Summary
Jangan Tegur satu lagi filem yang menggunakan perkataan JANGAN keluaran Metrowealth Production. Filem ni agak seram dari JGN PANDANG BELAKANG dan filem wajib tonton 2009! Lakonan hebat Julia Ziegler, Nadia Mustapha & Elly Suriati sememangnya mantap ditambah pulak adegan2 saspen dan kesan bunyi yang kire gempak jugak la. Solekan hantu pun kira kelas A dan seram weii. Ternyate pelakon utamanya, Julia & Nadia tak cover cun bila melakonkan babak hantu mereka.
Spoiler (amaran: jgn baca klu nk tonton cite ni!)
Filem ini mengisahkan watak Natasya (Julia Ziegler) yang eksiden ditgh hutan sebab hampir terlanggar kelibat manusia.. Sepanjang koma beliau sering didatangi mimpi mengenai wanita bernama Baizura yang sering terganggu dengan gangguan makhluk halus. Sejurus sedar dari koma.. Natasya sering melihat hantu Baizura.Jadi sebab tak puas hati & tensen akibat diganggu Hantu Baizura, natasya tekad mencari siapa baizura sebenarnye. Time mencari tu, natasya terjumpe rumah baizura yang slalu ada dlm mimpi die tu..dan berjumpa ngan MakSu(Elly Suriati) .. Rupenye Baizura ni dah lama hilang selepas kene rasuk. Kes orang dengki la ni..
Setelah mimpi lagi..rupenye terlerailah yang Mak Su tu yang ngantor benda utk takutkan si Baizura ni sebab nak harta.. Maksu tak puas ati kat Natasya sebab tembelang dah pecah yang Maksu tu sebenarnya yg bunuh Baizura. So Maksu pulak g antar gak menda utk sakat si Natasya ni..time ni la tgk hantu biru Natasya naik shiekh! Memang bergaya hantu niii .. Syabas Julia & Nadia kerana hasil lakonan yg sgt berkesan.
Pandangan Kitaorg
Syok gak filem ni..yang lelaki tgk pon jerit 2 tutup muka.. ape lagi yang perempuannye. Haha..pendek kata g la tgk filem ni..tak mengecewakan & berbaloi..! Lakonan dan jalan cerita agak menarik dan banyak elemen saspen. Antara pelakon lain yang turut terlibat ialah si Pierre Andre,Almy Nadia,Tok Denalik( puaka niyang rapik), Azri Iskandar & Kaza.Pada pandangan kitorg, movie Jangan tegur ni memang movie yang mesti tonton dan mungkin boleh mengulang kejayaan movie metrowealth sebelum ni seperti JPB dan Congkak. Sentuhan Pierre Andre dibantu dengan Ahmad Idham menampakkan kematangan cerita ni dari segi jalan cerita yang tidak terlalu meleret dan membosankan dan paling penting kalau korang tengok mesti rasa seram sejuk...(kalau tak seram korang ni tak normal..)...
Satu je kami nak bagi kritikan..Pierre Andre baik dia terus tumpukan dalam bidang pengarahan daripada lakonan...lakonan Pierre dalam cerita ni nampak cam biasa dan takder umpph...mungkin kepala dia sibuk pikir pasal nak mengarah sehinggakan penumpuan untuk bawak watak sedikit sebanyak terganggu..Lakonan Julie Ziegler harus di beri pujian.Effort dia membawakan watak Natasya memang mengkagumkan dan kalo berusaha lagi dia boleh pergi lagi jauh dalam cerita genre seram nih.
HUuurm..apa yang kami perasan dalam cerita ni..adunan bunyi nampak gaya takde beza sangat dengan filem2 seram metrowealth yang sebelum nih...yang jaga aspek bunyi ni perlu improve lagiii....lenggok lama..kejutan lama kalau asyik ulang2 nanti bosan...
Anyway kami puji cerita nih memang menarik dan mesti ditonton kalau korang memang jenis suka keseraman dan ketakutan sebagai hiburan anda. Filem ni boleh dikatakan satu lagi anjakan untuk filem2 genre seram ni untuk kita semua.Apa kami boleh katakan, cerita ni worth untuk ditonton...Apa Lagi JOM WAYANG lahhhh.....
*Kredit to Sri Hani
Kitaorg Rase... | |
Grafik & Efek | |
Kamera & Cinematography | |
Bunyi & Muzik | |
Jalan Cite | |
Penutup | |
Mesti Tengok? |