Selasa, 31 Mac 2009

Hannah Montana: The Movie (2009)

gua xbrape sure bape ramai peminat hannah montana kt malaysia ni, tp boleh tahan jugak la kot.. klu xminat pun at least mesti korang penah dengar nama dia kan... Hannah Montana ni kisah sorang budak biasa yg ada 2 identiti... satu as org kebanyakkan bernama Miley Stewart dan sorang lagi ialah penyanyi terkenal kt Montana. only few org jer tau kewujudan identiti kedua ni termasuk ayahanda beliau sendiri...

bernaung bawah disney channel, after dikenali sbg sebuah sitcom yg lucu kini Hannah Montana ada kt layar perak plak... dengan tajuk filem Hannah Montana: The Movie. Filem lakonan Miley Cyrus ini dijangka akan meletup di pawagam pd 10 April taun ni.

After some times, Hannah Montana telah jadi semakin popular dan digilai ramai mengakibatkan keperibadian budak bernama Miley Stewart semakin hilang. Miley semakin hanyut ngan dunia Hannah yg penuh ngan kepopularan. One day dia tjumpa artis terkenal Tyra Banks kt kedai kasut n telah bgaduh dgnnya kt kedai kasut tu. Ayah Miley yg risaukan dirinya telah membawa Miley jauh dari dunia glamour tu ke Tennessee, dgn harapan dia akan berubah n berdiri di dunia yg nyata... namun selepas menyedari 'the missing life' menjadi org biasa, adakah Miley akan kembali menjadi Hannah semula? jom kta ke wayang sesama bulan 4 nnti utk mengetahui jawapannya



Baca lagi......

Sabtu, 28 Mac 2009

The International

The International nie kitorg baru tgk smlm sebenarnya, takpe la kan, lmbt skit dari xtgk langsung, dgr2 cete sume org, kata cete nie best, so kitorg p la tgk, da tgk kitorg review utk korg2 plak.

Summary
The International berkisahkan sebuah bank yang menjadi dalang di dalam kebanyakan jenayah2 antarabangsa dan perang. The International Bank Of Bussiness and Credit(IBBC) merupakan sebuah bank yang besar tetapi bankers yang tau pasal bussiness jenayah bank ini hanyala top-top management sahaja. Kebanyakkan pemimpin2 dunia merupakan client kepada IBBC. walaubagaimana pun salah sorg daripada senior eksekutif mula rase bersalah dan ingin menbongkar rahsia syarikat. So pegawai Interpol, Louis Salinger(Clive Owen) dan Eleanor Whitman (Naomi Watts) cuba menjadikan banker tersebut sebagai saksi siasatan dan pendakwaan kes IBBC.

Walau bagaimanapun, banker dan rakan setugas meraka telah dibunuh oleh The Consultant, yg diupah oleh IBBC. Mereka berdua memcuba untuk mencari saksi lain tetapi akhirnya mereka menjadi buruan IBBC. akhirnya, mereka cuba mencari The Consultant untuk menjadi saksi tetapi malangnya The Consultant turut dibunuh oleh pembunuh upahan OBBC. so last resort, mereka cuba memdapatkan Wilhelm Wexler(Armin Mueller-Stahl) untuk membongkarkan rahsia IBBC. akan tetapi, legal action tidak mungkin akan berjaya, maka mereka terpaksa menggunakan cara lain untuk menumpaskan IBBC.

Spoiler (amaran: jgn baca klu nk tonton cite ni!)
cerita nie bagi kitorg ok, jalan cete sume ok, tapi ending dia tu menimbulkan rasa xpuas hati. yer la, IBBC tidak dapat ditumpaskan, tapi bos dia jer mati kena tembak, tu pun bukan hero yang tembak.



Pandangan Kitaorg
kitorg rase cete nie bagus. dari starting cete pun da timbul rase mesteri, rase nak tau aper akan jadi selepas nie. director dia memang pandai susun cete membuatkan cete nie tidak bosan ditonton. action2 dalam cete nie sume bagus, terutama part double sniper dan gun rampage dalam museum.


Kitaorg Rase...
Grafik & Efek
Kamera & Cinematography
Bunyi & Muzik
Jalan Cite
Penutup

Mesti Tengok?


Baca lagi......

