Isnin, 5 Oktober 2009

Lembing Awang Pulang Ke Dayang


Filem epik melayu yang tidak kurang hebatnya..korang penah bace buku cerita Lembing Awang Pulang Ke Dayang? Filem sulung terbitan Dayang Digital Sdn. Bhd. ni terpaksa ditangguhkan penyiarannya di panggung-panggung wayang tempatan selama 5 tahun kerana mengalami masalah terutamanya kos yang bertambah dari RM1.5 menjadi 1.8 juta..

Barisan pelakon yang membintangi filem ni adalah:

Farid Kamil : Awang (pelakon utama)
Siti Elizad : Dayang (pelakon utama)
Zul Huzaimy : Bachuk (pelakon utama)
Lynette Ludi : Claudia (pelakon utama)
Hattan : Panglima Merah (pelakon utama)
Aziz M. Osman : Dekar Agas & Raja Muda Bugis (Pelakon Pembantu)
Dato' Mustapha Maarof : Pak Ngah (Pelakon Pembantu)
Kuswadinata : Pak Long (Pelakon Pembantu)
Khir Rahman : Nakhoda Galigor (Pelakon Pembantu)
Datin Hajah Rosnani Jamil : Mak Ngah (Pelakon Pembantu)
Uji Rashid : Mak Long (Pelakon Pembantu)
M.Rajoli : Orang Kaya Aris (Pelakon Pembantu)

Layan trailer filem ni dulu..=)



Summary

Wayang kali ini diilhamkan dari kisah 'Lembing Awang Pulang Ke Dayang', sebuah hikayat lama yang berlaku di hujung kurun ke-18 di negeri Johor (kat muar atau batu pahat). Hikayat ni amat terkenal kerana peristiwa berdarah yang meragut 99 nyawa telah berlaku. Wayang ni mengisahkan mengenai Awang yang ingin mengahwini kekasih hatinya tetapi terpaksa menyempurnakan adat dengan mengembara selama 3 tahun. Di sepanjang perjalanan, dia berjumpa beberapa orang dimana dia berpeluang menimba ilmu, menjalin persahabatan dan menerima penghormatan. Awang mula memahami dan mempelajari erti hidup yang sebenar serta dia telah mengetahui tentang sejarah kebesaran keluarganya.

Selama Awang mengembara, hati tunangnya cuba diusik oleh Bachok dengan dibantu oleh guru silatnya, Panglima Merah, ex-ketua lanun yang amat digeruni di perairan laut Selat Melaka. Setelah menempuh pelbagai dugaan dan cabaran, Awang dianugerahkan dengan 2 bilah lembing pusaka yang diberi nama Lembing Laki dan Lembing Bini.

Pelayaran Awang membawanya ke pelabuhan Makasar dimana dia melihat peluang untuk memenuhi cita-citanya berada di depan mata. Dapatkah awang mempertahankan cintanya terhadap dayang setelah digoda oleh gadis Belanda? Sesampai di Goa, dapatkah Awang menemui tatasusila keturunannya?

Saksikan wayang epik ini di pawagam tempatan bermula 22 Oktober 2009! (^_^)


Spoiler (amaran: jgn baca klu nk tonton cite ni!)
Filem epik dah lame tak keluar kat wayang tempatan. So, Tengoklah ramai-ramai. (",)
Bace sedikit cerita sejarah mengenai Lembing Awang Pulang Ke Dayang disini:
Sejarah lembing awang pulang ke dayang

Pandangan Kitaorg
Seperti yang kitorang cakapkan, filem epik dah lame tak keluar kat wayang tempatan. Yang selalu ade kat teater contohnya Puteri Gunung Ledang dan macam-macam lagi la. Pelakon filem ni pun mantap dan terkenal jugak. Farid Kamil, Siti Elizad, Hattan, Aziz M. Osman, M. Rajoli, Uji Rashid dan lain-lain. Tak rugi punyer tengok cerita ni. (^,^)


Kitaorg Rase...
Grafik & Efek
Kamera & Cinematography
Bunyi & Muzik
Jalan Cite
Penutup

Mesti Tengok?

Baca lagi......

