Jumaat, 24 April 2009

Angker - Hantu Jamu Gendong

Summary
Kali ni kitorg tertarik nak berkongsi dengan korang tentang filem kontroversi kat Indonesia ni.Kalau korang memang suka layan cerita hantu2 dari indon ni mesti tau keseraman dan keangkeran cerita-cerita yang mereka buat.Hantu Jamu Gendong sebuah cerita genre seram Koya Pagayo.Pelakon dalam cerita pn pun tak kurang hebatnya seperti Diah Cempaka Sari, Dimas Aditya, Fendi Trihartanto dan Julia Perez.Durasi cerita pula adalah 90 minit sahaja.

Korang layang sedas dulu trailer citer ni yer



Spoiler (amaran: jgn baca klu nk tonton cite ni!)

Secara umumnya cerita hantu ni ala-ala urban legend yang mana watak utama kafka seorang Lelaki yang tak berapa percaya kat hantu ni menyelidik tentang hantu jamu gendong.Kafka ni asalnya tengah buat kajian tentang fenomena orang-orang kampung yang berhijrah ke kota besar untuk mencuba nasib.Ditemani oleh cowoknya Meisya, sesekali kafka akan membantu untuk membuat skrip dan karya atas permintaan kawan-kawan dia kat kampus.
Nak dijadikan cerita, pada suatu hari kafka mendapat cerita yang kawan dia iaitu Rio dan Nadya ditimpa musibah dan gangguan apabila diorg pergi ke tempat yang dipercayai tempat tinggal hantu Jamu Gendong.Oleh kerana dicabar kawan-kawan untuk menyelitkan cerita pasal hantu Jamu Gendong ni dalam penulisan dia ditambah pulak masa hantu ni hidup dulu yang dipercayai bernama Sri yakin bahawa berhijrah ke bandar dapat mengubah taraf hidup seseorang berbanding di desa.
Bertitik tolak dari situ maka bermula pengembaraan angker kafka, Meisya dan Andin mencari kesahihan cerita hantu jamu gendong ni.Pada mulanya diorg pergi ke tempat yang orang kampung cakap selalu nampak kelibat Sri.Mengikut cerita orang di sekitar kawasan tersebut untuk melihat hantu ni seseorg perlu memecahkan telur ayam kampung dan mengetuk gelas pakai senduk sambil menjerit2 jamu...jamu.. seolah-seolah seperti menjual jamu..

Pada satu malam kafka pun mencuba lah untuk memanggil Sri ni keluar dengan cara yang diceritakan tadi.Kafka ni berpendapat semua ni mitos dan khayalan jer,namun apa yang berlaku adalah Sri benar-benar menampakkan diri dia.Bukan sahaja dia menjelma di depan mata Kafka tetapi dia turut menggangu hidup Kafka dan orang-orang yang cuba memanggil dia dengan cara tersebut.

Jupe

Dipertengahan cerita, diketahui bahawa Sri sebenarnya mati diperkosa dan ingin membalas dendam.Dek kerana sering diganggu oleh Sri, segala penulisan Kafka tergendala.Matlamat Kafka sekarang adalah untuk membebaskan diri dari gangguan Sri..Adakah dia berjaya bebas???tu korang ke tengok sendiri...Jom Wayang sekarang...

Pandangan Kitaorg
Kami rasa, cerita ni memang boleh buat korang menjerit-jerit tak kira lah lelaki ke perempuan.Adegan hantu kuar tu memang ada banyak tak kira lah dari belakang, depan atas dan bawah. Suma angle dia kuar sehinggakan kalo korang tengok naik muak hantu tu kuar dah sampai tak suprise dah tengok hantu tuh.Gimik tak menjadi kot..

Satu lagi cara memanggil hantu ni memang unik dan takde lagi kot korang leh tengok kat memane melainkan cerita nih.Walaubagaimanapun di pertengahan cerita nanti korang akan perasan hantu ni kuar tanpa perlu 'jerit jamu jamu lagi..dia kuar tanpa dipinta..mungkin pengarah tak nak tengok pelakon dia sket2 jerit jamu kalo nak panggil hantu..yelah ni cerita hantu bukan cerita jual jamu kan.heeeee.

haa tak lupa juga lakonan suma pelakon mantap dan oklah.sesuai pn dengan genre hantu, skill muka takut dan jerit mesti kene hebat beb..sket je lah kami nak komen cerita ni kalo korang tengok 90% hujan, guruh dan gelap.Hujan dan guruh dia cam buruk dan mencacatkan cerita dah lah tu suma tempat sama xkira kampus ke rumah ker suma gelaaaaapp,huuujannn, guuuruhh...

