidup bebas dengan wang yang telah diagihkan sama rata. 


Pandangan Kitaorg
Seperti siri filem ini yang lain, memang dijangkakan ada aksi-aksi menarik dam merbahaya di sepanjang jalan cerita Fast 5 ini. Sangat megujakan dan best untuk ditonton. Tak rugi pun tau habiskan duit sikit untuk menonton Fast 5 ni.

Kitaorg Rase...
Grafik & Efek
Kamera & Cinematography
Bunyi & Muzik
Jalan Cite
Penutup
Mesti Tengok?