Jumaat, 4 September 2009

The Final Destination 4 (2009)

Ha..cerita seram all time feveret dah start ditayangkan kat pawagam..Sape yang tak pernah tengok Final Destination ni memang rugi betul sebab seramnyer memang tahap gaban la orang cakap..lagi-lagi diorang buat 3D..korang bayangkanla sendiri..Hahahaa..

Siri-siri "The Final Destination" jadi lebih superb dan meletup dengan siri yang keempat ni, filem ini diketuai oleh pasukan penerbitan untuk filem kedua dahulu-- pengarah David R Ellis dan penulis Eric Bress. Francais Barisan Baru akan dipersembahkan buat kali pertamanya dalam bentuk 3-D dengan memfokuskan seorang remaja yang mengelak satu perjalanan maut di sebuah trek lumba, tetapi dia telah mendapati bahawa kematian mempunyai caranya untuk menyamakan kematian mereka yang terselamat. Shantel VanSanten, Bobby Campo, dan Hayley Webb membintangi sequal filem ini.

Layan preview wayang ni jom! (o_0)



Summary
Nick dan beberapa orang kawan pergi ke trek lumba untuk menonton perlumbaan kereta pada hujung minggu. Hujung minggu yang sepatutnya menyeronokkan, Nick O'Bannon mendapat satu firasat (vision) yang amat menakutkan, kemalangan ngeri akan merempuh penonton pada kelajuan 180 mph. Penonton akan memercik dan menjadi cebisan-cebisan daging, seorang gadis putus kepala akibat dihenyak dengan tayar yang berterbangan, letupan besar berlaku, dan akhirnya seluruh bahagian atas stadium itu runtuh menimpa penonton. Kemudian Nick menemui ia hanya satu vision yang hampir akan berlaku, dan dia mendapat dirinya mengalami mimpi buruk ngeri Nick menjadi cemas, dia mendesak teman wanitanya, Lori, dan rakan-rakan mereka, Janet dan Hunt, untuk meninggalkan stadium itu. Kira-kira 12 orang berjaya dikeluarkan oleh Nick daripada stadium sebelum mimpi buruknya benar-benar berlaku. Tetapi Death pulang semula untuk mengambil nyawa orang yang terselamat, dengan kemalangan-kemalangan aneh menjadi lebih kejam daripada sebelum ini.

Diorang fikir diorang dah berjaya menipu kematian, kumpulan yang terselamat tu mempunyai satu kontrak kehidupan baru, tetapi malangnya untuk Nick dan Lori, ia hanyalah satu permulaan. Orang yang terselamat mula mati satu persatu dalam beberape siri nahas yang amat mengerikan (bukan menggelikan tau)--Nick yang mula berasa takut mesti mencari jalan bagaimana caranya untuk menipu kematian sebelum tiba giliran dia sampai ke destinasi akhirnya, dan seterusnya. Filem yang terkini dalam amat popular "Final Destination" merupakan antara filem thriller 3D pertama, ia pasti akan memberikan kedahsyatan serta kengerian tahap maksima kepada penonton kerana korang akan terasa yang korang ade dengan diorang.

*summary ni mengandungi sedikit spoiler..(^_^)

Spoiler (amaran: jgn baca klu nk tonton cite ni!)

Ha..nak spoil apenyer..tengok la sendiri..hahahaa..=p

Pandangan Kitaorg
Memang jangan miss la tengok wayang nih..Korang nak tengok darah tersembur-sembur pun ade..Tak percaye? Jom layan Wayang ni..3D tu beb..


Kitaorg Rase...
Grafik & Efek
Kamera & Cinematography
Bunyi & Muzik
Jalan Cite
Penutup

Mesti Tengok?

Baca lagi......

