Isnin, 27 Oktober 2008

Budak Kelantan...30 Oktober 2008

Pelakon:
Danny (Buchek)
Bienda (Che Nor)
Mohd Asrulfaizal (Jaha)

Ok..kali nie gua nak cita skit pasal movie melayu baru.."budak kelantan"..Apa yang gua dapat tahu..movie nie mengisahkan 2 sahabat baik iaitu Buchek dan Jaha..yang suatu masa dulu bersahabat baik..namun setelah lama terpisah..mereka akhir berjumpa kembali di Kuala Lumpur..Buchek baru sahaja menamatkan pengajian di UM manakala Jaha, yang pernah menjalani kehidupan di sekolah Henry Gurney, kini bergelumang di celah kesibukan Kotaraya Kuala Lumpur....
Di saat mereka bertemu, Jaha ingin berkongsi perjalanan kehidupannya dengan Buchek yang ternyata sangat berbeza dengan cara hidupnya. Buchek melihat cara kehidupan kawannya yang terlalu liar, lalu tercetus hasrat dihatinya untuk membantu Jaha ke jalan yang lurus.
Apabila Buchek mendapat tahu Jaha telah jatuh cinta pada Che Nor, teman wanitanya, Buchek rela melepaskan Che Nor, dengan harapan Jaha akan berubah. Buchek percaya cinta boleh mengubah kehidupan manusia...So apa kah yang terjadi selepas itu..sama2 le kita ke panggung wayang....Teruskan menyokong Filem tempatan kita.. Baca lagi......

Sabtu, 18 Oktober 2008

Twilight (2008)

Gua rse gua dh byk dh update cite2 lama yg dibarukan, filem2 lama yg disequence kan. so arini gua nk cite psl movie baru plak.

Twilight yg akan ditayangkan pada 27 Nov 2008 adalah sebuah cerita vampire moden. menceritakan psl seorang gadis bernama Bella Swan (Kristen Stewart) yg blaja kt high school kt Phoenix, Arizona. dia ni lain macam skit bbanding gadis2 lain sbb xpenah peduli pun pasal fesyen dan gaya.

After mak dia mati, Bella telah bpindah ke Florida n duduk ngan ayah dia kt bandar Forks. One day dia telah terjumpa sorang mamat yg agak misteri, Edward Cullen (Robert Pattinson). Edward ni dh la muke ala2 comel, pandai plak tu. lelama Bella ni pun jatuh cinta ngan Edward. Masa tu la Bella dpt tau yg Edward ni bole lari laju gile, n kuat smpai leh tahan kete ngan sebelah tangan je. And wajah Edward gak xpenah berubah sejak 1988, sbb dia ialah Vampire yg xkan mati. Tp uniknya dia bkn Vampire biasa yg makan darah manusia, kiranya dia adalah golongan yg rare ar dlm geng2 Vampire.

Tp boleh ke diaorg tu bercinta? Manusia ngan Vampire? owh, dh tentu Twilight ni bkn cite percintaan semata2, sbb akan ada musuh yg akan menyerang mereka... dan ianya masih lagi sebuah cerita Vampire... wahahahaha!!!


nak tau lebih lanjut? tgk kt website rasmi Twilight
Baca lagi......

Final Frontier Is Here


gua xpasti berapa ramai peminat Star Trek kt Malaysia ni, tp gua pasti ada. Pengarah filem Star Trek baru J.J. Abrams sendiri mengakui xsuke tgk Star Trek. Pelik kan? tp dh brape ramai pengarah Hollywood yg xminat ngan cerita dia arah berjaya membawa cite tersebut ke jln cite yg lebey best... so far kte xpasti lagi adakah Star Trek baru ni best or x so kite kena saksikan la :)

Walaupun kte tau cite Star Trek ni dh lama, tp co-producer dia, Damon Lindelof ckp movie ni akan mengubah kebanyakkan pengetahuan cite Star Trek yg korang tau. Mb tujuan diaorg buat cmtu sbb nk tarik perhatian penonton2 generasi baru yg xbole nk layan cite2 yg dh berabad lama cm Star Trek ni.

