Cerita yang confirm pecah perut korang bile melihatnye. Papepun, check this out..=)
Summary
Setalah berjaya memulihkan Punai, Asmat dan Johan serta berjaya menewaskan Mustika dalam JPBC yang lalu, Pak Mor yang cedera itu terus menuju ke anak sungai. Di tepi sungai, Pak Mor duduk bersila dan mula membaca jampi menteranya.
Semakin lama semakin laju Pak Mor membaca jampi manteranya. Serentak angin mula bertiup. Semakin lama semakin kencang angin bertiup mengikut kelajuan Pak Mor membaca jampi manteranya. Tiba-tiba tubuh Pak Mor mula mengelupur.
Mulutnya masih kumat kamit membaca jampi manteranya. Tiba-tiba Pak Mor kejang dan serentak dengan itu satu gumpalan asap keluar dari tubuh Pak Mor dan asap itu muncul Mustika.
Setelah Mustika keluar dari tubuh Pak Mor, Pak Mor kembali pulih seperti sedia kala. Rupa-rupanya Pak Mor ada hubungan dengan Mustika dan mereka telah berpakat untuk mengambil semua harta dan saka-saka Pak Sudir setelah kematian Pak Sudir. Dengan mengambil kesemua saka-saka Pak Sudir supaya Pak Mor dan Mustika akan kekal muda untuk selama-lamanya tetapi kedatangan Punai, Asamat dan Jihan telah menggagalkan rancangan mereka. Jadi, Pak Mor dan Mustika bertekad untuk menghapuskan Punai, Asmat dan Johan. Selagi Punai, Asmat dan Johan tidak dihapuskan, harta dan saka-saka arwah Pak Sudir tidak akan jatuh ketangan Pak Mor dan Mustika.
Pak Mor dan Mustika mencuba untuk membunuh Asmat dan Punai tetapi gagal. Akhirnya Punai dan Asmat berjaya melarikan diri. Punai dan Asmat kemudian berhenti di satu tempat. Punai memberitahu Asmat bahawa tiada gunanya mereka melarikan diri kerana Pak Mor dan Mustika akan sentiasa mencari dan mengejar mereka. Di suatu malam, entiti Pak Sudir datang ke rumah mereka untuk memberitahu perihal seorang bomoh yang dirasakan boleh menolong mereka iaitu Wak Ketari.
Lalu mereka pun pergi mencari rumah Wak Ketari. Mereka menceritakan apa yang terjadi kepada diri mereka dan mereka ingin menuntut ilmu kebomohan dari Wak Ketari. Wak Ketari bersetuju untuk menagajar mereka tetapi mengenangkan syarat-syarat yang ketat mesti mereka patuhi. Pada mulanya mereka keberatan kerana syarat yang dikenakan terlalu ketat.
Tetapi setelah terpandang Seha, anak gadis Wan Ketari yang cantik, mereka terus bersetuju untuk belajar. Bermula dari itu mereka belajar dan mereka menghadapi berbagai masalah semasa belajar kerena mereka dikehendaki menangkap hantu. Walaupun menghadapi masalah, mereka berjaya menangkap hantu-hantu tersebut dan mereka lulus ilmu bomoh.
Dapatkah mereka menewaskan Pak Mor dan Mustika? Sama-samalah kita tengok wayang filem melayu ni di pawagam..hehheh..
Pandangan Kitaorg
Cerita ni kesinambungan dari Jangan Pandang Belakang Congkak tetapi Johan tiada kerana melanjutkan pelajaran di luar negeri. So, agak terkilan sikit la..Sepanjang jalan penceritaan, ada jugak babak yang lawak. tetapi dirasakan lawak-lawak yang lain tu biase jer..hanya mampu tersenyum. Pape pun, cerita ni bukanlah 100% tak best..nak rase, tengok sendiri..=PKitaorg Rase... | |
Grafik & Efek | |
Kamera & Cinematography | |
Bunyi & Muzik | |
Jalan Cite | |
Penutup | |
Mesti Tengok? |