UP 2009


Pernah tak mase kecik-kecik dulu korang ikat something dengan belon so that barang tu terbang? Ade salah sorang dari kitorang yang pernah ikat belon kat action figure superman dia dan mengharapkan dapat terbang tinggi..pastu nak dijadikan cerita, memang terbang..tapi nasib baik tak jauh..klu tak, terjelupuk aku kat situ..Ni kan lagi nak terbangkan rumah sebesar 2 rumah teres? Tak logik dek akal dan sebab tu lah diorang wat cerita kartun jer..Tapi memang gempak sebab wat 3D..nampak timbul betul..Huyooooo~

Moh kite layan preview wayang up ni..jom! (^_^)




Summary
Carl Fredericksen merupakan sorang budak lelaki yang mempunyai impian untuk menjadi seorang pengembara sebagaimana dia melihat kisah penjelajah Charles Muntz. Carl seorang pendiam dan pemalu, tetapi minatnya kepada Muntz telah menemukan dia dengan Ellie, seorang budak perempuan yang bergaya dan berani. Mereka menubuhkan satu pasukan yang hebat dan seterusnya mereka mengambil keputusan untuk berkongsi nyawa mereka bersama (kahwin la tu).

Daripada alam sekolah rendah kepada sekolah tinggi dan beralih pula ke alam kedewasaan, Carl dan Ellie tidak dapat dipisahkan, setiap saat mereka berkongsi kegembiraan dan kesedihan bersama dan pernah pada satu ketika mereka bermimpian untuk mengembara ke dalam kawasan terpencil Amerika Selatan sama seperti wira mereka, Muntz suatu hari nanti. Tetapi akibat bebanan kerja dan masalah kesihatan serta banyak perkara-perkara lain mengganggu impian mereka tu, dan Carl dan Ellie saban tahun semakin bertambah tua dan tidak pernah sekalipun mempunyai peluang untuk melawati hutan Amerika Selatan. Dan kemudian, dengan sedih, Carl menjadi seorang duda disebuah rumah kecil cantiknya serta ditemani kenangan-kenangan indah Ellie.

Malang memang takde bau tapi memang terasa , rumah Carl betul-betul kat dalam kawasan laluan pembinaan baru. Kerana tidak mampu untuk menetap secara sah, Carl dapat satu idea tak masuk akal untuk memastikan rumahnya tak dirobohkan. Dengan berlandaskan pepatah 'sambil menyelam minum air', dia mahu melawat Amerika Selatan sebelum ia terlambat sambil mengalihkan rumahnya daripada lokasi sekarang. Penyelesaiannya: pasang beribu-ribu belon dipenuhi gas helium kat bumbung rumahnyanya dan mengapungkannya. Dia juga mencipta untuk memandu rumahnya di udara.

Tetapi Carl gagal untuk mempertimbangkan kehadiran seorang budak Wilderness Explorer yang bernama Russell. Russell tidak tahu apa yang Carl rancangkan dan dia berada kat anjung rumah Carl semasa rumah tu tengah melancar naik ke udara. Dengan tiada cara untuk melandingkan rumah dan Carl telah setkan Amerika Selatan sebagai tempat mendarat, Carl dan Russell terpaksa menjelajah bersama-sama. Mendarat sedikit awal dari tempat mendarat sasarannya - Paradise Fall - Carl dan Russell mesti menarik rumah itu (dengan belon-belon masih melekat) satu atau dua batu jauhnya untuk ke tempat yang tepat.

Dalam perjalanan terakhir ke tempat mereka berehat, mereka terserempak dengan seekor burung eksotik yang sangat besar dan Russell menamakannya Kevin (mengapa? takde sape yang tahu) dan seekor anjing yang terlalu mesra dinamakan Dug (bukan Doug). Dug memakai satu kolar yang membolehkan pemikirannya diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, satu plot yang terlalu lucu dimana Dug menginginkan sebuah filem yang hanya untuk dirinya.

Jadi, kini mereka di Amerika Selatan dan itu memang ape yang sepatutnya berlaku mengikut apa yang Carl telah rancangkan, betul? Tidak. Bahaya mula mendatang dari setiap penjuru untuk mendapatkan Kevin, dan ia bergantung kepada Carl, Russell, dan Dug untuk memastikan burung luar biasa itu selamat.

Spoiler
(amaran: jgn baca klu nk tonton cite ni!)