Review: Knowing (2009)

As korang tau movie Knowing yg ktaorg war2kan dulu dh pun berada di pawagam skang. so before korang tgk, pekata korang bace dulu review psl movie ni. but bhati2, sbb ada spoiler cerita kt bawah ni ;)

Summary
Knowing mengisahkan sorang budak misteri bernama Lucinda Embry (Lara Robinson) yg telah menulis combination numbers pd 50 tahun lps, yg mencatat tarikh berlakunya kemalangan or bencana2 besar dibumi ni sepanjang 50 tahun akan datang. so pd tahun 2009, Ted Myles (nicholas cage) & anaknya Calebs (Chandler Canterbury) telah dpt senarai nombor tersebut.

after buat some research, Ted dapati dari senarai tarikh bencana tersebut terdapat 3 lagi bencana yg belum berlaku. tanpa mengetahui bencana apa yg akan berlaku, Ted cuba utk mengelakkan bencana dari terjadi spt diramalkan. bagi membantu tanggungjawabnya itu, Ted telah melakukan sedikit task mencari latar belakang penulis combination nombor tu.

sementara tu, Calebs plak mengalami kejadian aneh mendengar bisikan2 misteri dan didatangi org2 yg tidak dikenali. berjayakah mereka berdua menyelesaikan misi ini?

Spoiler (amaran: jgn baca klu nk tonton cite ni!)

Kemalangan pertama iaitu kejadian beberapa kapal terbang terhepas akibat faktor cuaca telah berlaku dihadapan Ted sendiri spt yang diramalkan, dan telah mengakibatkan Ted trauma seketika. dari peristiwa itu juga, Ted telah menyedari bahawa combination nombor tersebut bkn sekadar mengandungi tarikh dan jumlah kemalangan, tetapi juga koordinat latitud & longitud berlakunya kemalangan tersebut.

Ted juga telah berjaya menemui Diana Wayland (Rose Byrne) dan Abby Wayland (Lara Robinson juga), iaitu anak dan cucu perempuan kepada Lucinda. Lucinda didapati telah mati bersendirian di rumahnya beberapa tahun lalu, dipercayai terlebih mengambil dos ubat. Bersama2 Ted dan Caleb, mereka berempat berusaha memperbaiki keadaan. Cubaan Ted memberitahu pihak berkuasa mengenai kemalangan kedua tidak diendahkan kerana tiada sebarang bukti... kesannya, ramai org awam mati terbunuh akibat kemalangan keretapi bawah tanah.

Usaha menangani bencana terakhir bagaimanapun berakhir dgn kebuntuan apabila mendapati bencana tersebut sbnrnya adalah hari kiamat, yg bakal berlaku akibat komplikasi pada matahari dimana satu letupan terjadi pada matahari yg seterusnya membakar kesemua planet dalam sistem suria. Ted yg juga bekerja sbg astrologist berjaya memberi amaran kpd org awam tetapi mengakibatkan keadaan manusia huru hara. saranan untuk menyembunyikan diri di bawah tanah atau gua bagaimanapun hanyalah usaha sia2 kerana dia tahu manusia tidak mungkin terselamat dari kejadian itu. Diana pula mati akibat kemalangan ketika cuba menyelamatkan Caleb dan Abby.

Lucinda pula sbnrnya telah mengetahui nombor2 tersebut dari alien yg boleh berkomunikasi dgn mindanya. tujuan dia menulis tarikh tersebut sbnrnya adalah utk memberitahu petanda2 doomsday. Alien itu turut berkomunikasi dengan Caleb dan Abby bagi melaksanakan perancangan mereka. Niat mereka sbnrnya ialah untuk memindahkan seberapa banyak pasangan makhluk bumi ke planet lain. Pun begitu, hanya sepasang makhluk shj yang akan dipindahkan dan hanya Calebs dan Abby shj yang terpilih... akhirnya, kesemua manusia mati kecuali mereka berdua.

Pandangan Kitaorg
Knowing lebih berbentuk kepada thrill-drama, iaini jln cerita yg membawa penonton sentiasa berfikir dan turut sama merasa ketakutan dan misteri spt dialami watak cerita. Kaitan misteri nombor dan bidang astrologi yg cuba dikaitkan juga menjadikan ianya kelihatan lbh logik. Seperti biasa, lakonan Nicholas Cage yg mmg tidak dapat dipertikaikan kehebatannya menguatkan lagi babak drama yg berlaku. Bagaimanapun, kelebihan itu tidak digunakan sepenuhnya kerana pengarah gagal bermain dengan pemilihan posisi kamera dan cinematography yg baik. Mungkin ini berlaku atas faktor kurangnya pengalaman en penerbit dan en pengarah.

