Isnin, 17 Januari 2011

Filem Seram: Khurafat



Dulu mase kecik-kecik kite penah belajar ape itu khurafat kan? Ha..cerita ni mengupas dengan lebih mendalam ape itu khurafat dan kesannya terhadap orang yang melakukan perkara khurafat ni.

Summary
Johan (syamsul yusof) yang bekerja sebagai Pembantu Hospital. Johan mempunyai seorang girlfriend bernama Anna sebelum dia melangsungkan perkahwinan dengan Aishah. Kehidupan Yusof dan Aishah bahagia pada mulanya sehinggalah kematian Anna akibat tekanan di tinggalkan johan. Anna mati membunuh diri. Mulai saat Anna ditingalkan, kehidupan Johan sekeluarga mula diganggu oleh sesuatu. Bingung tentang dari man punca gangguan itu, Johan mencari semula Anna kerana dia sangka Anna yang melakukannya. Akan tetapi, setelah Anna mati, keluarga Johan masih diganggu lagi.

Keadaan inilah yang akhirnya membongkar segala rahsia silam Johan. Rupa-rupanya Johan telah pun berjumpa bomoh demi mendapatkan Anna untuk menjad kekasihnya. Johan leka dan telah terlupa bahawa dia telah berjanji dengan bomoh itu yang tidak akan sekali-kali meninggalkan Anna yang telah dijampi. Perbuatan Khurafat yang dilakukan Johan kini menuntut haknya dan Johan terpaksa membayarnya dengan harga yang amat tinggi iaitu nyawanya.  



Pandangan Kitaorg
Bile tengok wayang filem ni kat panggung, rasa terkejut-terkejut pun ada. Tapi, dah boleh agak time bila hantu tu nak keluar or muncul secara tetiba. So, secara keseluruhannya cerita ni agak seram dan agak memuaskan hati dan elok ditonton oleh semua lapisan masyarakat. 

Kitaorg Rase...
Grafik & Efek
Kamera & Cinematography
Bunyi & Muzik
Jalan Cite
Penutup
Mesti Tengok?
Baca lagi......

Sabtu, 25 Disember 2010

Hantu Kak Limah Balik Rumah



Lagi sebuah filem arahan Mamat Khalid. Wayang Filem ni sambungan daripada wayang filem Zombie Kampung Pisang yg memang mencuit hati walaupun nampak macam low budget. So, check this out.

Movie trailer Hantu Kak Limah Balik Rumah.


Summary

Husin yang telah 3 tahun bekerja di Singapura mengambil keputusan untuk balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Tujuan Husin adalah untuk berjumpa Che Nin, bekas tunangnya untuk berkahwin. Apabila pulang ke rumahnya, Husin pelik tengok jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dengan rambutnya yang mengerbang duk kat tingkap. Dia juga diganggu masa nak tidur. Husin lari lintang pukang sebab terkejut dan terus menuju ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung kemungkinan Kak Limah sudah menjadi hantu.

Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika mengurat Kak Limah yang pada waktu itu ada di kawasan kubur. Pak Jabit yang bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada penduduk Kampung Pisang. Sebelum kedatangannya keadaan aman damai, namun begitu sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau.

Pak Abu cadangkan mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam.

Dah banyak jenis Bomoh diorang panggil, tapi semuanya hampa belaka. Kak Limah masih berleluasa di seluruh Kampung Pisang sehingga Pak Abu demam akibat ditegur oleh Kak Limah. 

Apa sebenarnya yang mengganggu penduduk Kg. Pisang pada kali ini? Tontonlah wayang filem Hantu Kak Limah Balik Rumah di pawagam berdekata anda.

Spoiler (amaran: jgn baca klu nk tonton cite ni!)
 

Sebenarnya Kak Limah belum jadi hantu lagi. Yang depa jumpa mayat kat rumah kak limah tu mayat pembantu rumah je. Kak limah cuma kurang waras dan terlepas dari hospital orang gila. Manakala, Che Nin pula telah meninggal kerana sakit teruk selepas Husin lari ke Singapura dan memutuskan tali pertunangan diorang berdua. Akhirnya, Husin kembali semula ke Singapura untuk meneruskan kehidupannya membawa hati yang lara kerana buah hatinya telah tiada untuk selama-lamanya.

Pandangan Kitaorg
Wayang Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah ni wajar untuk di tonton oleh seluruh lapisan masyarakat tak kira usia dan bangsa. Ada juga babak yang kurang faham yang dirasekan lawak, tapi tak berapa lawak. Babak yang lawak usah cakapla..tersembur air liur ketawa terbahak-bahak. =)




Wayang Filem Malaysia support filem-filem tempatan!

Kitaorg Rase...
Grafik & Efek
Kamera & Cinematography
Bunyi & Muzik
Jalan Cite
Penutup
Mesti Tengok?
Baca lagi......