Jalan cerita dia boleh lah dikatakan menarik.Mungkin tarikan utama cerita nih adalah hantu jamu tu sendiri tentang bagaimana dia dari manusia biasa dan mati dan berubah jadi hantu.
Nak tau ape yang meng'kontroversi'kan cerita ni adalah keseksian awek seksi Julia Perez aka Jupe..korang nilai sendiri r ye bila tengok nanti yer..


Kitaorg Rase...
Grafik & Efek
Kamera & Cinematography
Bunyi & Muzik
Jalan Cite
Penutup

Mesti Tengok?

Baca lagi......

Isnin, 20 April 2009

Thai Horror Movie : Coming Soon

pe korg rasa kalo cerita hantu yang korang tengok jadi kenyataan??? Korang balik dari wayang dan masa korang pulang tu scene yang ada dalam cerita yang korang lepas tengok jadi kat korang? huuuuu~~~ seram tuh.. Kepada peminat cerita genre horror Coming Soon mungkin dapat memberi kepuasan baru kepada anda.

Coming Soon cerita arahan Sophon Sakdaphisit merupakan sebuah cerita tentang cerita.??? yes betul cerita tentang cerita.Apa yang menarik tentang cerita ni adalah bagaimana pengarah ni menghubungkaitkan antara cerita dalam filem tersebut dengan real life dalam cerita nih..Satu lagi mungkin cerita ni nak bagi kesedaran kat pirater cd suma supaya insaf
dan janganlah menjual cd cetak rompak kalau buat jugak nanti ada hantu kejar..hurm cerita ni boleh diklasifikasikan sebagai cerita seram + kejam.Papehal korang layan dlu trailer cerita ni ye


Cerita dalam cerita Coming Soon ni adalah Vengeful Spirit yang mengisahkan tentang seorang perempuan tua yang kerjanya culik budak-budak dan cungkil mata budak tu keluar (ooo kejam-kejam)...so nak dijadikan cerita bapa kepada seorang perempuan yang diculik tuh ajak lah orang-orang kampung ni join rescue mission selamatkan anak die...tapi malangnya bapa dia sampai lambat anak dia dah mati....Marah dan geram, orang kampung tersebut terus membunuh perempuan tua tanpa banyak soal.dan mengantung dia..habes citer...

ok..offscreen plak cerita vengeful spirit tuh adalah berdasarkan dari sebuah cerita benar.Nak dijadikan cerita time tuh adalah waktu screening test,director filem tu tengah lepak2 kt cinema tuh fikir samada nak edit atau tak scene perempuan tu digantung.

Dalam pada waktu tu juga, Shane mamat yang jaga projektor kat cinema tuh diminta oleh bos die Yod untuk tukar reel filem tuh dan simpan supaya diorang leh copy cerita tuh dan jual sebelum cerita tu release...(ni kira pirate r ni)..Dalam filem ni digambarkan shane ni ada masalah sket..drug addict..masalah duit sebab suka berjudi dan suka pukul girlfriend dia Som yang merupakan usher cinema nih..

hurm so nak dijadikan cerita..mase tengah videotapping aka pirating citer vengful spirit, Yod menghilangkan diri dan Shane jumpa cam yang digunakkan untuk recording tuh.Apa yang Shane nampak dalam video tuh memang mengejutkan..footage yang pelik .dia nampak yod kene bunuh dalam cerita tuh dengan mata dah dicungkil dan perempuan tua tu membunuh semua orang yang nak tengok dia kene gantung..Oleh itu die pergilah mengadu kat girl die Som dan cakap watak perempuan tua dalam filem tersebut real dan menghantui dia. Dek kerana kesian dengan boy dia ni so dia pun tolong Shane cari maklumat pasal perempuan tua tuh.Bermula dari situ bermacam-macam perkara pelik dan menakutkan terjadi kat diorg.

Nak tau apa sebenarnya yang berlaku korang kena tengok sendiri kat pawagam berhampiran korang..Penutup cerita ni memang menarik korang mesti tengok....Jom Wayang geng....

Kitaorg Rase...
Grafik & Efek
Kamera & Cinematography
Bunyi & Muzik
Jalan Cite
Penutup

Mesti Tengok?
Baca lagi......

