Sabtu, 25 Disember 2010

Hantu Kak Limah Balik Rumah



Lagi sebuah filem arahan Mamat Khalid. Wayang Filem ni sambungan daripada wayang filem Zombie Kampung Pisang yg memang mencuit hati walaupun nampak macam low budget. So, check this out.

Movie trailer Hantu Kak Limah Balik Rumah.


Summary

Husin yang telah 3 tahun bekerja di Singapura mengambil keputusan untuk balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Tujuan Husin adalah untuk berjumpa Che Nin, bekas tunangnya untuk berkahwin. Apabila pulang ke rumahnya, Husin pelik tengok jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dengan rambutnya yang mengerbang duk kat tingkap. Dia juga diganggu masa nak tidur. Husin lari lintang pukang sebab terkejut dan terus menuju ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung kemungkinan Kak Limah sudah menjadi hantu.

Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika mengurat Kak Limah yang pada waktu itu ada di kawasan kubur. Pak Jabit yang bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada penduduk Kampung Pisang. Sebelum kedatangannya keadaan aman damai, namun begitu sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau.

Pak Abu cadangkan mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam.

Dah banyak jenis Bomoh diorang panggil, tapi semuanya hampa belaka. Kak Limah masih berleluasa di seluruh Kampung Pisang sehingga Pak Abu demam akibat ditegur oleh Kak Limah. 

Apa sebenarnya yang mengganggu penduduk Kg. Pisang pada kali ini? Tontonlah wayang filem Hantu Kak Limah Balik Rumah di pawagam berdekata anda.

Spoiler (amaran: jgn baca klu nk tonton cite ni!)
 

Sebenarnya Kak Limah belum jadi hantu lagi. Yang depa jumpa mayat kat rumah kak limah tu mayat pembantu rumah je. Kak limah cuma kurang waras dan terlepas dari hospital orang gila. Manakala, Che Nin pula telah meninggal kerana sakit teruk selepas Husin lari ke Singapura dan memutuskan tali pertunangan diorang berdua. Akhirnya, Husin kembali semula ke Singapura untuk meneruskan kehidupannya membawa hati yang lara kerana buah hatinya telah tiada untuk selama-lamanya.

Pandangan Kitaorg
Wayang Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah ni wajar untuk di tonton oleh seluruh lapisan masyarakat tak kira usia dan bangsa. Ada juga babak yang kurang faham yang dirasekan lawak, tapi tak berapa lawak. Babak yang lawak usah cakapla..tersembur air liur ketawa terbahak-bahak. =)




Wayang Filem Malaysia support filem-filem tempatan!

Kitaorg Rase...
Grafik & Efek
Kamera & Cinematography
Bunyi & Muzik
Jalan Cite
Penutup
Mesti Tengok?
Baca lagi......

Isnin, 6 Disember 2010

Komedi Seram Ngangkung



Sam memang diakui antara pelakon yang semakin laku bak pisang goreng kat Malaysia ni. Bila saya kata laku, maksudnya banyaklah wayang filem yang beliau ni berlakon. Sam ni merupakan aktor feveret wayang filem malaysia selain Afdlin Shauki, Bob Lokman, Farid Kamil, Zizan Raja Lawak, Johan Raja Lawak, Cat, Lan Pet Pet, Angah Raja Lawak dll. ‘Ngangkung’ adalah satu perbuatan memuja nombor ekor dengan membawa ‘barang’ untuk dipuja oleh bomoh. Barang tersebut haruslah sesuatu yang susah untuk didapati seperti keris lama, syiling lama dan sebagainya.

Nak tahu lebih lanjut, baca summary kat bawah ni.. hehee..

Summary

Filem ngangkung ni pasal sorang mamat drebar lori nama Azim, dia ni hidup serba sederhana di sebuah perkampungan pinggir bandar bersama isterinya, Suri dan sorang anak perempuan.

Azim ni ada dua orang member baik iaitu Tasnim dan Wan. Tasnim dan Wan memang merupakan ‘kaki ekor’ TEGAR dan isteri mereka berdua ni tahu sangat dengan perangai diorang yang suke main nombor 4d.

Azim mulanya tak amik kisah sangat pasal aktiviti main nombor 4 ekor ni. Tapi lama kelamaan dia terdetik asa curiga dan ingin tahu  dan akhirnya terjebak la jugak dengan dosa besar ni. Lagi-lagi bile tengok si Tasnim Hidup mewah dengan hasil perjudiannya secara membuat pujaan iaitu ngangkung.
 
First-first si Azim ni join tengok je, lama-lama dia seronok ikut Tasnim dan Wan walaupun secara diam-diam tanpa pengetahuan Suri. Pelbagai cara dan macam-macam bomoh diorang jumpa untuk mendapatkan nombor ekor untuk mereka beli.

Banyak kejadian seram dan lawak berlaku sepanjang perjalanan diorang ni mengangkung. Azim banyak berubah apabila dia terlibat secara lebih serius sampai mengabaikan keluarga kerana taksub untuk mendapatkan nombor ekor. Begitu juga dengan Tasnim dan Wan. Sehingga kejadian itu berlaku. Apakah kejadian itu? Tengoklah NGANGKUNG di pawagam seluruh Malaysia. WayangFilem support Filem Malaysia.

Pandangan Kitaorg
Lan Pet Pet jadi bomoh memang gempak. Opening cerita pun gempak tak hengat dunia. So, pegilah tengok wayang filem Ngangkung ni. Tak rugi duit korang punyer. Bagi ibubapa, boleh bawak anak-anak sebab filem ni sangat banyak mesej kemasyarakatan yang cuba disampaikan.


Kitaorg Rase...
Grafik & Efek
Kamera & Cinematography
Bunyi & Muzik
Jalan Cite
Penutup
Mesti Tengok?
Baca lagi......