Star Trek baru ni yg jugak dikenali sbg Star Trek IX atau Star Trek Zero menceritakan semula perjalanan kapal angkasa mereka dari mula ianya dibina dan cmna krew2 kapal tersebut ditemui dan berjumpa, tp dgn gaya perfileman yg lebih moden dan canggih ;)


Baca lagi......

Jumaat, 17 Oktober 2008

Transformers 2: Revenge of the Fallen (2009)

Gua tau ramai dh tau psl Transformers 2 ni but baru kali ni gua berpeluang utk bercerita psl cite ni. Buat masa sekarang filem best ni baru masuk ke peringkat post-production. ni skit summary dari Jom Wayang

After Megatron mati, Starscream telah kembali ke Cybertron n jadi ketua sementara Decepticons. Starscream kumpul anak2 buah dia yg baru then dtg balik ke bumi utk balas dendam. Sementara tu Autobots dpt tau badan Megatron yg dh patah2 tu telah dicurik oleh Skorpinox dari US Military dan dgn menggunakan Skorpinox punya Spark yg tersendiri telah berjaya hidupkan Megatron balik. So dgn Megatron+Starscream+reinforcement baru, dpt kah Autobots kalahkan diaorg?

Tp ada satu lagi hint menarik yg xpasti lagi akan berlaku or x. Dalam komik Transformers, Fallen adalah sejenis robot yg dicipta oleh Primus (Autobots), tetapi terperangkap di dlm penjara black hole setelah dia menjadi jahat. Suddenly one day Fallen ni terlepas n nk balas dendam. So dlm usaha nk menangani masalah Fallen, Autobots dan Decepticons terpaksa berganding bahu utk mengalahkan Fallen yg terlalu kuat tu. And kalaulah part yg ni dibawak masuk dlm cite Transformers 2 ni, sure best punyalah!

Baca lagi......

Bourne 4 dalam penulisan skrip!

Siri spy Bourne bakal kembali lagi. Buat masa ni maklumat yang diketahui Universal telah pun hired George Nolfi utk start tulis smbungan kepada The Bourne Ultimatum. George Nolfi adalah penulis siri Ultimatum yg meletup2 di pawagam dan dikatakan sbg filem aksi terbaik 2007

Matt Damon yg semestinya adalah pelakon utama watak Jason Bourne bakal berganding bahu dgn Paul Greengrass sbg pengarah sekali lagi.

Bagi korang yg xtau, siri Bourne ini sbnrnya diadaptasi dari buku hasil tulisan Robert Ludlum. Ludlum yg menulis utk tiga buku pertama spt yg di movie kan bagaimanapun bukanlah penulis bagi buku Bourne yg keempat. So penerbit filem Frank Marshall telah membuat keputusan utk mengabaikan jalan cerita buku keempat, seterusnya buat jalan cerita sendiri utk siri Bourne pasni.

Marshall bg hint yg Bourne tidak lagi berada di European dlm siri keempat, tetapi telah berhijrah ke Amerika Selatan. So klu xde masalah filem Bourne baru ni akan start dishooting bulan summer dpn.
Baca lagi......

Khamis, 16 Oktober 2008

Quantum Of Solace - Movie 007 yang terbaru..

Tarikh tayang: November 2008
Pengarah: Marc Forster
Pelakon: Daniel Craig, Mathieu Amalric, Olga Kurylenko, Gemma Arerfon, Judi Dench, Jeffrey Wright, Giancarlo Giannini.

Ok geng..nie gua nak cita skit le pasal movie terbaru james bond "Quantum Of Solace". Nie kira movie ke-2 James Bond yang pelakon utamanya Daniel Craig, apa yang gua dapat tau movie nie mengisahkan tentang James Bond yang mahu mencari kebenaran selepas ia dikhianati oleh awek lama dia masa dalam movie first dulu, so masa dia tgh mengembara mencari kebenaran, Bond bertemu dengan wanita jelita dan seksi bernama Camille yang juga mempunyai agendanya tersendiri. Kemudian Camillie pun membawa le Bond berjumpa dengan Dominic Greene iaitu seorang ahli perniagaan dan juga watak penting dalam organisasi misteri yang dicari-cari oleh Bond. Sepanjang perjalanan Bond ke Australia, Itali dan Amerika Selatan, kegiatan kospirasi Greene untuk mengawal sepenuhnya sumber semulajadi terpenting dunia berjaya dikesan oleh Bond. So..pastu apa jd ekk??? Nak tau kisah seterusnya..sama-sama le kita kepanggung wayang November ni untuk menyaksikan kesudahannya…

Baca lagi......

