Isnin, 5 Oktober 2009

Lembing Awang Pulang Ke Dayang


Filem epik melayu yang tidak kurang hebatnya..korang penah bace buku cerita Lembing Awang Pulang Ke Dayang? Filem sulung terbitan Dayang Digital Sdn. Bhd. ni terpaksa ditangguhkan penyiarannya di panggung-panggung wayang tempatan selama 5 tahun kerana mengalami masalah terutamanya kos yang bertambah dari RM1.5 menjadi 1.8 juta..

Barisan pelakon yang membintangi filem ni adalah:

Farid Kamil : Awang (pelakon utama)
Siti Elizad : Dayang (pelakon utama)
Zul Huzaimy : Bachuk (pelakon utama)
Lynette Ludi : Claudia (pelakon utama)
Hattan : Panglima Merah (pelakon utama)
Aziz M. Osman : Dekar Agas & Raja Muda Bugis (Pelakon Pembantu)
Dato' Mustapha Maarof : Pak Ngah (Pelakon Pembantu)
Kuswadinata : Pak Long (Pelakon Pembantu)
Khir Rahman : Nakhoda Galigor (Pelakon Pembantu)
Datin Hajah Rosnani Jamil : Mak Ngah (Pelakon Pembantu)
Uji Rashid : Mak Long (Pelakon Pembantu)
M.Rajoli : Orang Kaya Aris (Pelakon Pembantu)

Layan trailer filem ni dulu..=)



Summary

Wayang kali ini diilhamkan dari kisah 'Lembing Awang Pulang Ke Dayang', sebuah hikayat lama yang berlaku di hujung kurun ke-18 di negeri Johor (kat muar atau batu pahat). Hikayat ni amat terkenal kerana peristiwa berdarah yang meragut 99 nyawa telah berlaku. Wayang ni mengisahkan mengenai Awang yang ingin mengahwini kekasih hatinya tetapi terpaksa menyempurnakan adat dengan mengembara selama 3 tahun. Di sepanjang perjalanan, dia berjumpa beberapa orang dimana dia berpeluang menimba ilmu, menjalin persahabatan dan menerima penghormatan. Awang mula memahami dan mempelajari erti hidup yang sebenar serta dia telah mengetahui tentang sejarah kebesaran keluarganya.

Selama Awang mengembara, hati tunangnya cuba diusik oleh Bachok dengan dibantu oleh guru silatnya, Panglima Merah, ex-ketua lanun yang amat digeruni di perairan laut Selat Melaka. Setelah menempuh pelbagai dugaan dan cabaran, Awang dianugerahkan dengan 2 bilah lembing pusaka yang diberi nama Lembing Laki dan Lembing Bini.

Pelayaran Awang membawanya ke pelabuhan Makasar dimana dia melihat peluang untuk memenuhi cita-citanya berada di depan mata. Dapatkah awang mempertahankan cintanya terhadap dayang setelah digoda oleh gadis Belanda? Sesampai di Goa, dapatkah Awang menemui tatasusila keturunannya?

Saksikan wayang epik ini di pawagam tempatan bermula 22 Oktober 2009! (^_^)


Spoiler (amaran: jgn baca klu nk tonton cite ni!)
Filem epik dah lame tak keluar kat wayang tempatan. So, Tengoklah ramai-ramai. (",)
Bace sedikit cerita sejarah mengenai Lembing Awang Pulang Ke Dayang disini:
Sejarah lembing awang pulang ke dayang

Pandangan Kitaorg
Seperti yang kitorang cakapkan, filem epik dah lame tak keluar kat wayang tempatan. Yang selalu ade kat teater contohnya Puteri Gunung Ledang dan macam-macam lagi la. Pelakon filem ni pun mantap dan terkenal jugak. Farid Kamil, Siti Elizad, Hattan, Aziz M. Osman, M. Rajoli, Uji Rashid dan lain-lain. Tak rugi punyer tengok cerita ni. (^,^)


Kitaorg Rase...
Grafik & Efek
Kamera & Cinematography
Bunyi & Muzik
Jalan Cite
Penutup

Mesti Tengok?

Baca lagi......