Kalau korang dah bace summary kat atas, ade sedikit2 spoiler yang kitorang selitkan..Bace balik kalau nak tau..=p endingnyer? burung rare tu selamat la...(0,O)

Pandangan Kitaorg
Eloklah tengok wayang ni before dah tutup kat panggung wayang tempatan..Memang layan abis bagi sesiapa nak layan cerita ni..sesuai untuk semua peringkat umur dan lapisan masyarakat..Bleh gak belajo sambil menonton wayang..Bawak anak-anak, anak sedara, makcik pakcik mahupun atok nenek ke panggung wayang berdekatan anda..(^_-)


Kitaorg Rase...
Grafik & Efek
Kamera & Cinematography
Bunyi & Muzik
Jalan Cite
Penutup

Mesti Tengok?

Baca lagi......

Jumaat, 28 Ogos 2009

I LOVE U, BETH COOPER


Cinta tak kenal paras rupa, umur mahupun harta. Cinta ibarat kain putih, kita yang mencorakkannya sendiri. Aku tahu ramai korang kat sane yang susah sangat nak lafazkan cinta kat orang yang korang dah jatuh hati. Wayang yang nak di review hari ni pun ade kisah pasal tu la. So, boleh amik iktibar dan wat tips skit. Nak tau tips nya? Pegi cakap I LOVE U kat orang yang korang syok tu time wat ucapan depan satu Kolej! ade berani?!

I LOVE U BETH COOPER menceritakan seorang budak nerd membuat penyataan secara terbuka yang dia menyintai gadis yang paling hot dan popular di kolejnya iaitu Beth Cooper sewaktu ucapan Majlis Graduasi (dia jadi wakil coz terlebih pandai). Yang tak masuk akalnya, Beth datang ke rumahnya dan bermula malam tu Beth nak bagi malam yang terhebat yang pernah dilalui Denis di sepanjang hayatnya.

Jom layan ckit preview wayang nih~ (^_^)



Summary
Kisah ni bermula apabila sorang pelajar lelaki high school yang geek menggemparkan dunia sebab dia meluahkan perasaan cinta dia kat gadis yang paling popular semasa berucap di majlis graduasinya. Korang pasti rase yang dia ni akan kena belasah tak pun kena reject bulat-bulat kan? Tapi kan...Hidup dia mula berubah dan menjadi lebih happy dan interesting.

Denis Cooverman (Paul Rust) mungkin ade otak (pandai), keberanian yg dia kurang. Korang bayangkanlah dari awal high school dia dah crush kat minah tu sampai la dia abis belajar. Semasa nak naik ke pentas untuk bagi sedikit kata-kata inspirasi di majlis graduasi, di dah decide nak meluahkan perasaan cinta tahap leleh dia ni kat gadis paling popular - Beth Cooper (Hayden Panettiere). Tanpa logik akal, Beth bagi respon dgn bersetuju datang ke parti di rumah Denis.

Tapi, boyfriend Beth Kevin (Shawn Roberts) bengang sebab trofi kolej dia berpacaran dengan budak paling geek kat kolej. Kevin datang ke parti Denis dan membuat onar (kacau/kerosakan) menyebabkan dia, kawan rapatnya Rich (Jack Carpenter), Beth, and kawan-kawannya Cammy (Lauren London) dan Treece (Lauren Storm) pergi berkelana dengan menaiki kereta Beth.

4 tahun si Denis ni duk terceruk dan duk diam belakang si Beth ni kat kelas, dengan hanya memendam harapan dan mengumpul keberanian diri untuk membuka pekung didada. Kini, disepanjang malam itu dia berpeluang untuk mengenali Beth dengan lebih mendalam lagi. Sekiranya dia survive sampai keesokan paginya, ia tentu menjadi kenangan terindah sepanjang hayat dia.


Spoiler (amaran: jgn baca klu nk tonton cite ni!)
Malam tu macam-macam yang diorang buat. Antaranya melanggar undang-undang, merosakkan harta benda, minun arak banyak2 sampai tak larat nak bangun, keluar sampai lewat malam, bawak kereta laju-laju dan Denis mula belajar bagaimana memikat perempuan.

Rosak gak la Denis di dibuat oleh Beth.

