Ada sesuatu yang tak kena dengan Esther.
'Jangan sangka cili api yang kecil itu, kurang pedasnya' 'Don't judge a book by its cover'. Dua perihal ini banyak menceritakan mengenai filem seram terbaru yang berjudulkan 'Orphan'. Orphan berkisar tentang Esther, seorang gadis yang pada fizikalnya berusia 9 tahun walhal dia dah berusia 33 tahun pun. Menghidap penyakit hypopituitarism menyebabkan proses tumbesaran dia terbantut. Esther seorang yang psiko dan seringkali mengambil kesempatan untuk mencederakan orang disekelilingnya.
Pengajaran dari cerita ini adalah, siasat dahulu latar belakang sesiapa jua sebelum anda menjadi lebih rapat dengan mereka apatah lagi semasa ingin mendapatkan anak angkat. NAk best lagi, kita tengak trailer filem ni kat bawah..Hehee..
Summary
Kate (Vera Farmiga) dan John Coleman (Peter Sarsgaard) mengalami tekanan dan kemurungan selepas anak ketiga mereka 'Jessica' mati didalam kandungan (keguguran). Kehilangan itu menambah masalah kate yang masih bergelut untuk memulihkan diri dari tabiat meminum arak yang telah pun menyebabkan dia hilang kerja. Sebagai peringatan, kate telah menabur abu naknya itu di sekelompok rose putih dihalaman rumahnya dan juga membuat plak sebagai tanda kenangan.Mereka mengambil gadis rusia berusia 9 tahun bernama Esther (Isabelle Fuhrman) sebagai anak angkat. Walaupun Kate dan anak John yang pekak dan bisu bernama Max (Aryana Engineer) menyenangi kehadiran Esther, anak lelaki mereka, Daniel (Jimmy Bennett) kurang menerimanya.
Kate mula merasa curiga apabila Esther memperkatakan pengetahuan tentang sex dan perkataan yang kurang enak didengar. Ianya tidak normal bagi kanak-kanak yang berusia 9 tahun. Tidak lama selepas kedatangan Esther, dia telah menolak seorang rakan sekelas di taman permainan sehingga menyebabkan kaki budak tu patah. Max nampak apa yang berlaku tapi melindungi Esther dengan menyatakan budak itu tergelincir.
Akan tetapi, kate dan John mula berwaspada apabila Sister Abigail (CCH Pounder), pengurus rumah anak-anak yatim tersebut memberi amaran berjaga-jaga kerana setiap kali perkara buruk berlaku, Esther pasti berada disitu. Esther telah mendengar perbualan mereka dan bertindak dengan membunuh Sister Abigail menggunakan hammer. Esther telah meyakinkan max untuk membantunya menyembunyikan mayat dan hammer. Daniel nampak mereka macam menyembunyikan sesuatu disebalik batu-batu berdekatan dengan treehouse dia. Pada malamnya, Esther mengugut Daniel sepaya merahsiakan semuanya dan sekiranya dia memberitahu orang lain, esther akan memotong testis dia sebelum dia tahu apa kegunaannya.
Kate telah diberitahu oleh pihak rumah anak yatim yang mereka tidak menjumpai apa-apa rekod mengenai Esther. Pada sebelah malamnya, Esther telah memetik bunga daripada tempat memperingati Jessica menyebabkan Kate menolak Esther jatuh ke tanah. Esther membalas dengan mematahkan tangannya sendiri dan memberitahu John yang Kate telah mencederakannya. Esther jugak membalas dendam dengan meneutralkan gear kereta kate yang hampir meragut nyawa Max. Akibat tersentak, kate membeli 2 botol arak tetapi akhirnya menuangkan sebotol ke dalam longkang dan sebotol lagi dibiarkan.
Kate dapat tau yang Esther pernah memasuki sebuah institusi sakit jiwa di Estonia bernama Saarne Institute, tapi John dan kaunselor ketagihan arak dia berpendapat Kate mengulangi tabiat ketagihan araknya. Bertambah buruk lagi bila John terjumpa botol arak yang masih penuh (yang Kate beli sebelum ni) dan mengugut akan meninggalkan Kate jika Kate tak mendapatkan bantuan.
Daniel dapat tahu tempat persembunyian hammer (tukul) daripada Max dan nak serahkannya kat Polis. Tetapi, Esther telah bakar treehouse Daniel untuk melenyapkan bukti dan membunuh Daniel. Daniel menyelematkan diri dengan terjun kebawah menyebabkan tengkuk dia tercedera. Esther cuba membunuh Daniel dengan menghentak kepala Daniel dengan batu sebelum dihalang oleh Max. Esther sekali lagi cuba membunuh daniel di hospital dengan menekup bantal ke muka Daniel. Semasa doktor sedang berusaha untuk menyelamatkan Daniel, Kate dengan penuh rasa marah telah memukul Esther sehingga jatuh dan dia di berikan sedative oleh doktor.
Pada sebelah malamnya pula, Esther mencuba untuk menggoda John yang sedang mabuk dan bersedih. John sedar yang segala-gala percakapan Kate adalah betul yang ingin menghubungi rumah anak-anak yatim. Esther menjadi marah dan telah porak-perandakan biliknya dan kemudiannya menikam John sehingga mati. Max telah menyaksikan perbuatan Esther dan dia bersembunyi di dalam bekas laundry.
Apabila kate telah mula sedar, dia menerima panggilan daripada Director Saarne Institute, Dr. Värava (Karel Roden) yang membongkar usia sebenar Esther (iaitu 33 tahun) yang nama sebenarnya ialah Leena Klammer. Leena mengalami hypopituitarism yang menyebabkan tumbesarannya terbantut dan seringkali menyamar sebagai anak kecil. Doktor tu jugak bagitau yang Esther ini merbahaya dan Kate harus kembali ke rumahnya untuk mengambil anaknya (Max dan Daniel). Kate bergegas ke rumah dan tangannya ditembak Esther sebelum dia mencari Max.
Mampukah kate menyelamatkan dirinya dan keluarga daripada kecaman Esther?
Spoiler (amaran: jgn baca klu nk tonton cite ni!)
Ending wayang nih..Heheehee..
Pergelutan mereka sehingga ke luar rumah di atas sebuah kolam beku, dimana Kate dan Esther bergelut sebelum mereka jatuh ke dalam lubang di atas kolam itu. Kate bertindak dengan keluar daripada lubang kolam diikuti dengan Esther yang memminta simpati dengan memanggil kate 'Mommy'. Kate dengan marah membalas balik yang dia bukannya mak Esther dan menyepak muka Esther, menyebabkan leher Esther patah dan menolaknya kembali ke dalam kolam supaya Esther mati lemas.Ending wayang nih..Heheehee..
Pandangan Kitaorg
Filem seram memang banyak sekarang ni kat panggung wayang tempatan. Ada banyak pilihan untuk korang dan salah satu pilihan penggemar filem seram kitorang sarankan tengok wayang 'Orphan' ni. Memang kelasss lah wayang nih..Kitaorg Rase... | |
Grafik & Efek | |
Kamera & Cinematography | |
Bunyi & Muzik | |
Jalan Cite | |
Penutup | |
Mesti Tengok? |