Selasa, 14 Oktober 2008

Kristin Kreuk ialah Chun Li???

Wow! heroin cun drama Smallville adalah org yg terpilih jadik Chun Li dlm filem 'Street Fighter: The Legend of Chun Li'. Filem tersebut yg akan ditayangkan pd tahun 2009, telah pun mengeluarkan poster Kristin as Chun Li di website rasminya

Filem ni diarahkan oleh Andrzej Bartkowiak (ex-Cinematographer Romeo Must Die, Exit Wounds, Cradle 2 the Grave, Doom) dan dh pun memulakan penggambaran di Thailand bulan Mac lepas.

Menurut penerbitnya 20th Century cerita ini menumpukan kpd pengembaraan Chun Li yang berusaha mencari keadilan dan kebenaran.

Erm, bole ke akak Kristin Kreuk ni nk berkungfu ek????
Baca lagi......

HULK musuh Avengers!

Fikirkan, ade ke watak komik dalam dunia ni yg bole mengalahkan Avengers? sedangkan satu superhero pun susah nk kalahkan, ni kan pulak empat org... mustahil mustahil...

Berita terkini yg didengari ialah ada beberapa org dlm Marvel Film Universe nk Avengers lawan ngan superhero lain, bkn penjahat2 cikai yg xbole diharap. Penulis Iron Man Mark Fergus and Hawk Ostby pulak bgtau MTV News diaorg nk Hulk jd musuh tersebut mmandangkan perwatakan HULK pun mmg mudah disalah ertikan masyarakat.

Fergus kata “You don’t want like 10 super-badass good guys fighting together. Where’s the fun in that? Let’s break it off a little. Friends or colleagues who become enemies is always an interesting thing because you know it’s based on love and friendship and that’s always the worst thing to have turn bad — is someone you actually care about and someone you actually believe in.”

Pengarah Louis Leterrier yg mengarahkan cite 'The Incredible Hulk' juga bersependapat bahawa xde org jahat yg layak nk lawan Avengers melainkan superhero, dan dia cadangkan Hulk. Tp dia mengalu2kan cadangan bernas utk cite The Avengers dan memberi peluang kpd mana2 pengarah yg nk mengarah filem 'The Avengers'.

Memandangkan cite 'The Avengers' ni pun bakal meletup, pasti ianya xbest klu sme or lebey kurang je ngan cite2 supehero yg biasa kan... Korang plak rase cmna? sape yg layak nk lawan ngan Avengers ni??? Baca lagi......

Isnin, 13 Oktober 2008

Putera Persia lari ke pawagam

Satu lagi video game yg ke wayang; 'Prince of Persia: Sands of Time'. Walaupun agak terlewat ke pawagam dari waktu yg sepatutnya, movie ini pastinya tetap dinantikan oleh gamers2 di luar sana. Maklumat terkini memaklumkan bahawa movie ini akan ditayangkan pada 2010 dan kini diperingkat filming.

Jake Gyllenhaal telah dipilih utk memegang watak utama sbg Prince of Persia aka Prince Dastan. Menurut penerbitnya Disney, tayangan dilambatkan kerana xnk bersaing ngan Transformers 2 yang akan ditayangkan pada 2009, dan bagi mengawal aliran duit sbb nk kuarkan Pirates of The Carribean 4 yg confirm pakai duit byk utk effects.

Basically, konsep jalan cite hampir sme ngan game Sand of Time. Owh, lupe plak, heroin cite ni ialah Ben Kingsley yg memegang watak Princess Persia.
Baca lagi......

Transporter 3 (2008)

Jason Statham skali lagi akan menjadi driver Audi yg macho. Kalini Frank Martin, transporter professional telah ditugaskan utk menghantar pakej yg xdiketahui kandungannya oleh seorang criminal mastermind. Untuk meneruskan bisnesnya itu, maka dia telah ditukarkan ke Paris.

