Jumaat, 20 Mei 2011

Nur Kasih The Movie



Nur Kasih merupakan drama paling digemari oleh setiap lapisan masyarakat Malaysia. Penghasilan filem nya mendapat pelbagai reaksi menarik di kalangan peminat setia drama bersiri ini. Saksikannya di pawagam berhampiran anda.

Summary
Apabila wayang bermula, kisah pertama yang digambarkan adalah mengenai pemergian Alia, isteri kepada Aidil. Aidil mempunyai 2 cahaya mata iaitu Ilyas dan Maryam. Beliau masih sedih meratapi kematian isterinya akibat kemalangan. Adam pula masih menunggu cahaya mata bersama dengan Nur. Nur telah sekali lagi keguguran dan mereka bersedih atas ujian yang tuhan berikan. Atas sebab untuk mencari ketenangan, mereka bercuti ke Jordan.

Di Jordan, Adam dan Nur terlibat dalam nahas keretapi. Nur cedera dan setelah dirawat di hospital, Adam dapati cincin perkahwinan Nur telah hilang. Semasa dia mencari di lokasi kemalangan, ribut pasir melanda. Adam mengalami masalah jantung akibat tragedi pengeboman di Mumbai suatu ketika dahulu menyebabkan dia terbabas di padang pasir. Nur berusaha sedaya upaya untuk mencari Adam disertai oleh Aidil yang datang setelah dipinta oleh Nur. Akhirnya Adam ditemui.

Adam diuji lagi dengan masalah jantung di mana doktor mengatakan dia tiada harapan lagi untuk hidup selagi tiada penderma ditemui. Disepanjang babak, terdapat beberapa kali munculnya lembaga wanita misteri. Mungkinkah itu adalah Malaikat Maut? Saksikan Nur Kasih The Movie di panggung wayang berdekatan anda.
 

Spoiler (amaran: jgn baca klu nk tonton cite ni!)
Adam dapat diselamatkan apabila terdapat penderma pada saat akhir. Beliau sempat menamatkan penulisan kisah hidupnya. Adam dan Nur telahpun mendapat seorang cahaya mata lelaki. Adam akhirnya meninggal tatkala sedang melukis pemandangan di kampungnya.


Pandangan Kitaorg
Gaya penceritaan yang sangat berlainan dari filem-filem lain. Nur Kasih The Movie sarat dengan perasaan kasih, tangis dan tawa dalam kehidupan seharian kita. Filem wajib ditayang di pawagam seluruh Malaysia.




Kitaorg Rase...
Grafik & Efek
Kamera & Cinematography
Bunyi & Muzik
Jalan Cite
Penutup
Mesti Tengok?