Setem Khabir Bhatia

korang kenal khabir bhatia? dr seorg pengarah filem, skang dia buat setem plak... ok, joking jer. 'Setem' ialah sebuah filem baru khabir bhatia yg dikuarkan bersama tayangan unggul. dijangka kuar tahun ni, tp xsure plak exact tarikh.

ok, ingat lagi filem2 khabir bfore this? Cinta, Love, Sepi? first class cinematography, playing with human emotion, great music, few stories in a movie. Even xdpt smbutan yg dasyat dr penonton (esp malaysian), tp dia berada dlm class dia yg tersendiri. Maybe income xgempak, tp cite dia gempak! aku pun xfaham org malaysia, bangsa stereotype kot, xnk think out of the box.

so tgk result movie2 sblm ni, khabir pun take decision utk change the genre... genre yg pd aku lebey digemari rakyat malaysia -komedi. Setem (masih mengekalkan lg 1 word title, just like previous movie), mengisahkan sekeping setem custom made yg dipanggil 'Barring Setem'. Setem ni dibuat oleh gabenor melaka taun 1847 iaitu Lord Arthur Barring. Masa mmula siap setem tu, dia pun tunjukkan la ngan bangganya kt gabenor india.. belek punya belek, tgk2 ada error kt setem tu... so gabenor India tu pun gelak sakan ar kt Authur. Bengang kena gelak, dia pun buang setem tu...

Masa berlalu, smpai la ke taun 2008... penyambung warisan Authur, Charles Barring IV buat kenyataan akhbar kt A'Famosa n buat pameran brg2 warisan keluarga dia. one of it ialah Setem Barring. rupa2nya dulu cucu Authur amik semula n simpan setem yg kene buang tu. Since setem tu sangat bernilai, so ramai la yg plan nk curik setem tu... antaranya ialah Sid & Joe, yg dipaksa oleh pak ramli sbb terhutang budi, ketua kumpulan ah long bernama Piranha Lim, dan Vellu, driver pengawal keselamatan yg akan bwk setem tu.

tp jalan cite dia tu yg best, sbb xpasal2 setem tu bpindah milik pd pendatang asing la... org buta la (lakonan Que haidar)... n ntah sape2 lagi yg xberkenaan... satu lg yg special ialah ada 'bullet time' dlm cite ni... hehe, bole kalah matrix beb! xcaya, try tgk trailer bwh ni:



pelakon2 dia pun aku rse tip-top gak ar... pelakon2 jenis lawak serius cm afdlin, harun salim bachik, Sathia, Soffi Jikan n pelawak otai Datuk Aziz Sattar! yg len2 tu cm Rashidi Ishak, Vanidah Imran, Que Haidar, Bront Palarae, Isma Yusoof, Indi Nadarajah, Datuk Jalaludin Hassan, Adam Corrie Lee, Aziz M Osman, Richard Gardner, Chew Kin Wah, Diana Danielle, Chelsia Ng, Kenchana Dewi, Syanie, Frank Lewis, Henzi Andalas dan Soffi Jikan.

Personally aku rse movie ni akan meletup, best n box opis. so get ready sume kay, kte nk jom wayang!
Baca lagi......

Ahad, 19 April 2009

Preview Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam

ni filem kedua anak Yusof Haslam, si Syamsul... and aku rse cite ni bakal mmbawa kontroversi. klu tgk title dia pun dh tau la kan, mesti cite psl anak2 muda yg hanyut. to tell the truth, preview ni cume pndapat peribadi aku jer, before aku tgk movie ni (sbb cite ni pun lum kuar). sblm aku proceed dgn pandangan aku, better korang layan dulu trailer dia


sedikit sinopsis bfore aku come out ngan pndapat aku. cite ni psl 2 anak muda amy n tasya yg dh terpilih jalan hitam aka sesat. disebabkan mslh family, diaorg ni choose utk join the rempit club n jadi bohsia. so mcm2 la mslh menimpa diaorg dlm cite ni. cume yg nk tau skang in the end dpt ke diaorg kmbali ke pangkal jln n ada ke org yg masih lg ada rse btanggungjawab utk bwk diaorg pulang. utk buat filem cmni, aku rse byk problem yg kena diharungi. cuma aku rasa duit BKN salah satu darinya... lgpun kos dia cuma RM1.5 juta jer


first problem nk buat cite2 cmni ialah penerimaan masyarakat. klu ni cite amerika, sure xde hal punya. the problem is ni cite malaysia. some people take this in +ve view, tp ada stengah lagi mmbantah, membangkang n memberontak. kta xleh nk salahkan diaorg, sbb diaorg care. ape yg dipamerkan dlm cite ni probably is the real truth of malaysian youngster nowdays, cuma either kta nk accept it or not tu jer. stengah org risau, takut bila org tgk cite2 cmni akan ada ramai lg org terjebak sme utk follow buat bnda2 xelok ni. stengah org plak pikir, bila diaorg reveal the truth then hopefully akan ada org amik tindakan and do the right things utk memperbaiki keadaan.


