K-20, kisah hero bertopeng ala2 zorro bernama K-20 yg jahat ini sedang ditayangkan kt pawagam skang. mse mula2 starting cite je pun dh buktikan ianya adalah cite hero, sbb gua tgk intro kredit dia pun dh ala2 cite otromen :P pelakon utamanya ialah Takeshi Kaneshiro, tp dia bkn lah pejahat bernama K20 dlm cite ni.
Summary
Berkisarkan kisah di Teito, jepun pada tahun 1949 dimana perang dunia ke II xpernah berlaku, masyarakatnya terbahagi kpd 2 golongan iaitu bangsawan yg kaya2 dan golongan miskinan yg miskin2. namun, memburukkan lagi keadaan terdapat seorg hero jahat bernama K-20 yg ske mencuri, berkebolehan menukar penampilan dirinya dlm sekelip mata dan boleh menyamar menjadi org lain menggunakan topeng ala2 mission imposible. K-20 adalah nama jolokan yg diberi yg bererti 'syaitan bermuka 20'. Xde sape pun yg tau wajah sebenar K-20, kecuali seorg prisoner yg claim kte dia penah tgk.
ni la takeshi kaneshiro, in case korang xkenal
Target curian dia ialah barang2 hi-tech dari golongan2 bangsawan. K-20 ni ada sorang musuh ketat, iaitu seorg penyiasat persendirian bernama Kogoro Akechi (Toru Nakamura) yg seringkali hampir dpt menangkap K-20. so, K-20 ni pun buat plan utk menyelamatkan diri dia dengan mengelirukan pihak polis dgn memerangkap seorang ahli circus dr golongan miskin bernama Heikichi Endo (Takeshi Kaneshiro), supaya disyaki sbg K-20. Memilih hari pertunangan Akechi dgn Yoko Hashiba (Kanata Hongo), seorang puteri sbg hari utk memerangkap heikichi, K-20 berjaya memperdayakan pihak polis dan org ramai.
Persoalannya skang, dpt ke heikichi membersihkan nama dia semula? siapakah sebenarnya K-20 ni dan adakah K-20 ni betul2 jahat? dapatkah polis menangkap K12? korang kene tgk cite ni beb!
Spoiler (amaran: jgn baca klu nk tonton cite ni!)
Cite bermula dgn penjahat bernama K-20, aka syaitan berwajah 20 mencuri sebuah prototaip mesin yg boleh mengalirkan tenaga elektrik di sebuah seminar utk saintis2. K-20 yg menyamar sbg pembantu saintis telah berjaya mencurinya. pihak berkuasa berasa risau kerana mesin tersebut jika disalah gunakan utk menghancurkan dunia.pihak polis telah meminta bantuan penyiasat dan perisik persendirian bernama Kogoro Akechi yg terkenal dengan pengalamannya mengendalikan kes2 K-20.
Akechi pula pd ketika itu sibuk kerana bakal bertunang dgn seorg puteri bernama Kanata Hongo. K-20 spt biasa, menghantar msg berbentuk surat kepada pihak polis menyatakan hasratnya ingin mencuri sebuah lukisan berharga yg diwariskan kpd puteri semasa hari pertunangan Akechi. Lukisan itu sememangnya akan ditayangkan semasa majlis tersebut.
Sementara itu, disebuah kawasan kecil di Teito terdapat seorang ahli circus yg dikenali kawasan setempat dengan kehebatan lagak ngeri dan magiknya iaitu Heikichi Endo. dengan kebolehnyanya itu, heikichi berharap dapat mengubah nasib rakan2 circusnya yg hidup susah. lbh teruk lg, Genji (Jun Kunimura), ringmaster atau pengulas gelanggang juga sakit pd masa itu dan memerlukan wang utk berubat.
pd mlm it, dtg seorang tua umur sekitar 50-an (lakonan Takeshi Kaga) dtg kpdnya mintak bantuan heikichi. beliau seorg penerbit dari majalah tabloid, mahukan bantuan heikichi mengambil gambar majlis pertunangan tersebut secara senyap2 dari atas menara tmpt diaorg bertunang. sbg ganti, penerbit mjlh tu akan bayar dgn bayaran yg byk, sekaligus mampu mengubati genji.