Pandangan Kitaorg
Kitorang rase citer ni amat sesuai untuk couple atau kaum Hawa jer. So, bagi korang yang termasuk dalam senarai, pegila tengok citer ni kat panggung wayang sekarang. Citer ni secara amnya feel dia macam tengok wayang 'John Tucker Must Die'. So ape yang kome tunggu lagi tu? jom tengok wayang! (^_^)


Kitaorg Rase...
Grafik & Efek
Kamera & Cinematography
Bunyi & Muzik
Jalan Cite
Penutup

Mesti Tengok?

Baca lagi......

Rabu, 26 Ogos 2009

Jin Notti (2009)


Ramai yang aku rase tertunggu-tunggu nak tengok filem lakonan Fara Fauzana dengan Mawi 'World' ni. Filem ini akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 20 September 2009. Yelah, ramai peminat Fara Fauzana yang nak tengok DJ Hot FM yang HOT ini menjiwai lima karakter dalam filem ini iaitu Notti, Ruby, Eyyonne, Shahrifah Qistina dan Mimi (Gempak btul..).

Untuk filem Jin Notti, KRU Studios telah pun bekerjasama dengan Telekom Malaysia Berhad (TM) sebagai pakatan perniagaan yang lebih strategik bukan sahaja untuk promosi filem tetapi bagi menarik pelanggan TM. Tradisi itu diteruskan dengan Jin Notti yang diarahkan oleh Azhari Zain (pembantu pengarah cicakman 1 dan 2) dan disokong oleh Yusri Abdul Halim sebagai penyunting yang menggunakan teknik imej penjanaan komputer (CGI).

Jin Notti yang dibintangi oleh Mawi 'World' sebagai Aziz, Fara Fauzana (Notti), Cat Farish (Jinbara), Bob Lokman (Jin Samsu), Adibah Noor (Sofea Jin), Acappan (Jingam), Hafidzuddin Fazli (Nesti), Corie (Taiko), Sazzy Falak (Zulu), Sheila Mambo (Ibu Zulu), Betty Benafe (peguam bela) dan David Teo (ketua kongsi gelap). Jin Notti banyak berkisarkan tentang dunia jin yang menjadi kepercayaan dalam masyarakat Malaysia.






Summary

Notti, anak jin yatim-piatu yang berusia 117 tahun menghadapi hukuman paling berat di dunia jin yang di panggil “All Alone” oleh Majlis Penghakiman Jin yang di ketuai oleh Jin Samsu. Kecuali dia mampu melepasi satu ujian – membuat cukup kejahatan hingga penuh ‘skala kenakalannya.’

Dengan pertolongan Jinbara – peguam Notti – Notti dihantar ke dunia manusia untuk melakukan kejahatan. Dia dimasukkan ke dalam badan seorang remaja ‘punk’, seorang gangster perempuan sebelum akhirnya diberi kawalan ke atas makhluk paling jahat dalam dunia manusia – peguam.

Notti memasuki tiga tubuh manusia yang mempunyai sifat yang berbeza.

1. Ruby – seorang gadis remaja punk dari keluarga berpecah belah yang nakal dan liar

2. Y’vonne – seorang perempuan berbangsa Tiong Hua dan teman wanita kepada sebuah kongsi gelap yang membuat aktiviti menjual VCD cetak rompak, memeras ugut dan meminta wang perlindungan

3. Sharifah – seorang peguam sofistikated yang sering membela penjenayah

Kenakalan yang dilakukan oleh Notti harus melepasi skala kenakalan yang dipakaikan dipergelangan tangannya. Notti ditemani oleh peguamnya Jinbara sepanjang dia menjalani hukuman di dunia manusia sebagai penasihat untuk terus melakukan kenakalan.

Sepanjang perjalanannya, Notti mula jatuh cinta pada seorang lelaki yang dijumpai di tiga tempat yang berbeza iaitu Aziz dan terjumpa dengan seorang lelaki yang mungkin adalah ayahnya. Berjayakah Notti dengan cintanya? Mampukah dia berjumpa ayahnya yang telah lama menghilang?

Semuanya berakhir dalam satu perbicaraan agung di dunia manusia dan di dunia jin.


Spoiler (amaran: jgn baca klu nk tonton cite ni!)


