Isnin, 17 Januari 2011

Filem Seram: Khurafat



Dulu mase kecik-kecik kite penah belajar ape itu khurafat kan? Ha..cerita ni mengupas dengan lebih mendalam ape itu khurafat dan kesannya terhadap orang yang melakukan perkara khurafat ni.

Summary
Johan (syamsul yusof) yang bekerja sebagai Pembantu Hospital. Johan mempunyai seorang girlfriend bernama Anna sebelum dia melangsungkan perkahwinan dengan Aishah. Kehidupan Yusof dan Aishah bahagia pada mulanya sehinggalah kematian Anna akibat tekanan di tinggalkan johan. Anna mati membunuh diri. Mulai saat Anna ditingalkan, kehidupan Johan sekeluarga mula diganggu oleh sesuatu. Bingung tentang dari man punca gangguan itu, Johan mencari semula Anna kerana dia sangka Anna yang melakukannya. Akan tetapi, setelah Anna mati, keluarga Johan masih diganggu lagi.

Keadaan inilah yang akhirnya membongkar segala rahsia silam Johan. Rupa-rupanya Johan telah pun berjumpa bomoh demi mendapatkan Anna untuk menjad kekasihnya. Johan leka dan telah terlupa bahawa dia telah berjanji dengan bomoh itu yang tidak akan sekali-kali meninggalkan Anna yang telah dijampi. Perbuatan Khurafat yang dilakukan Johan kini menuntut haknya dan Johan terpaksa membayarnya dengan harga yang amat tinggi iaitu nyawanya.  



Pandangan Kitaorg
Bile tengok wayang filem ni kat panggung, rasa terkejut-terkejut pun ada. Tapi, dah boleh agak time bila hantu tu nak keluar or muncul secara tetiba. So, secara keseluruhannya cerita ni agak seram dan agak memuaskan hati dan elok ditonton oleh semua lapisan masyarakat. 

Kitaorg Rase...
Grafik & Efek
Kamera & Cinematography
Bunyi & Muzik
Jalan Cite
Penutup
Mesti Tengok?
Baca lagi......