secondly, cmna korang nk buat action tu nmpak real??? of course la korang tpaksa lakonkan cm real, org kate pedulik kan dgn agama, adat n budaya sbb kta nk cite ni nmpak real. lgpun cite ni pun cite songsang ngan sume2 tu... n klu from trailer tu, aku leh kte most pelakon2 watak jahat tu done a great jobs... which is congrats to them... tp nape aku xnmpak kualiti yg sme kt filem2 lain? adakah sbb pelakon2 malaysia lg ske n lg terer lakonkan watak2 jahat? Klu cm abg nasir bilal khan tu mmg kta tau la kualiti lakonan dia, sure nmpak jahat punya... dia pun dh byk pengalaman dlm lakonan. i mean pelakon2 muda ni... nmpak dasyat btul lakonan jahat diaorg... bak kte org, mmg berkesan la... :P



they are few pengarah2 malaysia skang yg buat kelainan, n probably ni cara syamsul. since dia pun muda lagi, mb dia nmpak benda2 cmni leh tarik golongan2 muda utk mnonton filem ni. aku personally rse pun ramai org akan tgk movie ni, utk menilai bentuk pembaharuan yg cuba dibawak, n kelainan yg cuba diperkenalkan. cuma hopefully, tindakan kontroversi syamsul ni akan bw lg byk bnda2 +ve kpd penonton2 especially target audience dia (muda mudi masakini). papepun, mesej first syamsul dlm filem tu dh de - 'Jangan Pilih Jalan Hitam'

senang cite, tggu 23hb April ni... tgk dulu, n baru nilai k. ingat, 18PL tau... Jom wayang!
Baca lagi......

Rabu, 15 April 2009

K-20, seorg hero yg jahat

ok, sbb dh slalu cite psl cite omputih ngan cite melayu this time gua nk cite psl movie jepun plak. actually ni br first time gua tgk movie jepun kt pawagam... so kira excited gak ar nk perbedaan cita jepun ngan cite omputih/melayu.

K-20, kisah hero bertopeng ala2 zorro bernama K-20 yg jahat ini sedang ditayangkan kt pawagam skang. mse mula2 starting cite je pun dh buktikan ianya adalah cite hero, sbb gua tgk intro kredit dia pun dh ala2 cite otromen :P pelakon utamanya ialah Takeshi Kaneshiro, tp dia bkn lah pejahat bernama K20 dlm cite ni.

Summary
Berkisarkan kisah di Teito, jepun pada tahun 1949 dimana perang dunia ke II xpernah berlaku, masyarakatnya terbahagi kpd 2 golongan iaitu bangsawan yg kaya2 dan golongan miskinan yg miskin2. namun, memburukkan lagi keadaan terdapat seorg hero jahat bernama K-20 yg ske mencuri, berkebolehan menukar penampilan dirinya dlm sekelip mata dan boleh menyamar menjadi org lain menggunakan topeng ala2 mission imposible. K-20 adalah nama jolokan yg diberi yg bererti 'syaitan bermuka 20'. Xde sape pun yg tau wajah sebenar K-20, kecuali seorg prisoner yg claim kte dia penah tgk.

ni la takeshi kaneshiro, in case korang xkenal

Target curian dia ialah barang2 hi-tech dari golongan2 bangsawan. K-20 ni ada sorang musuh ketat, iaitu seorg penyiasat persendirian bernama Kogoro Akechi (Toru Nakamura) yg seringkali hampir dpt menangkap K-20. so, K-20 ni pun buat plan utk menyelamatkan diri dia dengan mengelirukan pihak polis dgn memerangkap seorang ahli circus dr golongan miskin bernama Heikichi Endo (Takeshi Kaneshiro), supaya disyaki sbg K-20. Memilih hari pertunangan Akechi dgn Yoko Hashiba (Kanata Hongo), seorang puteri sbg hari utk memerangkap heikichi, K-20 berjaya memperdayakan pihak polis dan org ramai.

Persoalannya skang, dpt ke heikichi membersihkan nama dia semula? siapakah sebenarnya K-20 ni dan adakah K-20 ni betul2 jahat? dapatkah polis menangkap K12? korang kene tgk cite ni beb!


