Summary
Cite ni mengisahkan seorang pemandu teksi bernama Jack Bruno (Dwayne Johnson). Kisah bermula dengan Jack bertugas mengambil dan menghantar penumpang kt/dari sebuah ekspo UFO n alien kt Los Angeles. Antara penumpangnya ialah Dr. Alex Friedman, saintis yg taksub dgn dunia alien dan dua org budak iaitu Sara (AnnaSophia Robb) dan abangnya Seth (Alexander Ludwig) yg ingin 'pulang ke rumahnya'.Spoiler (amaran: jgn baca klu nk tonton cite ni!)
Sara ialah alien yg mempunyai kuasa mengawal objek dari jauh serta membaca minda manusia. Sementara abangnya yg xpercaya kpd manusia plak boleh mengawal molekul objek, dengan kata lain boleh menjadikan sesuatu objek itu keras atau lembut, dan juga menembusi objek tersebut.
Sara dan Seth mempunyai satu tujuan turun ke bumi. Planet mereka telah hampir musnah kerana sudah diliputi gas beracun, n satu-satunya cara menyelamatkan diri mereka ialah dgn berpindah ke planet lain. Bapa Sara n Seth yg merupakan saintis, mendapati bumi mempunyai ciri-ciri hampir sama yg membolehkan mereka tinggal di bumi. Maka bapa mereka mencadangkan supaya mereka berpindah secara aman n tinggal bersama2 di bumi.
Pihak military planet mereka pula tidak bersetuju dgn cadangan tersebut. Oleh kerana bapanya memberontak, maka bapanya dipenjarakan. tetapi bapanya sempat mengarahkan Sara dan Seth, utk ke bumi bg mendapatkan hasil kajian yg diletakkan di bumi secepat mungkin, supaya bumi tidak akan diserang. Pihak military yg tau Sara dan Seth pg ke bumi telah menghantar alien ala2 predator bernama Siphon.
Semasa tiba di bumi, UFO Sara dan Seth telah terhempas. UFO mereka telah diambil oleh US government dan ianya menyukarkan lagi usaha mereka mendapatkan device yg ditinggalkan bapanya sbg hasil kajian. Sara dan Seth bernasib baik kerana menaiki teksi Jack, lalu meminta Jack membawa ke destinasi yg dikehendaki.
After dpt device yg dikehendaki, mereka perlu mendapatkan semula UFO mereka. Oleh kerana xtau nk mula dr mne since xtau kt ne UFO diaorg, mereka pun bjumpa ngan Dr Alex, saintis yg dikenali Jack semasa menaiki teksinya. Dr Alex mintak tlg member dia utk allocate kt mne UFO tersebut dan menjangkakan UFO itu berada di Witch Mountain.
Sara dan Seth telah ditangkap oleh military semasa di Witch Mountain tetapi berjaya diselamatkan oleh Jack dan Alex dr dijadikan bahan kajian. Akhirnya mereka berjaya mendapatkan semula kapal UFOnya. Namun begitu Siphon turut berjaya menaiki kapal tersebut semasa menyerang Witch Mountain. Dengan bantuan Seth, Siphon akhirnya berjaya dikalahkan apabila ditolak jatuh dari UFO. Setelah menurunkan Jack dan Alex, Sara dan Seth pun terbang kembali ke planet mereka.
Jack dan Alex pulak couple xlame pas tu. Jack telah jadi jurucakap kpd Alex, membantu Alex dalam bidang aliennya. In the end, tetiba communication device yg ditinggalkan oleh Seth kpd mereka berbunyi menandakan mereka mungkin akan kembali...
Pandangan Kitaorg
Pacing cerita ni agak menarik di mana tidak ada meleret2... bahkan ianya bermula seawal 10-15minit pertama cerita dan tidak banyak terhenti. satu jam dirasakan sgt sekejap. Jalan cerita bagaimanapun agak lemah, bermakna masih ada isu yg boleh menjadi tanda tanya spt apa terjadi dengan Seth dan Sara sekembalinya ke planet mereka dsb. Namun, oleh kerana target audiencenya ialah bdk2... so it is acceptable. Unsur2 lawak ringan yg dipaparkan menjadikan ianya lebih menarik... namun sekiranya diperbanyakkan lg mungkin akan menjadikan filem ini lg best.Lakonan Dwayne pula dilihat tidak menghampakan penonton. Sekiranya dibandingkan dgn filem pertamanya, banyak peningkatan dpt dilihat. Lakonan yg lebih realistik dan berkesan. Pemilihan AnnaSophia sbg watak Sara pula biasa shj dan tidak mencabar. begitu juga dengan watak yg diberikan kpd Alexander. Mb faktor pakej rupa diambil kira dalam pemilihan watak mereka berdua, bg menarik minat remaja2 utk turut menonton.
Dari segi titlenya iaitu 'Race to Witch Mountain' pula dirasakan kurang sesuai kerana mereka sbnrnya tidak berlumba dgn sesiapa pun... cuma mengejar masa. Lagi pun babak untuk ke Witch Mountain tu sangat singkat dan mudah. Jika dilihat dari segi endingnya, cerita ini boleh dibuat kesinambungan. Namun oleh kerana tajuknya terlalu spesifik, maka mungkin agak sukar untuk memperlihatkan kesinambungan cerita melalui tajuk untuk tujuan publisiti kelak.
So secara rumusannya... ianya akan jd sgt menarik utk ditonton oleh kanak2. tp utk org dewasa plak:
Kitaorg Rase... | |
Grafik & Efek | |
Kamera & Cinematography | |
Bunyi & Muzik | |
Jalan Cite | |
Penutup | |
Mesti Tengok? |