Isnin, 6 Disember 2010

Komedi Seram Ngangkung



Sam memang diakui antara pelakon yang semakin laku bak pisang goreng kat Malaysia ni. Bila saya kata laku, maksudnya banyaklah wayang filem yang beliau ni berlakon. Sam ni merupakan aktor feveret wayang filem malaysia selain Afdlin Shauki, Bob Lokman, Farid Kamil, Zizan Raja Lawak, Johan Raja Lawak, Cat, Lan Pet Pet, Angah Raja Lawak dll. ‘Ngangkung’ adalah satu perbuatan memuja nombor ekor dengan membawa ‘barang’ untuk dipuja oleh bomoh. Barang tersebut haruslah sesuatu yang susah untuk didapati seperti keris lama, syiling lama dan sebagainya.

Nak tahu lebih lanjut, baca summary kat bawah ni.. hehee..

Summary

Filem ngangkung ni pasal sorang mamat drebar lori nama Azim, dia ni hidup serba sederhana di sebuah perkampungan pinggir bandar bersama isterinya, Suri dan sorang anak perempuan.

Azim ni ada dua orang member baik iaitu Tasnim dan Wan. Tasnim dan Wan memang merupakan ‘kaki ekor’ TEGAR dan isteri mereka berdua ni tahu sangat dengan perangai diorang yang suke main nombor 4d.

Azim mulanya tak amik kisah sangat pasal aktiviti main nombor 4 ekor ni. Tapi lama kelamaan dia terdetik asa curiga dan ingin tahu  dan akhirnya terjebak la jugak dengan dosa besar ni. Lagi-lagi bile tengok si Tasnim Hidup mewah dengan hasil perjudiannya secara membuat pujaan iaitu ngangkung.
 
First-first si Azim ni join tengok je, lama-lama dia seronok ikut Tasnim dan Wan walaupun secara diam-diam tanpa pengetahuan Suri. Pelbagai cara dan macam-macam bomoh diorang jumpa untuk mendapatkan nombor ekor untuk mereka beli.

Banyak kejadian seram dan lawak berlaku sepanjang perjalanan diorang ni mengangkung. Azim banyak berubah apabila dia terlibat secara lebih serius sampai mengabaikan keluarga kerana taksub untuk mendapatkan nombor ekor. Begitu juga dengan Tasnim dan Wan. Sehingga kejadian itu berlaku. Apakah kejadian itu? Tengoklah NGANGKUNG di pawagam seluruh Malaysia. WayangFilem support Filem Malaysia.

Pandangan Kitaorg
Lan Pet Pet jadi bomoh memang gempak. Opening cerita pun gempak tak hengat dunia. So, pegilah tengok wayang filem Ngangkung ni. Tak rugi duit korang punyer. Bagi ibubapa, boleh bawak anak-anak sebab filem ni sangat banyak mesej kemasyarakatan yang cuba disampaikan.


Kitaorg Rase...
Grafik & Efek
Kamera & Cinematography
Bunyi & Muzik
Jalan Cite
Penutup
Mesti Tengok?
Baca lagi......

Jumaat, 19 November 2010

Skyline 2010

Bile bace je skyline kat tajuk cerita kali ni, mesti teringat kete Skyline Jepun yg bile kite tengok sexy sampai terliur aur liur meleleh nak rembat satu. Hehee. Tapi cerita ni bukan pasal kereta super hot tu..just guna name je..

Layan Trailer ni:



Summary
Wayang Filem Skyline ni berkisar tentang kedatangan makhluk asing ke bumi. Dia terpaksa gunakan otak......manusia untuk meneruskan kehidupannya dibumi. Tapi, alien ni serang kawasan LA je. Los Angeles ni best sangat ke sampai kena serang dgn encik alien tu?

Spoiler (amaran: jgn baca klu nk tonton cite ni!)
Spoil gak la citer ni..ending tak faham aku dibuatnya.


Pandangan Kitaorg
Kalau korang trngok cerita ni memang korang rase duit yg korang bayar tu tak berbaloi. Yela. grafik cam hampeh, harap trailer je gempak. Pastu ending memang tak best. Tak faham la senang cakap. Kot ye pun nak wat Skyline 2, abiskanla wayang filem ni betul-betul..duh~
 
Kitaorg Rase...
Grafik & Efek
Kamera & Cinematography
Bunyi & Muzik
Jalan Cite
Penutup
Mesti Tengok?
Baca lagi......

Isnin, 8 November 2010

Superhero Malaysia: MANTERA



Summary
Filem Mantera ni mengisahkan pergolakan antara dua kumpulan rahsia yang menguasai dunia dari sebalik takbir iaitu Alliance of Light dan Dark Legions. Kumpulan Dark Legions melalui syarikat Weston Tech membangunkan senjata rahsia yang dinamakan Mantera iaitu singkatan 'Man Transformable Exo-Robotic Armor yang juga sistem motosikal dan sarung tangan nano dan boleh berubah menjadi baju perisai robotik. Bagaimanapun, ketua pereka Mantera iaitu Dr Natasha yang menyedari niat jahat ketuanya cuba untuk sabotaj dan memusnahkan sistem Mantera. Dia menghilangkan diri dengan pelan skematik dan kertas kerja Mantera. Sisa dan cebisan Mantera secara tidak sengaja dihantar kepada pelajar IT di Malaysia bernama Azman.