Spoiler (amaran: jgn baca klu nk tonton cite ni!)
Cite bermula dgn penjahat bernama K-20, aka syaitan berwajah 20 mencuri sebuah prototaip mesin yg boleh mengalirkan tenaga elektrik di sebuah seminar utk saintis2. K-20 yg menyamar sbg pembantu saintis telah berjaya mencurinya. pihak berkuasa berasa risau kerana mesin tersebut jika disalah gunakan utk menghancurkan dunia.pihak polis telah meminta bantuan penyiasat dan perisik persendirian bernama Kogoro Akechi yg terkenal dengan pengalamannya mengendalikan kes2 K-20.

Akechi pula pd ketika itu sibuk kerana bakal bertunang dgn seorg puteri bernama Kanata Hongo. K-20 spt biasa, menghantar msg berbentuk surat kepada pihak polis menyatakan hasratnya ingin mencuri sebuah lukisan berharga yg diwariskan kpd puteri semasa hari pertunangan Akechi. Lukisan itu sememangnya akan ditayangkan semasa majlis tersebut.

Sementara itu, disebuah kawasan kecil di Teito terdapat seorang ahli circus yg dikenali kawasan setempat dengan kehebatan lagak ngeri dan magiknya iaitu Heikichi Endo. dengan kebolehnyanya itu, heikichi berharap dapat mengubah nasib rakan2 circusnya yg hidup susah. lbh teruk lg, Genji (Jun Kunimura), ringmaster atau pengulas gelanggang juga sakit pd masa itu dan memerlukan wang utk berubat.


pd mlm it, dtg seorang tua umur sekitar 50-an (lakonan Takeshi Kaga) dtg kpdnya mintak bantuan heikichi. beliau seorg penerbit dari majalah tabloid, mahukan bantuan heikichi mengambil gambar majlis pertunangan tersebut secara senyap2 dari atas menara tmpt diaorg bertunang. sbg ganti, penerbit mjlh tu akan bayar dgn bayaran yg byk, sekaligus mampu mengubati genji.

Heikichi bersetuju, lalu panjat bangunan tu dgn mbawa kamera yg diberikan di hari pertunangan Akechi dan Yoko. sedang majlis tu berlangsung, tetiba berlaku letupan, elektrik terpadam, dan gas pemedih mata (kot) dilepaskan... keadaan jadi kelam kabut biarpun dlm mjlis tu ada ramai polis berjaga2... then suddenly pembantu akechi bernama Yoshio Kobayashi (Kanata Hongo) ternampak heikichi kt atas bgunan lalu menjerit "tgk tu, K-20 kt atas tu!!!"... polis menembak ke atas dan heikichi pun terjatuh kt bwh dan trus kena tangkap.

Esknya trus kuar berita satu jepun K-20 telah ditangkap. utk keselamatan, gmbar pusaka tu disimpan oleh Akechi kt umah dia, Dlm penjara pulak, seorg prisoner bgtau yg dia tau heikichi bknlah K-20 kerana dia penah nmpak wajah K-20 sbnr. umurnya lebih tua dan ada parut di pipinya. lantas heikichi teringatkan wajah penerbit tabloid tu... br la heikichi tau dia telah diperangkap oleh K-20!

Masa nk transfer ke penjara lain, genji & geng2 circus heikichi telah menyelamatkan beliau (klu nk tau cmna kena tgk). mse tu br la heikichi tau yg geng2 circus dia sbnrnya juga ialah pencuri... "korang ni same jer ngan K-20", kte heikichi! heikichi pun lari dr tmpat tu. kt luar, br dia sedari dia dibenci sume org sbb org ingat dia K-20. then dia jmpa bdk kecik yg jugak mmber dia kt circus. bdk tu rupanya hidup susah bsama anak2 yatim lain kt pdg lapang tmpat buangan smpah. so menyedari kesusahan hidup, heikichi pun blk jmpa genji dan berkata "tolongla ajar sy cmna nk jd pencuri!". after merayu2, genji pun kuarkan sebuah kitab dr laci tersebunyi dan berkata "inilah kitab mencuri... ianya diturunkan dari generasi ke generasi. dgr cite, K-20 pun blajar gne kitab ni gak".


lalu belajarlah heikichi menjadi pencuri... dgn bantuan genji yg bijak mencipta alat2 mekanikal yg unik, heikichi sudah layak digelar pencuri... yg xpenah mencuri. then, satu hari mse tgh training tu, dia tnmpak Yoko sdg berlari. dia dikejar oleh K-20 kerana inginkan gmbar pusaka tu! lalu heikichi pun gaduh la ngan K-20 buat julung kalinya... tgh gaduh2, heikechi hampir kalah, tetiba dtg polis. heikechi pun lari dgn mbawak Yoko bsama. maka pastu, Yoko pun br tau kehidupan org susah.

