Isnin, 10 Ogos 2009

Papadom (2009)


Papadom? adakah cerita ni ade sangkut paut dengan papadom yg biasenyer kite bleh makan di restoran nasi kandar? Lagi satu karya Afdlin Shauki yang terlalu menarik dan rugi sekiranya kita tak pegi menonton wayang ni kat pawagam.

Papadom telah mengaut 5 anugerah pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke 22:

:
Filem Terbaik
:
Pelakon Lelaki Terbaik
:
Pelakon Wanita Terbaik
:
Cerita Asal Terbaik
:
Skor Muzik Asal Terbaik

Pelakon yg membariskan diri di dalam Papadom:

:
Saadom (Pelakon Utama)
:
Miasara (Pelakon Utama)
:
Munirah (Pelakon Utama)
:
Professor Balqis (Pelakon Utama)
:
Hisham (Pelakon Pembantu)
:
Shasha (Pelakon Pembantu)
:
Yvonne (Pelakon Pembantu)
:
Mat (Pelakon Pembantu)
:
Hussin (Pelakon Pembantu)
:
Ali (Pelakon Pembantu)
:
(Pelakon Pembantu)

Korang nak tau wayang papadom ni berkisahkan tentang apa? bacela dulu post nih..=)


Summary

Mampukah seorang lelaki menunaikan wasiat isteri tercinta? Itulah yang berlaku kepada Saadom, seorang ahli perniagaan nasi kandar yang berjaya di Pulau Pinang. Wasiat isteri agar menjaga anak mereka, Mia dengan baik telah mengubah diri Saadom. Daripada seorang lelaki yang sentiasa sibuk dengan dunia nasi kandarnya, Saadom menjadi seorang bapa yang begitu prihatin kepada setiap perkara yang berlaku pada Mia. Setelah menginjak usia remaja, Mia mula rasa rimas dengan kasih sayang Saadom yang berlebih-lebihan. Kawan-kawan Mia juga rimas dengan Uncle Saadom yang sentiasa mengekori anaknya itu. Saadom sering memeluk dan mencium Mia, di hadapan kawan-kawannya. Mia sedikit malu. Waktu rehat, Saadom akan menghantar makanan kepada Mia dan kawan-kawannya di sekolah. Adakalanya kawan-kawan Mia menolak makanan tersebut kerana mereka mahu diet. Saadom sering juga melepak di dalam kawasan sekolah Mia, demi memastikan keselamatan Mia. Adakalanya Saadom diminta keluar oleh Pengetua...

Masalah besar timbul apabila Mia perlu memilih universiti. Saadom mahu Mia memilih yang dekat-dekat sahaja, tetapi Mia pula mahu belajar jauh daripada bapanya. Mia mahu bebas daripada bapanya. Saadom jadi panik. Bagaimana dengan janjinya terhadap arwah isterinya yang telah mewasiatkan Saadom menjaga Mia dengan baik? Mampukah Saadom mendidik Mia hingga berjaya menggenggam segulung ijazah?!!!

Nantikan kemunculan ‘Papadom’ sebuah karya Afdlin Shauki di pawagam berhampiran anda


source: Tayangan Unggul

Pandangan Kitaorg
Filem yg mengaut banyak anugerah semasa FFM22 dah tentunya menarik tertarik dan da bomb! Hahahaa..afdlin shauki seperti biase akan memaparkan lakonan beliau yg bersahaja tetapi penuh penghayatan..rugi kalau tak tengok cerita nih tau..=)

Papadom akan mula ditayangkan di seluruh pawagam didalam negara pada 10 oktober 2009..


Kitaorg Rase...
Grafik & Efek
Kamera & Cinematography
Bunyi & Muzik
Jalan Cite
Penutup

Mesti Tengok?