Khamis, 2 April 2009

Review : 12 Rounds

12 Rounds citer terbaru yang kami layan baru-baru nih.Filem ini bolehlah dikategorikan sebagai filem action pack yang dibintangi oleh John Cena, Aiden Gillen, Ashley Scott, Steve Harris, Brian J. White dan Gonzalo Menendez. Kalo korang memang jenis suka citer die hard ke mmg sesuai r korang layan citer ni papehal baca review dlu tengok ye.....layan.....

Summary

Ok pembukaan cerita nih dimulakan dengan aksi kejar-mengejar antara Danny Fisher pegawai polis New Orleans (John Cena) dengan penjenayah yang dikehendaki FBI Miles Jackson (Aiden Gillen).Malangnya teman wanita Miles terbunuh semasa mereka dikejar. Setahun kemudian, Miles berjaya melarikan diri dari penjara florida dan ingin membalas dendam atas kematian teman wanitanya.

Bermula dengan rumah Fisher diletupkan dan kekasih Fisher, Molly(Ashley Scott) diculik,Miles memaksa Fisher menyelesaikan 12 pusingan cabaran yang telah direka sebelum dia dapat menyelamatkan Molly, Jika gagal Molly mungkin akan menerima nasib yang sama seperti kekasih Miles.Adakah Fisher dapat menyelesaikan kesemua pusingan tersebut?Adakah Molly dapat diselamatkan dari cengkaman Miles?Jom Wayang di pawagam berhampiran anda!!!

Spoiler (amaran: jgn baca klu nk tonton cite ni!)

Pembukaan cerita bermula dengan Fisher berusaha menangkap Miles dalam aksi kejar-mengejar.Miles yang terkenal dengan pengedaran senjata haram tidak membiarkan dirinya ditangkap dengan mudah.Malangnya teman wanita miles terbunuh sewaktu cuba melarikan diri dari Fisher.Setahun kemudian,Miles yang dahulunyer berjaya ditangkap Fisher berjaya melarikan diri dari Penjara Florida.Kali ini dengan misi untuk membalas dendam di atas kematian teman wanitanya.


Pembukaan cabaran tersebut dimulakan dengan Miles meletupkan rumah Fisher sebaik sahaja Molly keluar pergi ke tempat kerja. Fisher yang terkejut di atas kejadian tersebut bergegas untuk mendapatkan Molly bagi memastikan keselamatan isterinya.Malangnya Molly berjaya diculik oleh Miles sebaik sahaja turun dari feri yang dinaikinya.Bermula dari situ Miles memaksa Fisher untuk menyelesaikan 12 cabaran dan jika gagal dia tidak akan dapat berjumpa dengan Molly lagi.

Setiap cabaran yang dilakukan Fisher telah menyebabkan bermacam-macam kerosakkan dan kemusnahan yang berlaku.Dengan Tema 'biar suma rosak asal aku dapat balik kekasih aku' Fisher berterusan merosakkan bandar New Orleans dengan pelbagai cara. Melanggar kereta,merosakkan sistem pencawang elektrik untuk menghentikan tram,memandu firetruck secara merbahaya dan lain-lain.

Selain itu Miles Jackson dapat dilihat sebagai mastermind dalam setiap cabaran yang mana die terkenal sebagai seorg arm dealer dengan kerjanya melakukan letupan rumah, bangunan dan menggunakan banyak sim kad untuk mengelakkan dia mudah dikesan oleh FBI (jenuh nk register byk no tuh).

Dipertengahan cerita Fisher mendapati setiap cabaran yang diselesaikan rupa-rupanya ada maksud yang tersirat.Tujuan asal Miles bukanlah untuk membalas dendam tetapi adalah kerana wang semata-mata. Setiap perkara yang diselesaikan oleh Fisher dan kerosakkan yang dilakukannya rupanya memudahkan Miles mencuri wang kira-kira USD 100juta dari simpanan sebuah badan kerajaan.


Molly yang bekerja di sebuah general hospital di New Orleans digunakan sebagai akses Miles ke dalam bangunan tersebut untuk melarikan wang dengan menggunakan helikopter.Dengan gandingan Fisher dan George Aiken seorang pegawai FBI yang ditugaskan menangkap Miles, mereka berjaya meneka tempat dimana Miles akan melarikan diri.

Miles memaksa Molly menerbangkan helikopter di hospital tersebut dan dalam masa yang sama Fisher sempat tiba dan terus melompat ke arah helikopter tersebut.Berlaku pergelutan antara Miles dan Fisher.............nama pun hero wrestler komfom dia menang...sebelum copper tuh meletup dek kerana bom Miles,hero and heroin ni pn lompat dari copper tu terjun masuk kolam air...the end...

Pandangan Kitaorg
hurm kami merasakan cerita ni agak menarik dan menghiburkan.Memang digalakkan pergi tengok tambah2 kalo korang hardcore fan citer die hard.Apa yang leh diperkatakan citer ni mmg klon die hard dgn fast pace storyline dan xder meleret-leret.kalo makan popcorn sedar2 dah abeh jer popcorn tuh...gitu r gambaran menunjukkan cerita ni membuat korang xberanjak dari tempat duduk korg.

Pada pendapat kami, kekuatan cerita ni adalah keinginan untuk mengetahui apa cabaran yang mesti diselesaikan oleh Fisher untuk menyelamatkan Molly.Aksi memang hebat contoh time die nk selamatkan tram dari langgar orang ramai.memang best btol..korg mesti tengok.

Pengkritik filem antarabangsa ada yang memberi komen negatif tentang cerita ni sebab die ala-ala die hard dan filem speed yang penah hit satu ketika dlu..tpi pada kami,filem ni memang menarik dan worth untuk ditonton.Pilihan untuk menjadikan John Cena sebagai hero memang tepat dan bersesuaian dengan pace cerita nih

Cuma satu je lah nk komen kat en John Cena nih...dia kena pandai berlatih lagi untuk mimik muka sedih sket sbb die nampak tak kena jer masa die sedih....contoh time kawan baik dier mati kne bom dalam bangunan, kalo korang tengok muka John Cena macam tak sedih jer...haii kalo die nak jadi pelakon yang bagus..die kne praktis lagi.

Watak Molly yang dilakonkn oleh Ashley Scott boleh dipuji.Walaupun dia tak banyak dialog sebab dia kena culik, tetapi die dapat menterjemahkan ketakutan diculik harus mendapat kredit dan pujian.

Penutup cerita ni agak tipikal dan macam rasa biasa2 jer..mungkin ayat terakhir Fisher boleh buatkan korang ketawa sket kot...xper korang layan jer r

Papehal kitorang suka cerita nih dan memang sesuai untuk tontonan umum dan setiap lapisan masyarakat tidak kira umur, bangsa dan warna kulit.


Kitaorg Rase...
Grafik & Efek
Kamera & Cinematography
Bunyi & Muzik
Jalan Cite
Penutup

Mesti Tengok?