Cerita ini banyak bermain dengan efek, terutama sekali apabila melibatkan babak bencana yg berlaku dan untuk babak2 'spoiler' tertentu. Kebanyakkan efek adalah berkesan biarpun ada sesetengah babak spt semasa bencana kedua agak kantoi skit. Bagi kami, penutupnya juga kurang menarik kerana watak hero tidak begitu memainkan peranan. Sekiranya anda pernah menonton filem War of The World, anda mungkin akan merasai perasaan yg sama dlm Knowing. Filem ini juga rasanya tidak sesuai untuk ditonton lebih sekali, kerana perasaan ingin tahu dan misteri sudah tiada.

Ramai yang mempertikaikan mengapa Nicholas Cage mengambil watak ini kerana mgkin cerita sebegini kurang sesuai dengan gayanya yg sering melakonkan watak2 berat spt filem aksi. Namun kami rasakan Nicholas Cage mungkin mahu cuba memegang watak 'manusia normal' spt yg dipegang dlm National Treasure. Biarpun zaman kegemilangan beliau telah berakhir, ditambah dengan kegagalan filem sblmnya Bangkok Dangerous, tetapi peminat beliau tentu tidak akan hampa dengan lakonan yg dibawa :)

Kitaorg Rase...
Grafik & Efek
Kamera & Cinematography
Bunyi & Muzik
Jalan Cite
Penutup
Mesti Tengok?
Baca lagi......

Rabu, 25 Mac 2009

Budak Astro ke pawagam (2009)

Summit Entertainment telah mengeluarkan teaser trailer kedua utk Astro Boy, yang akan ke panggung 23 Oktober ni. Diarahkan oleh David Bowers, CG-animated ni disuarakan oleh org2 terkenal hollywood cm Freddie Highmore, Nicolas Cage, Kristen Bell, Nathan Lane dan ramai lg.

Mengisahkan Astro Boy, seorang sebuah robot muda yg mempunyai kuasa luar biasa spt super strength, x-ray vision, bole gerak laju dan jugak bole terbang. Kira astro boy ni superman versi robot ar... Berlatarbelakangkan bandaraya moden bernama Metro City, Astro Boy yg mendapat powernya dari kuasa biru (blue energy) telah dicipta oleh saintis bijok bernama Tenma (Cage).

Dalam cite ni, since dia ni robot yg berperasaan, so dia pun mengembaralah demi mendapatkan penerimaan masyarakat terhadap beliau. mse mengembara tu mcm2 la dia blaja especially mengenai perasaan manusia dan tanggungjawab dia untuk menjadikan dunia ni tmpat yg lebih baik.

papehal pun, korang layan trailer dia dulu k


Baca lagi......

Isnin, 23 Mac 2009

G.I Joe: Rise of Cobra 2009

mesti korang ingat lagi kt kartun G.I Joe kan? after few times movie G.I Joe dlm animated & cgi kuar, tahun ni G.I Joe bkn lagi sekadar imaginasi lukisan. bagi yg xtau, GIJOE (stand for Global Integrated Joint Operating Entity) yg asalnya ialah action figure yg dikuarkan HASBRO mengisahkan satu team military rahsia yg mggunakan alat2 perisikan dan senjata canggih utk mengalahkan musuh. atas sbb dpt smbutan so diaorg pun buat la kartun n komik.



filem yg dijangka kuar 7 Ogos arahan Stephen Sommers ni mengisahkan diaorg cuba mengalahkan organisasi pengganas bernama COBRA yg cuba menghancurkan dunia. Diketuai oleh pengedar senjata berbangsa Scottish. bagaimanapun, detail citer ni masih lagi menjadi rahsia... so check for further updates k ;)


Baca lagi......

Jumaat, 20 Mac 2009

X-Men Origin - Wolverine

salam...baca jgn xbaca.....


pelakon : Hugh Jackman, Liev Schreiber, Ryan Reynolds, Taylor Kitsch, Will.i.am, Danny Huston, Dominic Monaghan, Daniel Henney, Lynn Collins

ok untuk peminat cerita X-men tak kira lah komik dia atau movie ker mesti kenal en wolverine ni.kuasa die mmg unik and best gak r antaranya healing, kekuatan yang luar biasa dan claw besi.Watak yg dibawakan oleh Hugh Jackman ni mmg cukup berkesan dlm 2 muvie x-men yang mana kita dpt lihat skill fighting wolverine dgn gaya lakonan yg mengkagumkan...pendek kata kalo bagi kat org lain pegang watak wolverine ni mmg foul r...hanya hugh jackman je layak(bias plak..hehehhe)...