Pandangan Kitaorg

Kitorang rase, elok la korang tengok wayang ni sebab wayang ni genre lawak..so, kalau korang penat kerja ke blajar ke, bleh relaks2 di dalam panggung wayang yang sejuk dan nyaman sambil disajikan lawak-lawak yang mencuit hati..Hehee..


Kitaorg Rase...
Grafik & Efek
Kamera & Cinematography
Bunyi & Muzik
Jalan Cite
Penutup

Mesti Tengok?

Baca lagi......

Orphan (2009)


Ada sesuatu yang tak kena dengan Esther.

'Jangan sangka cili api yang kecil itu, kurang pedasnya' 'Don't judge a book by its cover'. Dua perihal ini banyak menceritakan mengenai filem seram terbaru yang berjudulkan 'Orphan'. Orphan berkisar tentang Esther, seorang gadis yang pada fizikalnya berusia 9 tahun walhal dia dah berusia 33 tahun pun. Menghidap penyakit hypopituitarism menyebabkan proses tumbesaran dia terbantut. Esther seorang yang psiko dan seringkali mengambil kesempatan untuk mencederakan orang disekelilingnya.

Pengajaran dari cerita ini adalah, siasat dahulu latar belakang sesiapa jua sebelum anda menjadi lebih rapat dengan mereka apatah lagi semasa ingin mendapatkan anak angkat. NAk best lagi, kita tengak trailer filem ni kat bawah..Hehee..



Summary
Kate (Vera Farmiga) dan John Coleman (Peter Sarsgaard) mengalami tekanan dan kemurungan selepas anak ketiga mereka 'Jessica' mati didalam kandungan (keguguran). Kehilangan itu menambah masalah kate yang masih bergelut untuk memulihkan diri dari tabiat meminum arak yang telah pun menyebabkan dia hilang kerja. Sebagai peringatan, kate telah menabur abu naknya itu di sekelompok rose putih dihalaman rumahnya dan juga membuat plak sebagai tanda kenangan.

Mereka mengambil gadis rusia berusia 9 tahun bernama Esther (Isabelle Fuhrman) sebagai anak angkat. Walaupun Kate dan anak John yang pekak dan bisu bernama Max (Aryana Engineer) menyenangi kehadiran Esther, anak lelaki mereka, Daniel (Jimmy Bennett) kurang menerimanya.

Kate mula merasa curiga apabila Esther memperkatakan pengetahuan tentang sex dan perkataan yang kurang enak didengar. Ianya tidak normal bagi kanak-kanak yang berusia 9 tahun. Tidak lama selepas kedatangan Esther, dia telah menolak seorang rakan sekelas di taman permainan sehingga menyebabkan kaki budak tu patah. Max nampak apa yang berlaku tapi melindungi Esther dengan menyatakan budak itu tergelincir.

Akan tetapi, kate dan John mula berwaspada apabila Sister Abigail (CCH Pounder), pengurus rumah anak-anak yatim tersebut memberi amaran berjaga-jaga kerana setiap kali perkara buruk berlaku, Esther pasti berada disitu. Esther telah mendengar perbualan mereka dan bertindak dengan membunuh Sister Abigail menggunakan hammer. Esther telah meyakinkan max untuk membantunya menyembunyikan mayat dan hammer. Daniel nampak mereka macam menyembunyikan sesuatu disebalik batu-batu berdekatan dengan treehouse dia. Pada malamnya, Esther mengugut Daniel sepaya merahsiakan semuanya dan sekiranya dia memberitahu orang lain, esther akan memotong testis dia sebelum dia tahu apa kegunaannya.

Kate telah diberitahu oleh pihak rumah anak yatim yang mereka tidak menjumpai apa-apa rekod mengenai Esther. Pada sebelah malamnya, Esther telah memetik bunga daripada tempat memperingati Jessica menyebabkan Kate menolak Esther jatuh ke tanah. Esther membalas dengan mematahkan tangannya sendiri dan memberitahu John yang Kate telah mencederakannya. Esther jugak membalas dendam dengan meneutralkan gear kereta kate yang hampir meragut nyawa Max. Akibat tersentak, kate membeli 2 botol arak tetapi akhirnya menuangkan sebotol ke dalam longkang dan sebotol lagi dibiarkan.