oleh sbb yoko musykil nape la K-20 nk sgt gmbar tu, so dia pun mintak tlg heikichi ngan kengkawan dia amik curik dr umah Akechi. then oleh sbb xbrape hebat lagi, diaorg kantoi dng akechi. so akechi soal siasat heikichi nape nk amik gmbar tu. after diterangkan akhirnya diaorg bkerjasama utk selesaikan mslh tu. heikichi bgtau dia tau satu teknologi yg leh scan gmbar tu.. mnela tau kot2 ada benda lain pd lukisan tu... tp alat tu cume ada satu jer kt jepun iaitu kt lab ketenteraan.

so heikichi diminta menyamar jadi K-20 utk ceroboh masuk dlm lab tu. part2 ni agak kelakar, so gua xtau nk cite cmna, korang kne tgk sendiri. pendek cite, ekechi berjaya scan n dpt satu diagram dr gmbar tu. dlm diagram tu ada petunjuk n kunci dimana letaknya mesin pemindah tenaga spt prototaip tu, tp dlm berskala besar... dan mesin tu rupanya boleh memusnahkan dunia! so yoko pun kte "patutla K-20 nk sgt gmbar tu... dia nk curik mesin tu rupanya... kte kena musnahkan mesin tu!"

so after follow the diagram and so on and so on, diaorg pun dpt tau yg mesi tu sbnrnya ada kt bangunan tmpt akechi n yoko bertunang. blum pun smpt berbuat ape2, akechi telah dibunuh oleh K-20 yg rupanya mengintip tindakan mereka dr td.

heikichi n genji berlari trus ke bgnan tu, utk musnahkan senjata tu secepat mungkin. after few riddles, akhirnya diaorg berjaya mengeluarkan senjata tu. saiz senjata tu adalah sebesar menara bangunan tu... bila senjata tu dh kuar jer, K-20 dh pun menanti mereka. genji blum pape lg dh pengsan... so tpaksa la heikichi gaduh ngan K-20. mereka berebutkan kunci yg boleh on kan mesin tu, smpai tpaksa gaduh kt atas bgunan.

gaduh punya gaduh punya gaduh, heikichi berjaya menjatuhkan topeng K-20 semasa dia terjatuh dari atas bangunan ke atas mesin tu. akhirnya nmpak la wajah sbnr K-20... dan wajah tu bkn la wajah penerbit tabloid tu tp adalah wajah Akechi! yer, akechi ialah K-20 yg sbnr!

bfore heikichi pg ke bgunan tu, genji ada bg satu pistol... "in case", kte genji. pistol tu telah diambil K-20/akechi n pistol tu digunakan utk tembak heikichi. after setel ngan heikichi, K-20 pg kt mesin tu n masukkan koordinat2 tmpat yg nk dimusnahkan ngan mesin tu. suddenly, koordinat tu berubah ke arah bangunan tu. rupanya, genji idup lg n telah rosakkan mesin tu. dan heikichi pun blum mati. pistol tu hanyalah pistol circus.

heikichi ngan genji lari smasa mesin tu nk meletup. akechi xsmpat. akhirnya akechi mati. tp pd pandangan org ramai, K-20 masih lg idup sbb sume still ingat heikichi ialah K-20. in the end, yoko buat pengumuman utk hapuskan sistem kasta, n menghidupkan kmbali sikap bermasyarakat. pembantu akechi pula menggantikan tempat bosnya, dan trus memusuhi heikichi sbb ingatkan bos dia mati dibunuh K-20. tammat.

Pandangan Kitaorg
mcm gua kte, ni first movie jepun gua tgk kt pawagam malaysia. so gua kne treat or compare cite ni ngan movie2 lain as a standard. no bias punya!

ni pun br first time gua tgk si mamat takeshi ni berlakon, wpun dia ni famous. so lakonan dia kira baik gak la... xde la nk kte bagus sgt or truk, but acceptable. mb sbb cite ni xmencabar sgt, so gua pun xleh nk judge sgt bape best dia berlakon.