Filem ni diarahkan oleh Oliver Megaton dan akan ditayangkan worldwide pada 26 November 2008. gua nk cite byk2 pun xgune, better korang layan sendirik, tgk trailer kt bawah ni

*sumber: cinemablend


Trailer:

Baca lagi......

Jumaat, 10 Oktober 2008

Fast and Furious - 2009

Bagi peminat2 kete di luar sane mesti korang teruja utk tgk smbungan cite 'The Fast and the Furious'. Movie keempat ni bertitle 'Fast and Furious' mengembalikan watak Dominic Toretto (Vin Diesel) yg hilang utk join berlumba balik ngan Brian O'Conner (Paul Walker).

Dalam file pertama, 'The Fast and the Furious' telah berjaya mengutip sebanyak $144 million pd tahun 2001. tp sambungan filem tersebut, '2 Fast 2 Furious' dan 'Tokyo Drift', hanya Walker je yg berlakon disebabkan watak Toretto yg dimatikan sbb masuk penjara masa ending filem pertama.

Skang, bila Toretto dh kuar penjara, kedua2 hero tu kembali bersama dan kembali ke pangkal jalan -Los Angeles. Dari berlumba jln2 belakang bangunan smpai la ke Mexico serta bersukaria dgn kete-kete eksotik yg cun dan debom, semestinya cite kali ni lebey best!
Baca lagi......

Max Payne The Movie

orait guys, you all penah dengar ke title 'Max Payne' ni? bg korang2 yg tak tau, Max Payne adalah title game yg famous buatan 'Rockstar'. Selain trend komik ke movie, trend game ke movie pun dh byk gak. Contohnya cam Tomb Rider lakonan Angelina Jolie.

Mark Wahlberg yg melakonkan watak Max Payne adalah seorang anggota polis yg trauma akibat ahli keluarganya dibunuh oleh assasin2 jahat. Payne yg mulanya hanya bertekad utk membalas dendam dan sanggup melakukan ape saje kemudiannya membawa beliau ke kancah dunia gelap atau dunia spiritual. So nak xnak beliau tpaksa la jugak berlawan ngan makhluk2 dunia gelap yg kejam demi mencari kebenaran.

So bila filem ni nk kuar? owh, xlame je lagi... 17 Oktober 2008 iaitu minggu dpn! so korang leh start kumpul duit utk menonton cerita misteri ni ;)
Baca lagi......

Khamis, 9 Oktober 2008

Sambungan LOTR???

Klu semua pengarah n penerbit skang tgh gile nk buat sequel2 movie, lain plak ceritanya ngan siri trilogy Lord Of The Ring (LOTR). sbb diaorg bkn nk buat sequel, tp nk buat prequel!

The Hobbit, tajuk yg diberikan, menceritakan pengembaraan seorang Hobbit yg bernama Bilbo Baggins, yg juga merupakan atuk kpd Froddo Baggins dlm LOTR. Pengarah The Hobbit, Guillermo del Toro berkata beliau xmenganggap filem yg akan ditayangkan dlm 2 siri itu sbg 2 movie yg bersambungan sebaliknya menganggapnya sbg satu movie yg panjang bg memastikan jalan ceritanya sempurna.

The Hobbit akan ditayangkan pada tahun 2011 dan 2012.
Baca lagi......

Planet Hitam

Dr cite superhero2 omputih, kta tukar plak tukar kpd superhero Malaysia yg satu ni si Cicakman. bg yg tak tau, smbungan Cicakman iaitu Cicakman 2 - Planet Hitam akan ke panggung 11 Disember ni.

Penjahat utama iaitu Professor Klon (Aznil Nawawi) skali lagi membuat onar. kali ni beliau bkn shj nk menguasai Metrofulus tetapi juga menguasai bekalan air mentah seluruh dunia dgn 'Air Hitam' ciptaan Prof Klon. Cicakman (Saiful Apek) jugak akan berdepan dgn musuh lama iaitu 'Ginger Boys' yg kembali dlm bentuk roh yg dipanggil Ginger Ghost (Adlin Aman Ramlie & AC Mizal). Xcukup lagi penjahat??? yer, Prof Klon jugak mengupah sorang assissin yg cukup terer dlm bab bunuh membunuh, Rrama!