Kate dapat tau yang Esther pernah memasuki sebuah institusi sakit jiwa di Estonia bernama Saarne Institute, tapi John dan kaunselor ketagihan arak dia berpendapat Kate mengulangi tabiat ketagihan araknya. Bertambah buruk lagi bila John terjumpa botol arak yang masih penuh (yang Kate beli sebelum ni) dan mengugut akan meninggalkan Kate jika Kate tak mendapatkan bantuan.

Daniel dapat tahu tempat persembunyian hammer (tukul) daripada Max dan nak serahkannya kat Polis. Tetapi, Esther telah bakar treehouse Daniel untuk melenyapkan bukti dan membunuh Daniel. Daniel menyelematkan diri dengan terjun kebawah menyebabkan tengkuk dia tercedera. Esther cuba membunuh Daniel dengan menghentak kepala Daniel dengan batu sebelum dihalang oleh Max. Esther sekali lagi cuba membunuh daniel di hospital dengan menekup bantal ke muka Daniel. Semasa doktor sedang berusaha untuk menyelamatkan Daniel, Kate dengan penuh rasa marah telah memukul Esther sehingga jatuh dan dia di berikan sedative oleh doktor.

Pada sebelah malamnya pula, Esther mencuba untuk menggoda John yang sedang mabuk dan bersedih. John sedar yang segala-gala percakapan Kate adalah betul yang ingin menghubungi rumah anak-anak yatim. Esther menjadi marah dan telah porak-perandakan biliknya dan kemudiannya menikam John sehingga mati. Max telah menyaksikan perbuatan Esther dan dia bersembunyi di dalam bekas laundry.

Apabila kate telah mula sedar, dia menerima panggilan daripada Director Saarne Institute, Dr. Värava (Karel Roden) yang membongkar usia sebenar Esther (iaitu 33 tahun) yang nama sebenarnya ialah Leena Klammer. Leena mengalami hypopituitarism yang menyebabkan tumbesarannya terbantut dan seringkali menyamar sebagai anak kecil. Doktor tu jugak bagitau yang Esther ini merbahaya dan Kate harus kembali ke rumahnya untuk mengambil anaknya (Max dan Daniel). Kate bergegas ke rumah dan tangannya ditembak Esther sebelum dia mencari Max.

Mampukah kate menyelamatkan dirinya dan keluarga daripada kecaman Esther?



Spoiler (amaran: jgn baca klu nk tonton cite ni!)

Ending wayang nih..Heheehee..
Pergelutan mereka sehingga ke luar rumah di atas sebuah kolam beku, dimana Kate dan Esther bergelut sebelum mereka jatuh ke dalam lubang di atas kolam itu. Kate bertindak dengan keluar daripada lubang kolam diikuti dengan Esther yang memminta simpati dengan memanggil kate 'Mommy'. Kate dengan marah membalas balik yang dia bukannya mak Esther dan menyepak muka Esther, menyebabkan leher Esther patah dan menolaknya kembali ke dalam kolam supaya Esther mati lemas.

Pandangan Kitaorg
Filem seram memang banyak sekarang ni kat panggung wayang tempatan. Ada banyak pilihan untuk korang dan salah satu pilihan penggemar filem seram kitorang sarankan tengok wayang 'Orphan' ni. Memang kelasss lah wayang nih..


Kitaorg Rase...
Grafik & Efek
Kamera & Cinematography
Bunyi & Muzik
Jalan Cite
Penutup

Mesti Tengok?

Baca lagi......

Sabtu, 15 Ogos 2009

Setem

yeaba yeaba! happy weekend semua. Buat apa jer hujung minggu nie? kompem banyak program nye kan. owh kepada yg keje weekend nie selamat bekerja la yer. tak dapat la nak menolong. hahahaha. OK kepada mereka yang free hujung minggu nie, aku cadangkan silalah pergi ke panggung wayang untuk tengok citer yang kat atas tu. Citer apa? jeng jeng jeng……..


