Isnin, 20 April 2009

Thai Horror Movie : Coming Soon

pe korg rasa kalo cerita hantu yang korang tengok jadi kenyataan??? Korang balik dari wayang dan masa korang pulang tu scene yang ada dalam cerita yang korang lepas tengok jadi kat korang? huuuuu~~~ seram tuh.. Kepada peminat cerita genre horror Coming Soon mungkin dapat memberi kepuasan baru kepada anda.

Coming Soon cerita arahan Sophon Sakdaphisit merupakan sebuah cerita tentang cerita.??? yes betul cerita tentang cerita.Apa yang menarik tentang cerita ni adalah bagaimana pengarah ni menghubungkaitkan antara cerita dalam filem tersebut dengan real life dalam cerita nih..Satu lagi mungkin cerita ni nak bagi kesedaran kat pirater cd suma supaya insaf
dan janganlah menjual cd cetak rompak kalau buat jugak nanti ada hantu kejar..hurm cerita ni boleh diklasifikasikan sebagai cerita seram + kejam.Papehal korang layan dlu trailer cerita ni ye


Cerita dalam cerita Coming Soon ni adalah Vengeful Spirit yang mengisahkan tentang seorang perempuan tua yang kerjanya culik budak-budak dan cungkil mata budak tu keluar (ooo kejam-kejam)...so nak dijadikan cerita bapa kepada seorang perempuan yang diculik tuh ajak lah orang-orang kampung ni join rescue mission selamatkan anak die...tapi malangnya bapa dia sampai lambat anak dia dah mati....Marah dan geram, orang kampung tersebut terus membunuh perempuan tua tanpa banyak soal.dan mengantung dia..habes citer...

ok..offscreen plak cerita vengeful spirit tuh adalah berdasarkan dari sebuah cerita benar.Nak dijadikan cerita time tuh adalah waktu screening test,director filem tu tengah lepak2 kt cinema tuh fikir samada nak edit atau tak scene perempuan tu digantung.

Dalam pada waktu tu juga, Shane mamat yang jaga projektor kat cinema tuh diminta oleh bos die Yod untuk tukar reel filem tuh dan simpan supaya diorang leh copy cerita tuh dan jual sebelum cerita tu release...(ni kira pirate r ni)..Dalam filem ni digambarkan shane ni ada masalah sket..drug addict..masalah duit sebab suka berjudi dan suka pukul girlfriend dia Som yang merupakan usher cinema nih..

hurm so nak dijadikan cerita..mase tengah videotapping aka pirating citer vengful spirit, Yod menghilangkan diri dan Shane jumpa cam yang digunakkan untuk recording tuh.Apa yang Shane nampak dalam video tuh memang mengejutkan..footage yang pelik .dia nampak yod kene bunuh dalam cerita tuh dengan mata dah dicungkil dan perempuan tua tu membunuh semua orang yang nak tengok dia kene gantung..Oleh itu die pergilah mengadu kat girl die Som dan cakap watak perempuan tua dalam filem tersebut real dan menghantui dia. Dek kerana kesian dengan boy dia ni so dia pun tolong Shane cari maklumat pasal perempuan tua tuh.Bermula dari situ bermacam-macam perkara pelik dan menakutkan terjadi kat diorg.

Nak tau apa sebenarnya yang berlaku korang kena tengok sendiri kat pawagam berhampiran korang..Penutup cerita ni memang menarik korang mesti tengok....Jom Wayang geng....

Kitaorg Rase...
Grafik & Efek
Kamera & Cinematography
Bunyi & Muzik
Jalan Cite
Penutup

Mesti Tengok?

Comments

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
There are no comments posted yet. Be the first one!

Post a new comment

Comments by