Azman dengan bantuan rakannya, Kevin membina semula Mantera sehingga menjadi motosikal berkuasa besar. Tanpa mereka sedari, motosikal itu boleh bertukar menjadi baju amor robotik yang boleh memberikan kekuatan dan kepantasan 'superhuman' kepada pemakainya. Sementara itu, Weston Tech menjejaki Dr Natasha dan Azman bersama sistem Mantera yang kini menyertai Alliance of Light sehingga ke ibu pejabat rahsia Alliance of Light di Timur Tengah. Pertempuran sengit antara Azman yang menjadi Mantera dengan robot pembinasa Weston Tech yang dipanggil Vega akhirnya tercetus.

Pandangan Kitaorg
Tengok memang cambest je. Pelakon utama kalau korang tak perasan adalah TOMOK???! wah..makin hebat dia ni dalam industri hiburan. Papepun, support filem tempatan! (^_^)


Kitaorg Rase...
Grafik & Efek
Kamera & Cinematography
Bunyi & Muzik
Jalan Cite
Penutup

Mesti Tengok?
Baca lagi......

Filem Melayu Komedi: Jangan Pandang Belakang Congkak 2



Cerita yang confirm pecah perut korang bile melihatnye. Papepun, check this out..=)

Summary
Setalah berjaya memulihkan Punai, Asmat dan Johan serta berjaya menewaskan Mustika dalam JPBC yang lalu, Pak Mor yang cedera itu terus menuju ke anak sungai. Di tepi sungai, Pak Mor duduk bersila dan mula membaca jampi menteranya.

Semakin lama semakin laju Pak Mor membaca jampi manteranya. Serentak angin mula bertiup. Semakin lama semakin kencang angin bertiup mengikut kelajuan Pak Mor membaca jampi manteranya. Tiba-tiba tubuh Pak Mor mula mengelupur.

Mulutnya masih kumat kamit membaca jampi manteranya. Tiba-tiba Pak Mor kejang dan serentak dengan itu satu gumpalan asap keluar dari tubuh Pak Mor dan asap itu muncul Mustika.

Setelah Mustika keluar dari tubuh Pak Mor, Pak Mor kembali pulih seperti sedia kala. Rupa-rupanya Pak Mor ada hubungan dengan Mustika dan mereka telah berpakat untuk mengambil semua harta dan saka-saka Pak Sudir setelah kematian Pak Sudir. Dengan mengambil kesemua saka-saka Pak Sudir supaya Pak Mor dan Mustika akan kekal muda untuk selama-lamanya tetapi kedatangan Punai, Asamat dan Jihan telah menggagalkan rancangan mereka. Jadi, Pak Mor dan Mustika bertekad untuk menghapuskan Punai, Asmat dan Johan. Selagi Punai, Asmat dan Johan tidak dihapuskan, harta dan saka-saka arwah Pak Sudir tidak akan jatuh ketangan Pak Mor dan Mustika.

Pak Mor dan Mustika mencuba untuk membunuh Asmat dan Punai tetapi gagal. Akhirnya Punai dan Asmat berjaya melarikan diri. Punai dan Asmat kemudian berhenti di satu tempat. Punai memberitahu Asmat bahawa tiada gunanya mereka melarikan diri kerana Pak Mor dan Mustika akan sentiasa mencari dan mengejar mereka. Di suatu malam, entiti Pak Sudir datang ke rumah mereka untuk memberitahu perihal seorang bomoh yang dirasakan boleh menolong mereka iaitu Wak Ketari.

Lalu mereka pun pergi mencari rumah Wak Ketari. Mereka menceritakan apa yang terjadi kepada diri mereka dan mereka ingin menuntut ilmu kebomohan dari Wak Ketari. Wak Ketari bersetuju untuk menagajar mereka tetapi mengenangkan syarat-syarat yang ketat mesti mereka patuhi. Pada mulanya mereka keberatan kerana syarat yang dikenakan terlalu ketat.

Tetapi setelah terpandang Seha, anak gadis Wan Ketari yang cantik, mereka terus bersetuju untuk belajar. Bermula dari itu mereka belajar dan mereka menghadapi berbagai masalah semasa belajar kerena mereka dikehendaki menangkap hantu. Walaupun menghadapi masalah, mereka berjaya menangkap hantu-hantu tersebut dan mereka lulus ilmu bomoh.

Dapatkah mereka menewaskan Pak Mor dan Mustika? Sama-samalah kita tengok wayang filem melayu ni di pawagam..hehheh..

Pandangan Kitaorg
Cerita ni kesinambungan dari Jangan Pandang Belakang Congkak tetapi Johan tiada kerana melanjutkan pelajaran di luar negeri. So, agak terkilan sikit la..Sepanjang jalan penceritaan, ada jugak babak yang lawak. tetapi dirasakan lawak-lawak yang lain tu biase jer..hanya mampu tersenyum. Pape pun, cerita ni bukanlah 100% tak best..nak rase, tengok sendiri..=P

Kitaorg Rase...
Grafik & Efek
Kamera & Cinematography
Bunyi & Muzik
Jalan Cite
Penutup

Mesti Tengok?
Baca lagi......