So mampukah Cicakman melawan kesemua musuh2 yg ramai ni??? dgn konflik peribadi yg xcukup tangan nk handle, kena handle plak mslh prof Klon durjana tu....

btw, Cicakman 2 ni menelan belanja RM2.5 juta. Dengan kos yg meningkat 700ribu berbanding filem pertamnya, mampukah filem ini mengatasi kutipan filem pertama Cicakman? sesama kta menyokong filem superhero Malaysia, Cicakman!
Baca lagi......

Rabu, 8 Oktober 2008

Captain America pegi berperang

Nampaknya ade org dh tau sinopsis cite 'The First Avenger: Captain America'. menurut sumber tersebut Captain ni sebenarnya pejuang patriotik, yang hidup di zaman perang dunia ke dua. Watak hero tu iaitu Steve Rogers telah volunteerkan diri utk eksperimen projek 'Super-Soldier' utk ketenteraan US selepas gagal berkhidmat sbg tentera biasa.

Akhirnya Roger pun berjaya ke peringkat akhir.. (mcm pertandingan la plak :P). setelah menjalani latihan fizikal selama 3 bulan, Roger pun memulakan tugasnya yg pertama sbg Captain America.

Tp musyikil la jugak kan cmna Captain America ni nk join Tony Stark (Iron Man) ngan Bruce Banner (Hulk) dlm The Avengers. yela, mesti la si Roger tu dah tua sbb Stark ngan Banner tu hidup zaman skang... ataupun adakah Roger tu xkan tua sbb dh jadi bahan eksperimen. ke Roger dibekukan ke zaman skang cm cite Ice Age tu?

sesama la kita nntikan 2011 k ;)
Baca lagi......

Steve Carell semakin bijak - 2

Steve Carell yg memegang watak agen Maxwell Smart atau Agen 86 dalam Get Smart pasti berasa gembira bila dpt tau Warner Bros (WB) sedang dalam proses utk meneruskan sequel Get Smart yg seterusnya. Mmg xmustahil pun utk WB buat sambungan ke-2, sbb Carell mmg berbakat pun memegang watak2 sengal spt tu - maksudnya, dia bole menjiwai watak dgn baik ;)

Sementara itu Anne Hathaway ketika ditemubual MTV menyatakan hasratnya utk melakonkan kembali watak Agen 99 dlm Get Smart 2. Rasanya mesti best klu watak Dwayne “The Rock” Johnson pun dikekalkan sama :)

Filem Get Smart tahun 1998 yang menelan belanja US$80 million telah mengaut keuntungan sbyk US$224 million di seluruh dunia.
Baca lagi......

Lagi superhero Marvel ke pawagam

Marvel Studios telah membuat perjanjian ngan Raleigh Studios utk guna studio dan fasilitinya utk tempoh 3 tahun bg movie2 superhero Marvel yang akan datang. Filem2 tersebut adalah Iron Man 2, The First Avenger: Captain America, Thor dan The Avengers.

Presiden Marvel berkata beliau percaya dengan talent krew2 studio Raleigh yang terletak kt California sementara presiden Raleigh pula sgt teruja kerana dapat bekerjasama dengan Marvel utk filem2 tersebut.

Berikut adalah tarikh filem2 tersebut akan ditayangkan:
  • Iron Man 2: 7 Mei 2010
  • Thor: 16 Julai 2010
  • The First Avenger: Captain America: 6 Mei 2011
  • The Avengers: 15 Julai 2011

Baca lagi......

Kapten Lanun yang kaye


>Kite biasa dengar cerita lanun2 yang kaye akibat rompakan kapal... spt lanun yg rampas kapal Melati 5 milik MISC. tapi lanun yg gua nk cerita ni bkn kaye sbb rompak kapal, tp kaye sbb dpt offer berlakon. lanun yg dimaksudkan ialah Captain Jack Sparrow iaitu Johnny Depp.