Secara umumnya konsep cerita nih tentang cinta, permusuhan dan pengorbanan dan ape yang menariknya story ni berlaku sebelum wolverine masuk dalam Weapon X program. Dalam cerita ni nanti korg akan dpt lihat bagaimana wolverine membalas dendam atas kematian girl dier ditangan Sabretooth aka victor creed.... ni traler die korg layang sedas dlu



Kebanyakkan org berpendapat filem sblm nih xbyk sgt cerita pasal wolverine nih..so oleh kerana itu Gavin Hood director cite the redention (2007) yang kalo korg ingt masa tahun 2000 dlu dlm majalah varienty penah announce yg Gavin ni antara 10 director mesti tonton filemnye mengambil peluang utk menceritakn dgn lebih detail lagi sape wolverine nih dan kehidupan lampau wolverine dari logan kecik sampai lah die dipasangkan dgn claw yg merupakan trademark maut wolverine tuh...hopefully sentuhan Gavin Hood xkan mengecewakan peminat wolverine di luar sana...


cerita ni akan release pada 1st may tahun ni so korg jgn lupe plak layan citer nih...worth to watch...
Baca lagi......

Rabu, 18 Mac 2009

Dragonball Evolution

Hari aku nak cete pasal Dragonball plak. sememangnye aku da lama tggu Dragonball live action keluar, yerla, asyik duk tgk anime dia jer, dari zaman Goku kecil sampai da jd datuk. anyway movie nie dilakonkan oleh org putih, so agak spoil la skit kan. ingatkan Japan yang nak keluarkan cete nie.

ok, kita tgk trailer la dulu,



so cete dia camnie, Goku (lakonan Justin Chatwin) sorg remaja yg dijaga oleh datuk dia, Grandpa Gohan(Randall Duk Kim) dan hari2 dorg belajar Kung Fu tapi Goku xleh nak tunjuk sgt power2 dia tu. so pada bday 18 Goku, datuk dia telah dibunuh oleh awek cun yg keje sebagai org suruhan Lord Piccolo(James Marsters). so datuk dia wasiatkan sebijik bola Dragonball(sebenarmya Dragonball ade 7 bijik kesemuanya) dan suruh Goku jaga elok2 bab takut Piccolo akan gunakannya utk menakluk dunia. so Goku pun jaga dan cuba utk mencari kesemua Dragonball yg lain dengan bantuan Bulma(Emmy Rossum), Master Roshi(Chow Yun Fatt) dan Yamcha(Joon Park).

cete nie, pada basic dia memang sama dengan Dragonball versi anime atau mangga tapi suasana dan watak dia ade perbezaan skit.contoh dia, Goku mane ade p sekolah, tp dlm cete nie Goku belajar sampai high scool tu. anyway jalan cete ok sume dengan effect2, fight scene, and humor2 yang kelakar. tapi kalu ikut jalan cete asal Dragonball, rase2 lg mantap.
Baca lagi......

Isnin, 16 Mac 2009

Watchmen


hi geng....

nie latest update on movies yg baru hangat2 ditayangkan di wayang2 kat Malaya nie. first kita review skit pasal Watchmen. so tgk trailer nie dulu eik.

Trailer:



Sinopsis:

Movie ni basicly based on comics written by Alan Moore, artist Dave Gibbons, and colorist John Higgins. comic di produce oleh DC pada tahun 1986 and 1987 (zaman hippie @ vietnam war aftermath). so latar belakang cete nie berusulkan zaman2 Presiden Nixon yakni, zaman Perang Vietnam and Perang Dingin US and Russia. nak dijadikan cete, zaman tu superheroes(masked vigilantes) telah dipulaukan, sebab musabab dia sy xpasti la plak(kalu ade kipas susah nak mati komic nie pls sharing skit). so heroes nie sume sudah pencen and ade yg mewarisi mask mereka kepada org lain. setelah bertahun lamanya, salah seorg daripada geng Watchmen(Comedian) nie mati dibunuh, menyebabkan mereka rase tertanya2, siapakah yg mampu membunuh superhero? maka Rorschach(mamat yang bertopeng kain tu ) telah memulakan siasatan. sehinggakan beliau telah disabotaj dan akhirnya berjaya menyelesaikan teka-teki pembunuhan Comedian. Nak tau sape paling jahat dlm cete nie, kena p tgk.

Komentar:

Graphic cete nie leh tahan gak la, kata Zack Snyder yg buat kan, ala mcm 300 la gak.Plot cete pun ok la gak dari awal cete hingga akhir ade jer adegan2 yang membuatkan kita tertanya2, adegan yg kanak2 xleh tgk pun ade, so parents ingat2 skit 18 PL cete nie. anyway cete yang hampir 2 jam 45 minit nie buleh membuatkan anda rase jemu, sebab cete dia agak slow and putus2. anyway watak Dr. Manhattan tu ade misteri dia.

Baca lagi......