Aku citer sikit pasal ini story erk!
Citer nie berkisah mengenai Sekeping Setem! Obviously la citer nie pasal setem, dah nama movie pun setem! tak kan pasal ane kedai mamak plak kan? hahahaha..ok back 2 the story ya. Apa yang menarik sangat pasal setem ni? Macam nie, bagi penggemar setem, semakin sikit kuantiti setem yang ada muka bumi ni semakin tinggi la harga setem di pasaran. so nak dijadikan citer, setem yang dimaksudkan ni, cuma ada sekeping jer kat dunia nie! so u do the math la erk. setem ni adalah setem Malaya! masa zaman2 penjajahan dulu…way way way back then!!!

Nak dijadikan citer, setem nie akan dipamerkan di Malaysia buat pertama kalinya. So the media keep on buzzing la about the Setem kan. so apabila dah dikecohkan oleh para media, secara tak langsung telah menarik beberapa geng-geng amatur utk mencuri setem tu. So kisah pun bermula.

Ok nie geng yang pertama. GENG ANAK YATIM! terdiri daripada Rashidi Ishak (Sid), Afdlin (Joe) & Datuk Aziz Satar (Pak Ramli). Kenapa panggil Geng Anak Yatim? hah sebab Sid & Joe dibesarkan di sebuah rumah anak yatim yang diusahakan oleh Pak Ramli. Kenapa diaorang nie nak mencuri setem tu? pegi la tengok citer nie sendiri erk! BTW Sid act as narrator dalam citer nie!

nie plak GENG TOSAI! Sathiya (Vellu) & Indi Nadarajah (Mani). Mani nie bekas penjenayah! baru beberapa jam kuar penjara sudah plan nak curik setem tu dengan bantuan Vellu. Vellu nie keje security yang jaga setem tu! Sathiya dalam ni sangat la klakar!!! hahahahaha. Watak dia cam celakak aje. I LIKE!!! Pun nak curik setem tu.

GENG PIRANHA! Geng Kongsi gelap cina. Terdiri daripada Adam Corrie Lee (Lao), Bront Palarea (Burn) & Chew Kin Wah (Leader Geng Piranha, Lim). Team nie pun nak curik setem tu. Tapi tag team ngan Geng Anak Yatim!

memperkenalkan GENG BAKSO! Di import dari indonesia. Bagi aku team nie team yang just pelengkap rasa jer utk citer nie. But stil needed la. hmmm. Harun Salim Bachik as Marcello & Isma Yusoof plak as Aryanto. Aryanto nie datang ke Malaysia secara haram! n secara tidak segaja terlibat dalam proses mencuri setem ni. The wrong place at the wrong time! Satu geng yang tak merancang nak curik setem!

Ni plak yang TERANANYIA! Que Haidar (iskandar) sorang buta and Vanidah Imran (Alliyah) berlakon as kakak iskandar. diaorang nie memang langsung tak berniat nak terlibat. tapi akibat daripada takdir, setem tu akhirnya melekatkan si iskandar masa nak naik bas dan digunakan kakaknya utk mengepos surat! hahahahaha

Cameo darik Aziz M osman…..pastu ada gak beberapa artis lain yang wat cameo. Cam Jalalludin Hasan, Azwan Ali and ada few lagi la…

so macam-macam kejadian la yang berlaku. Bila satu geng dah dapat setem tu, mesti ada benda yang berlaku sampai setem tu bertukar kat geng yang lain.

Last-last diorang dapat tahu yang setem tu sebenarnya……………………….(tgk la sendiri kat wayang erk!) hahahahahahaha

KENAPA PERLU PEGI TENGOK?
  1. Super Funny. Worth every cents!!!!!
  2. Sangat mendukung prinsip 1 Malaysia! Semua bangsa utama ada kat dalam citer nie. Cakap Cina! Cakap Tamil! Cakap Omputih! Cakap Melayu! Memang Malaysia Flavour la.
  3. Lawak dia xsama ngan lawak senario mahupun apek!!!
  4. kalo siapa yang ada banyak stress tu pegi la tengok citer ni….Sure stress ilang!!!
  5. Banyak Lagi la…..

*contribute by Nor Azrin Shah bin Ramli (Tayangan Unggul)

Kitaorg Rase...
Grafik & Efek
Kamera & Cinematography
Bunyi & Muzik
Jalan Cite
Penutup
Mesti Tengok?

Baca lagi......