Jumaat, 27 Mei 2011

Karak 2011



Karak menampilkan beberapa muka baru arena perfileman negara seperti Shahir (Nik), Shira (Zura), Kilafairy (Ida), Md Eyzendy (Jack) dan pelakon veteran Sidek Hussain (Tok Malam). 

Summary

Filem ini mengisahkan empat pelajar kolej terperangkap di dalam kesesakan jalaraya yang sedang dalam perjalanan pulang ke Kuantan setelah menghabiskan masa malam mereka di Kuala Lumpur.

Oleh kerana tergesa-gesa, mereka memilih untuk menggunakan jalan lama KARAK. Tanpa berfikir panjang dan tidak percaya akan adanya kewujudan Hantu, mereka dengan selambanya menggunakan jalan tersebut.

Kisah bermula bila mereka berhenti untuk ke tandas. Jack telah bertemu dengan Hantu Budak Sekolah semasa mencari lokasi tandas yang agak jauh dari kedai brader burger. Ida dan Nik keluar untuk tapau burger ayam. Hantu Perempuan pun muncul untuk cari anaknya iaitu Hantu Budak Sekolah. 

Jack bergegas ke kereta semula untuk meneruskan perjalanan. Semasa dalam perjalanan, Hantu Volkswagen yang memang sinonim dengan jalan KARAK pula muncul. Tiba-tiba Hantu Budak Sekolah muncul di tengah jalan menyebabkan mereka terbabas semasa cuba mengelak. 

Mereka tersedar selepas kemalangan. Semasa dalam ketakutan dan dalam trauma akibat kemalangan serta di ganggu hantu, mereka terjumpa satu rumah yang didiami Tok Malam. Rupa-rupanya hantu yang mengganggu pelajar kolej itu adalah belaan arwah isteri Tok Malam.

Apakah pengakhiran kisah mereka? Dapatkah mereka melepaskan diri daripada gangguan tersebut? Saksikan di panggung wayang berdekatan anda.


Spoiler (amaran: jgn baca klu nk tonton cite ni!)
Nak dijadikan cerita, kisah sebenarnya bermula apabila mereka terjumpa rumah Tok Malam. Kata-kata Tok Malam yang menyatakan ada sesuatu yang mendampingi Zura rupa-rupanya adalah roh kawan-kawannya. Ini terbukti apabila Zura berjaya melawan hasutan hantu belaan arwah isteri Tok Malam yang ingin menyesatkannya dan dia dapat melarikan diri ke jalan utama bersama Nik. Akhirnya Zura sampai ke kawasan kemalangan dan mendapati bahawa semua rakan-rakannya telahpun mati hanya dia seorang yang terselamat. Zura terpaksa dalam keberatan melepaskan kekasihnya Nik.