Heikichi bersetuju, lalu panjat bangunan tu dgn mbawa kamera yg diberikan di hari pertunangan Akechi dan Yoko. sedang majlis tu berlangsung, tetiba berlaku letupan, elektrik terpadam, dan gas pemedih mata (kot) dilepaskan... keadaan jadi kelam kabut biarpun dlm mjlis tu ada ramai polis berjaga2... then suddenly pembantu akechi bernama Yoshio Kobayashi (Kanata Hongo) ternampak heikichi kt atas bgunan lalu menjerit "tgk tu, K-20 kt atas tu!!!"... polis menembak ke atas dan heikichi pun terjatuh kt bwh dan trus kena tangkap.
Esknya trus kuar berita satu jepun K-20 telah ditangkap. utk keselamatan, gmbar pusaka tu disimpan oleh Akechi kt umah dia, Dlm penjara pulak, seorg prisoner bgtau yg dia tau heikichi bknlah K-20 kerana dia penah nmpak wajah K-20 sbnr. umurnya lebih tua dan ada parut di pipinya. lantas heikichi teringatkan wajah penerbit tabloid tu... br la heikichi tau dia telah diperangkap oleh K-20!
Masa nk transfer ke penjara lain, genji & geng2 circus heikichi telah menyelamatkan beliau (klu nk tau cmna kena tgk). mse tu br la heikichi tau yg geng2 circus dia sbnrnya juga ialah pencuri... "korang ni same jer ngan K-20", kte heikichi! heikichi pun lari dr tmpat tu. kt luar, br dia sedari dia dibenci sume org sbb org ingat dia K-20. then dia jmpa bdk kecik yg jugak mmber dia kt circus. bdk tu rupanya hidup susah bsama anak2 yatim lain kt pdg lapang tmpat buangan smpah. so menyedari kesusahan hidup, heikichi pun blk jmpa genji dan berkata "tolongla ajar sy cmna nk jd pencuri!". after merayu2, genji pun kuarkan sebuah kitab dr laci tersebunyi dan berkata "inilah kitab mencuri... ianya diturunkan dari generasi ke generasi. dgr cite, K-20 pun blajar gne kitab ni gak".
lalu belajarlah heikichi menjadi pencuri... dgn bantuan genji yg bijak mencipta alat2 mekanikal yg unik, heikichi sudah layak digelar pencuri... yg xpenah mencuri. then, satu hari mse tgh training tu, dia tnmpak Yoko sdg berlari. dia dikejar oleh K-20 kerana inginkan gmbar pusaka tu! lalu heikichi pun gaduh la ngan K-20 buat julung kalinya... tgh gaduh2, heikechi hampir kalah, tetiba dtg polis. heikechi pun lari dgn mbawak Yoko bsama. maka pastu, Yoko pun br tau kehidupan org susah.
oleh sbb yoko musykil nape la K-20 nk sgt gmbar tu, so dia pun mintak tlg heikichi ngan kengkawan dia amik curik dr umah Akechi. then oleh sbb xbrape hebat lagi, diaorg kantoi dng akechi. so akechi soal siasat heikichi nape nk amik gmbar tu. after diterangkan akhirnya diaorg bkerjasama utk selesaikan mslh tu. heikichi bgtau dia tau satu teknologi yg leh scan gmbar tu.. mnela tau kot2 ada benda lain pd lukisan tu... tp alat tu cume ada satu jer kt jepun iaitu kt lab ketenteraan.
so heikichi diminta menyamar jadi K-20 utk ceroboh masuk dlm lab tu. part2 ni agak kelakar, so gua xtau nk cite cmna, korang kne tgk sendiri. pendek cite, ekechi berjaya scan n dpt satu diagram dr gmbar tu. dlm diagram tu ada petunjuk n kunci dimana letaknya mesin pemindah tenaga spt prototaip tu, tp dlm berskala besar... dan mesin tu rupanya boleh memusnahkan dunia! so yoko pun kte "patutla K-20 nk sgt gmbar tu... dia nk curik mesin tu rupanya... kte kena musnahkan mesin tu!"
so after follow the diagram and so on and so on, diaorg pun dpt tau yg mesi tu sbnrnya ada kt bangunan tmpt akechi n yoko bertunang. blum pun smpt berbuat ape2, akechi telah dibunuh oleh K-20 yg rupanya mengintip tindakan mereka dr td.
