Jumaat, 13 Mei 2011

Kongsi: Lu Langsi Lu Mati



Akhirnya, filem Sam yang terbaru iaitu KONGSI Lu Langsi Lu Mati telah menjengah kesemua panggung wayang di Malaysia. Filem hebat penuh aksi termasuk aksi tumbuk menumbuk, sepak menyepak dan drift-mendrift oleh Tumulak yang dilakonkan oleh Sam.


Summary


Tumulak dan rakan-rakannya telah diberi satu tugasan untuk mengucar-kacirkan kumpulan kongsi gelap di seluruh dunia. Tumulak ditugaskan ke Malaysia untuk menggoyahkan dan melagakan kumpulan-kumpulan kongsi gelap. Beliau telah membunuh beberapa ahli kongsi gelap bermula dengan adik Man Jawa.

Keadaan ini menyebabkan kumpulan-kumpulan kongsi gelap sangsi antara satu sama lain sehinggalah Tumulak telah berjaya dikesan oleh polis. Sharif merupakan bekas rakan Tumulak semasa di Thailand. Beliau mengalahkan Tumulak dan ini menyebabkan Tumulak menyimpan dendam kepada Sharif. 

Aksi demi aksi pergaduhan serta tembak-menembak mewarnai pentas kongsi gelap Malaysia. Apakah pengakhir wayang filem ini? Adakah Tumulak berjaya melaksanakan tugasnya? saksikan dulu trailer Filem ni:









Spoiler (amaran: jgn baca klu nk tonton cite ni!)
Pengakhiran wayang ni adalah Tumulak pada akhir adegan kejar-mengejar ingin meloloskan diri dengan terjun kedalam Sungai Kelang. Tapi, disebabkan sungai berlumpur, Tumulak telah terbenam ke dalam lumpur. Polis berjaya menarik beliau keluar dan akhirnya Tumulak ditangkap. 


Pandangan Kitaorg
Wayang Filem KONGSI ni penuh adegan sepak terajang, tembak menembak dan drift mendrift. Jalan cerita yang tak boring sangat dan diselitkan adegan lucu oleh Tumulak. Best untuk ditonton. Rate yang diberi adalah 4 Bintang.
Kitaorg Rase...
Grafik & Efek
Kamera & Cinematography
Bunyi & Muzik
Jalan Cite
Penutup
Mesti Tengok?