Johnny Depp telah confirm utk kembali menjadi kapten lanun dalam Pirates of the Caribbean 4. Menurut tabloid London The Daily Mail, abang Johnny ditawarkan sebanyak US$56 million utk berlakon dalam filem tu, menjadikan dia pelakon plg byk dpt duit pendahuluan dlm sejarah perfileman. dengan adanya duit sebanyak itu, mungkin abang Johnny bole bersara lebih awal dari menjadi lanun dan membeli kapalnya sendiri tanpa perlu merompak kapal orang lain.

Pirates of the Caribbean 4 dijangka ditayangkan pada 2012.
Baca lagi......

Selasa, 7 Oktober 2008

Los dan Faun (2008)

Kegilaan Afdlin kembali lagi!!! after setahun xde filem dari Afdlin, pasni akan berduyun2 la filem dari dia... kali ni diteruskan ngan cite 'Los dan Faun', agensi pencari barang2 hilang (Lost and Found).

Dibintangi oleh dua org geng afdlin yg gile2 jugak, Los (Hans Isaac) dan Faun (Adlin Aman Ramlie) adalah dua org member baik masa kt kampung dan berhijrah ke kl utk menyara hidup. So Los dan Faun pun menubuhkan agensi mencari barang yg hilang dan akhirnya mereka jadi famous n terkenal.

Satu hari datang la sorang pempuan bernama Jasmin (Erra Fazira) yg memerlukan bantuan Los dan Faun mencari jam tangan bekas laki dia iaitu Tuan Soffar (Afdlin Shauki) yg baru je meninggal.

Ntah cmna tetiba Faun ni bley plak terjatuh hati ngan Jasmin sekaligus mengakibatkan power Faun ni terganggu. Disamping itu mereka gak menghadapi rintangan dari adik tiri Tuan Soffar yg bernama Jefri (AC Mizal).

Untuk mengetahui cite selanjutnya, jom lah kte ke wayang pada 4 Disember 2008!
Sumber: http://www.losdanfaun.com/


Trailer:

Baca lagi......

The Half-Blood Prince (2009)

Untuk korang yang gilekan cerita2 misteri dan fantasi pastinya tertunggu2 sequel filem Harry Potter seterusnya iaitu 'Harry Potter and Half-Blood Prince'. Filem yg diadaptasi dari buku tulisan J.K. Rowling kini sudah pun berada di peringkat post-production dan dijangka ke pawagam pada 17 July 2009 (US).

Cite kali ni mengisahkan Voldemorts yang menyerang Hogwarts. So Harry sebagai hero yang mengesyaki serangan itu lebih awal telah menuntut ilmu dgn Prof. Dumbledore cara2 utk mengalahkan Voldemorts. Prof. Horace Slughorn, member lame Dumbledore pun join bersama utk mencari kelemahan Voldemorts.

Dapatkah Harry ngan kengkawannya mengalahkan Voldemorts? sesamalah kite pergi tgk wayang nnti k... Jom Wayang!

Trailer:


Baca lagi......

Isnin, 6 Oktober 2008

Panda pandai berkungfu - 2

Gua sure korang mesti ingat lagi cerita kung fu panda yang ditayangkan xlama dulu... disebabkan kejayaan cite tersebut, DreamWorks Animation dengan rasminya memberitahu sequel tersebut Kung Fu Panda 2 akan kembali pada 2011!

CEO Dreamworks Animation, Jeffrey Katzenberg berkata mereka sangat teruja untuk bersama-sama berkumpul kembali dengan team Kung Fu Panda kreatif. Skang ni mereka masih lagi berdiskusi mengenai jalan cerita dan watak2nya dan dijangka akan memulakan 'penggambaran' pada tahun depan. Jack Black dan akak Angelina Jolie nampaknya akan bertambah kaya la pasni ;)

Siri asal 'Kung Fu Panda' akan mula dijual pada 9 November 2008 dalam format DVD dan Blu-Ray
Baca lagi......

Ahad, 5 Oktober 2008

Melakar perubahan dunia animasi Malaysia

pernah tgk animasi upin & ipin kt tv? mmg xdapat dinafikan mereka berjaya membawa arus baru dalam dunia animasi malaysia. dan kali ini pembangunnya Les'Copaque sekali lagi ingin membawa perubahan, di dunia animasi wayang malaysia!