heikichi n genji berlari trus ke bgnan tu, utk musnahkan senjata tu secepat mungkin. after few riddles, akhirnya diaorg berjaya mengeluarkan senjata tu. saiz senjata tu adalah sebesar menara bangunan tu... bila senjata tu dh kuar jer, K-20 dh pun menanti mereka. genji blum pape lg dh pengsan... so tpaksa la heikichi gaduh ngan K-20. mereka berebutkan kunci yg boleh on kan mesin tu, smpai tpaksa gaduh kt atas bgunan.
gaduh punya gaduh punya gaduh, heikichi berjaya menjatuhkan topeng K-20 semasa dia terjatuh dari atas bangunan ke atas mesin tu. akhirnya nmpak la wajah sbnr K-20... dan wajah tu bkn la wajah penerbit tabloid tu tp adalah wajah Akechi! yer, akechi ialah K-20 yg sbnr!
bfore heikichi pg ke bgunan tu, genji ada bg satu pistol... "in case", kte genji. pistol tu telah diambil K-20/akechi n pistol tu digunakan utk tembak heikichi. after setel ngan heikichi, K-20 pg kt mesin tu n masukkan koordinat2 tmpat yg nk dimusnahkan ngan mesin tu. suddenly, koordinat tu berubah ke arah bangunan tu. rupanya, genji idup lg n telah rosakkan mesin tu. dan heikichi pun blum mati. pistol tu hanyalah pistol circus.
heikichi ngan genji lari smasa mesin tu nk meletup. akechi xsmpat. akhirnya akechi mati. tp pd pandangan org ramai, K-20 masih lg idup sbb sume still ingat heikichi ialah K-20. in the end, yoko buat pengumuman utk hapuskan sistem kasta, n menghidupkan kmbali sikap bermasyarakat. pembantu akechi pula menggantikan tempat bosnya, dan trus memusuhi heikichi sbb ingatkan bos dia mati dibunuh K-20. tammat.
Pandangan Kitaorg
mcm gua kte, ni first movie jepun gua tgk kt pawagam malaysia. so gua kne treat or compare cite ni ngan movie2 lain as a standard. no bias punya!ni pun br first time gua tgk si mamat takeshi ni berlakon, wpun dia ni famous. so lakonan dia kira baik gak la... xde la nk kte bagus sgt or truk, but acceptable. mb sbb cite ni xmencabar sgt, so gua pun xleh nk judge sgt bape best dia berlakon.
cite ni amik masa 2 jam 10min, which is lama... ala2 cite dark knight. pacing cite xlaju, biasa jer... klu buat graf pun xde memuncak sgt dia klimaks. cuma yg menariknya cite ni ialah wujud 'lawak2 jepun' yg kelakar. kalau korang slalu baca anime jepun korang paham la kot lawak2 dia, lawak2 makan dalam :P. however lawak dia xbyk sgt compare ngan jumlah minit cite ni, and starting cite pun cm serius jer... mb klu dibanyakkan lagi lawak dia jd lg menarik kot.
cite ni main ngan cgi byk gak. sbb nk menunjukkan negara jepun klu xjd WW2. cgi bahagian environment dia lawa... tp bahagian action byk gak le kantoi. cinemato biasa jer kot.. xcun sgt, but xle buruk. efek bunyi pun biasa2 jer
tp jalan cite dia agak lain dari yg lain ar.. klu nk banding ngan cite2 inggeris, mmg lain. at first aku bajet cite ni ala-ala Robin Hood... penjahat yg buat jahat utk kebaikan... tp xsme la plak. rupanya jahat yg mmg jahat :P plus, dia membayangkan penonton ttg cara hidup org jepun n environment dia. klu korang mmg minat cite2 jepun, this is one of cite yg menghiburkan la... bayangkan la, hero cite ialah org jahat... dh la title movie pun gne nama dia... cmna tu?
kalau soalan korang berbaloi or x, itu depends. bg mereka yg nk mencari kelainan, bole la tonton cite ni. bg yg nk cari cite yg mantap n pacing laju, ni bkn utk korang. bagi peminat cite jepun, lawak2 jepun, minat kt takeshi, or awek2 jepun yg comel... silakan menonton cite ni (wpun ada sorang dua je awek dlm cite ni... but still comel :P). Summary:
Kitaorg Rase... | |
Grafik & Efek | |
Kamera & Cinematography | |
Bunyi & Muzik | |
Jalan Cite | |
Penutup | |
Mesti Tengok? |