cite ni amik masa 2 jam 10min, which is lama... ala2 cite dark knight. pacing cite xlaju, biasa jer... klu buat graf pun xde memuncak sgt dia klimaks. cuma yg menariknya cite ni ialah wujud 'lawak2 jepun' yg kelakar. kalau korang slalu baca anime jepun korang paham la kot lawak2 dia, lawak2 makan dalam :P. however lawak dia xbyk sgt compare ngan jumlah minit cite ni, and starting cite pun cm serius jer... mb klu dibanyakkan lagi lawak dia jd lg menarik kot.

cite ni main ngan cgi byk gak. sbb nk menunjukkan negara jepun klu xjd WW2. cgi bahagian environment dia lawa... tp bahagian action byk gak le kantoi. cinemato biasa jer kot.. xcun sgt, but xle buruk. efek bunyi pun biasa2 jer

tp jalan cite dia agak lain dari yg lain ar.. klu nk banding ngan cite2 inggeris, mmg lain. at first aku bajet cite ni ala-ala Robin Hood... penjahat yg buat jahat utk kebaikan... tp xsme la plak. rupanya jahat yg mmg jahat :P plus, dia membayangkan penonton ttg cara hidup org jepun n environment dia. klu korang mmg minat cite2 jepun, this is one of cite yg menghiburkan la... bayangkan la, hero cite ialah org jahat... dh la title movie pun gne nama dia... cmna tu?

kalau soalan korang berbaloi or x, itu depends. bg mereka yg nk mencari kelainan, bole la tonton cite ni. bg yg nk cari cite yg mantap n pacing laju, ni bkn utk korang. bagi peminat cite jepun, lawak2 jepun, minat kt takeshi, or awek2 jepun yg comel... silakan menonton cite ni (wpun ada sorang dua je awek dlm cite ni... but still comel :P). Summary:

Kitaorg Rase...
Grafik & Efek
Kamera & Cinematography
Bunyi & Muzik
Jalan Cite
Penutup
Mesti Tengok?

Baca lagi......

Isnin, 13 April 2009

JanGan Tegur....woooohooo

Filem seram-saspen YANG MESTI TGK UNTUK TAHUN 2009 selepas Jangan Pandang Belakang.

Summary

Jangan Tegur satu lagi filem yang menggunakan perkataan JANGAN keluaran Metrowealth Production. Filem ni agak seram dari JGN PANDANG BELAKANG dan filem wajib tonton 2009! Lakonan hebat Julia Ziegler, Nadia Mustapha & Elly Suriati sememangnya mantap ditambah pulak adegan2 saspen dan kesan bunyi yang kire gempak jugak la. Solekan hantu pun kira kelas A dan seram weii. Ternyate pelakon utamanya, Julia & Nadia tak cover cun bila melakonkan babak hantu mereka.


Spoiler (amaran: jgn baca klu nk tonton cite ni!)
Filem ini mengisahkan watak Natasya (Julia Ziegler) yang eksiden ditgh hutan sebab hampir terlanggar kelibat manusia.. Sepanjang koma beliau sering didatangi mimpi mengenai wanita bernama Baizura yang sering terganggu dengan gangguan makhluk halus. Sejurus sedar dari koma.. Natasya sering melihat hantu Baizura.

Jadi sebab tak puas hati & tensen akibat diganggu Hantu Baizura, natasya tekad mencari siapa baizura sebenarnye. Time mencari tu, natasya terjumpe rumah baizura yang slalu ada dlm mimpi die tu..dan berjumpa ngan MakSu(Elly Suriati) .. Rupenye Baizura ni dah lama hilang selepas kene rasuk. Kes orang dengki la ni..

Setelah mimpi lagi..rupenye terlerailah yang Mak Su tu yang ngantor benda utk takutkan si Baizura ni sebab nak harta.. Maksu tak puas ati kat Natasya sebab tembelang dah pecah yang Maksu tu sebenarnya yg bunuh Baizura. So Maksu pulak g antar gak menda utk sakat si Natasya ni..time ni la tgk hantu biru Natasya naik shiekh! Memang bergaya hantu niii .. Syabas Julia & Nadia kerana hasil lakonan yg sgt berkesan.

Pandangan Kitaorg
Syok gak filem ni..yang lelaki tgk pon jerit 2 tutup muka.. ape lagi yang perempuannye. Haha..pendek kata g la tgk filem ni..tak mengecewakan & berbaloi..! Lakonan dan jalan cerita agak menarik dan banyak elemen saspen. Antara pelakon lain yang turut terlibat ialah si Pierre Andre,Almy Nadia,Tok Denalik( puaka niyang rapik), Azri Iskandar & Kaza.

