Jumaat, 24 April 2009

Angker - Hantu Jamu Gendong

Summary
Kali ni kitorg tertarik nak berkongsi dengan korang tentang filem kontroversi kat Indonesia ni.Kalau korang memang suka layan cerita hantu2 dari indon ni mesti tau keseraman dan keangkeran cerita-cerita yang mereka buat.Hantu Jamu Gendong sebuah cerita genre seram Koya Pagayo.Pelakon dalam cerita pn pun tak kurang hebatnya seperti Diah Cempaka Sari, Dimas Aditya, Fendi Trihartanto dan Julia Perez.Durasi cerita pula adalah 90 minit sahaja.

Korang layang sedas dulu trailer citer ni yer



Spoiler (amaran: jgn baca klu nk tonton cite ni!)

Secara umumnya cerita hantu ni ala-ala urban legend yang mana watak utama kafka seorang Lelaki yang tak berapa percaya kat hantu ni menyelidik tentang hantu jamu gendong.Kafka ni asalnya tengah buat kajian tentang fenomena orang-orang kampung yang berhijrah ke kota besar untuk mencuba nasib.Ditemani oleh cowoknya Meisya, sesekali kafka akan membantu untuk membuat skrip dan karya atas permintaan kawan-kawan dia kat kampus.
Nak dijadikan cerita, pada suatu hari kafka mendapat cerita yang kawan dia iaitu Rio dan Nadya ditimpa musibah dan gangguan apabila diorg pergi ke tempat yang dipercayai tempat tinggal hantu Jamu Gendong.Oleh kerana dicabar kawan-kawan untuk menyelitkan cerita pasal hantu Jamu Gendong ni dalam penulisan dia ditambah pulak masa hantu ni hidup dulu yang dipercayai bernama Sri yakin bahawa berhijrah ke bandar dapat mengubah taraf hidup seseorang berbanding di desa.
Bertitik tolak dari situ maka bermula pengembaraan angker kafka, Meisya dan Andin mencari kesahihan cerita hantu jamu gendong ni.Pada mulanya diorg pergi ke tempat yang orang kampung cakap selalu nampak kelibat Sri.Mengikut cerita orang di sekitar kawasan tersebut untuk melihat hantu ni seseorg perlu memecahkan telur ayam kampung dan mengetuk gelas pakai senduk sambil menjerit2 jamu...jamu.. seolah-seolah seperti menjual jamu..

Pada satu malam kafka pun mencuba lah untuk memanggil Sri ni keluar dengan cara yang diceritakan tadi.Kafka ni berpendapat semua ni mitos dan khayalan jer,namun apa yang berlaku adalah Sri benar-benar menampakkan diri dia.Bukan sahaja dia menjelma di depan mata Kafka tetapi dia turut menggangu hidup Kafka dan orang-orang yang cuba memanggil dia dengan cara tersebut.

Jupe

Dipertengahan cerita, diketahui bahawa Sri sebenarnya mati diperkosa dan ingin membalas dendam.Dek kerana sering diganggu oleh Sri, segala penulisan Kafka tergendala.Matlamat Kafka sekarang adalah untuk membebaskan diri dari gangguan Sri..Adakah dia berjaya bebas???tu korang ke tengok sendiri...Jom Wayang sekarang...

Pandangan Kitaorg
Kami rasa, cerita ni memang boleh buat korang menjerit-jerit tak kira lah lelaki ke perempuan.Adegan hantu kuar tu memang ada banyak tak kira lah dari belakang, depan atas dan bawah. Suma angle dia kuar sehinggakan kalo korang tengok naik muak hantu tu kuar dah sampai tak suprise dah tengok hantu tuh.Gimik tak menjadi kot..

Satu lagi cara memanggil hantu ni memang unik dan takde lagi kot korang leh tengok kat memane melainkan cerita nih.Walaubagaimanapun di pertengahan cerita nanti korang akan perasan hantu ni kuar tanpa perlu 'jerit jamu jamu lagi..dia kuar tanpa dipinta..mungkin pengarah tak nak tengok pelakon dia sket2 jerit jamu kalo nak panggil hantu..yelah ni cerita hantu bukan cerita jual jamu kan.heeeee.

haa tak lupa juga lakonan suma pelakon mantap dan oklah.sesuai pn dengan genre hantu, skill muka takut dan jerit mesti kene hebat beb..sket je lah kami nak komen cerita ni kalo korang tengok 90% hujan, guruh dan gelap.Hujan dan guruh dia cam buruk dan mencacatkan cerita dah lah tu suma tempat sama xkira kampus ke rumah ker suma gelaaaaapp,huuujannn, guuuruhh...

Jalan cerita dia boleh lah dikatakan menarik.Mungkin tarikan utama cerita nih adalah hantu jamu tu sendiri tentang bagaimana dia dari manusia biasa dan mati dan berubah jadi hantu.
Nak tau ape yang meng'kontroversi'kan cerita ni adalah keseksian awek seksi Julia Perez aka Jupe..korang nilai sendiri r ye bila tengok nanti yer..


Kitaorg Rase...
Grafik & Efek
Kamera & Cinematography
Bunyi & Muzik
Jalan Cite
Penutup

Mesti Tengok?