"Geng: Pengembaraan Bermula" adalah tajuk filem yang dipertaruhkan. Filem animasi selama 108 minit ini dijangka akan ke panggung selewat-lewatnya Mac 2009. Ceritanya bermula apabila penduduk Kampong Durian Runtuh digemparkan dengan penemuan tapak kaki aneh serta bunyi2an ganjil pada waktu malam yang dikatakan berpunca dari hantu di hutan berhampiran. tiada siapa yang berani merungkai kebenaran sehinggalah Geng Pengembaraan bertindak!
Baca lagi......

Tobey Maguire sah berlakon Spider-man 4

Pelakon utama Spider-man, abang Tobey kite dh mengesahkan akan berlakon balik untuk Spider-man 4 (S4) dan Spider-man 5. Dia ditawarkan bayaran $50m dan akan start lakonan S4 hujung tahun depan. S4 dijangka  ditayangkan pada Mei 2011.

Tapi setakat ini akak Kirsten Dunst masih blum mengesahkan secara rasmi utk jadi heroin abg Spidey sekali lagi wpun ada menyatakan 'ya' semasa ditemubual pemberita. Camna pun kita doakan akak Kirsten akan bersama2 lagi untuk sequel orang labah-labah.

Sam Raimi juga diberi kepercayaan sekali lagi utk mengarah filem tersebut. So kte harapkan cerita S4 akan jadi lebih best dari tiga cerita sebelumnya!
Baca lagi......

Knowing (2009)

Pengarah: Alex Proyas
Pelakon: Nicholas Cage, Rose Byrne, Chandler Canterbury
Genre: Thriller, Drama
Di Pawagam: 20 Mac 2009

Sinopsis: harini gua nak cerita pasal movie baru lakonan Nicholas Cages yang akan keluar ke pawagam tahun 2009. Cerita berkonsepkan thriller drama ini mengisahkan sekumpulan pelajar sekolah rendah pada tahun 1958 yang diarahkan guru mereka untuk melukis apa yang mereka bayangkan pada 50 tahun akan datang. Kemudiannya semua lukisan tersebut diletakkan di dalam 'time capsule' dan ditanam untuk dibuka semula 50 tahun kemudian.

Setelah 50 tahun berlalu, time capsule tersebut dibuka dan isi kandungannya dilihat semula oleh sekumpulan pelajar lain. Walau bagaimanapun, seorang pelajar iaitu CALEB MYLES memperolehi sekeping kertas yang hanya mempunyai baris-baris nombor yang tidak difahami. Professor TED MYLES (Nicholas Cage) iaitu bapa Caleb bagaimanapun setelah meneliti mendapati bahawa nombor-nombor tersebut adalah susunan tarikh-tarikh penting hari berlakunya bencana-bencana besar di dunia dalam tempoh 50 tahun tersebut dalam susunan yang tepat!

Ted kemudian mendapati akan berlaku tiga lagi bencana dalam masa terdekat, cuba memberitahu perkara tersebut kepada pihak keselamatan tetapi tidak dihiraukan. Keadaan ini secara tidak langsung meletakkan Ted dalam serba salah sekaligus berusaha untuk menghalang bencana tersebut dari terus berlaku!

Trailer:

Baca lagi......

Coming Soon di Wayang..

What up gang, aper cer wayang2 skrg, anyway gua da dpt da cete2 yg akan ditayangkan tahun depan(2009) or tahun2 seterusnya. check it out...
  1. Fast And Furious 4
  2. Spiderman 4
  3. Terminator 4
  4. Ironman 2
  5. Tranformer 2
  6. Batman
  7. Superman
  8. Max Payne
  9. Metal Gear Solid
  10. World Of Warcraf
  11. Prince Of Persia
  12. Wolverine
  13. Sin City 2
  14. Halo
  15. Jangan Tegur
  16. Cicakman 2
  17. Upin dan Ipin the Movie
Nanti gua akan postkan review or updates about those movies...So buat2 kaki wayang di Malaysia semua..diharap dapat jadikan website ini sebagai rujukan dan berkongsi idea le..

see ya. Baca lagi......