Pada pandangan kitorg, movie Jangan tegur ni memang movie yang mesti tonton dan mungkin boleh mengulang kejayaan movie metrowealth sebelum ni seperti JPB dan Congkak. Sentuhan Pierre Andre dibantu dengan Ahmad Idham menampakkan kematangan cerita ni dari segi jalan cerita yang tidak terlalu meleret dan membosankan dan paling penting kalau korang tengok mesti rasa seram sejuk...(kalau tak seram korang ni tak normal..)...

Satu je kami nak bagi kritikan..Pierre Andre baik dia terus tumpukan dalam bidang pengarahan daripada lakonan...lakonan Pierre dalam cerita ni nampak cam biasa dan takder umpph...mungkin kepala dia sibuk pikir pasal nak mengarah sehinggakan penumpuan untuk bawak watak sedikit sebanyak terganggu..Lakonan Julie Ziegler harus di beri pujian.Effort dia membawakan watak Natasya memang mengkagumkan dan kalo berusaha lagi dia boleh pergi lagi jauh dalam cerita genre seram nih.

HUuurm..apa yang kami perasan dalam cerita ni..adunan bunyi nampak gaya takde beza sangat dengan filem2 seram metrowealth yang sebelum nih...yang jaga aspek bunyi ni perlu improve lagiii....lenggok lama..kejutan lama kalau asyik ulang2 nanti bosan...

Anyway kami puji cerita nih memang menarik dan mesti ditonton kalau korang memang jenis suka keseraman dan ketakutan sebagai hiburan anda. Filem ni boleh dikatakan satu lagi anjakan untuk filem2 genre seram ni untuk kita semua.Apa kami boleh katakan, cerita ni worth untuk ditonton...Apa Lagi JOM WAYANG lahhhh.....

*Kredit to Sri Hani


Kitaorg Rase...
Grafik & Efek
Kamera & Cinematography
Bunyi & Muzik
Jalan Cite
Penutup

Mesti Tengok?

Baca lagi......

Selasa, 7 April 2009

Transformers 2: Revenge of the Fallen

trailer Transformers 2 dh pun kuar kt pawagam2 skang. no wonder la sbb xlme je lg filem ni akan kuar. dgn benchmark yg tinggi based on the first film (aku bg 5 bintang utk first film, so klu movie br ni lg best aku dh abis bintang dh nk bagi), cabaran besar menanti Transformers 2: Revenge of the Fallen dan pengarahnya Michael Bay.

selain dari pertambahan bilangan robot2 yg akan kuar dlm filem kedua ni nnti, apakah kejutan lain yg dibawa? Michael Bay + Steven Spielberg, bila 2 org yg power bergabung tenaga, plus CG team yg gempaq... aku xdapat bayangkan in case tetiba film br ni failed... :( well, wat more can you aspect... it should be perfect!

ok, before we go further... korang compare dulu trailer dia yg first (in case korang dh lupa) ngan yg second ni n pe korang rse...


Transformers

Transformers 2: Revenge of The Fallen

well, konsep trailer dua2 pun lebey kurang jer... n buat mse skang ni ape yg kta tau ialah more robots and musuh yg lebih jahat+ganaz+horor (itula yg aku ske... wahaha). more robots means byk rekabentuk robot nk kena buat. so dlm case ni, Hasbro get involve dgn serius dlm pembentukan robot.



so cmna dengan jalan cite dia? basically menceritakan pasal robot jahat bernama Fallen yg bakal menghoror kan dunia. kalau baca info dr website2 rasmi mmg xbyk diaorg bgtau... korang kene baca forum! tp demi menaikkan semangat korang, few key aku bg. ni dpt tau from forum ar, klu salah jgn salahkan aku plak.. hehe.
  • Sam mintak tlg member dia team-up ngan bumblebee, carik Autobots lain... sbb dpt cite dr Optimus yg Fallen ada kt bumi
  • Diaorg jmpa ngan JetFire, satu robot Decepticon and bgtau psl Fallen... ajak dia berganding bahu join Autobots setelkan mslh Fallen
  • Sementara tu, Decepticon plak terbahagi kpd 2 group. group Screamer nk join venture ngan Fallen utk hancurkan bumi, group Ravage plak nk hidupkan balik Megatron.
  • It's getting serius n terlalu byk pergaduhan berlaku, so diaorg settle up jmpa kt Egypt, tmpa Fallen disemadikan. Then suddenly, Fallen bangun dari tido...
Transformers 2 akan ke pawagam summer ni, dijangka 24 Jun 2009. I'll make sure akan dptkan tiket utk first show, sbb dijangkakan the best movie for 2009! Jom Wayang bro...
Baca lagi......