Selasa, 8 Mac 2011

Hikayat Merong Mahawangsa


Lama dah kita semua tunggu kehadiran tayangan filem ni di panggung wayang tempatan. Filem ni menggunakan teknik CGI dan menelan belanja sebanyak RM8 JUTA! Filem tempatan yang termahal setakat ini.. Filem ini juga berjaya menarik sebanyak 25 buah negara untuk mendapatkan hak pengedarannya. Hikayat Merong Mahawangsa adalah sebuah filem epik yang penuh aksi dengan watak-watak mitos yang sarat penggunaan kesan khas visual (CGI) dan set, busana dan “props” kurun ke 2

Summary
Cerita ini mengisahkan seorang nakhoda dan pahlawan yang bernama Merong Mahawangsa yang dikatakan berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain.


Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.

Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.

Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda.

Spoiler (amaran: jgn baca klu nk tonton cite ni!)

Layan la trailer filem ni...




Pandangan Kitaorg


Filem ni penuh dengan CGI-nya. Memang tabik spring la kat KRU. Dengan kata lain, filem ni wajar ditonton dan direview banyak-banyak. Komen mana-mana bahagian yang boleh diperbaiki supaya mutu Filem keluaran Malaysia setanding dengan Hollywood malah Bollywood sekalipun.
JomWayang!

Kitaorg Rase...
Grafik & Efek
Kamera & Cinematography
Bunyi & Muzik
Jalan Cite
Penutup
Mesti Tengok?