Sabtu, 15 Ogos 2009

Setem

yeaba yeaba! happy weekend semua. Buat apa jer hujung minggu nie? kompem banyak program nye kan. owh kepada yg keje weekend nie selamat bekerja la yer. tak dapat la nak menolong. hahahaha. OK kepada mereka yang free hujung minggu nie, aku cadangkan silalah pergi ke panggung wayang untuk tengok citer yang kat atas tu. Citer apa? jeng jeng jeng……..


Aku citer sikit pasal ini story erk!
Citer nie berkisah mengenai Sekeping Setem! Obviously la citer nie pasal setem, dah nama movie pun setem! tak kan pasal ane kedai mamak plak kan? hahahaha..ok back 2 the story ya. Apa yang menarik sangat pasal setem ni? Macam nie, bagi penggemar setem, semakin sikit kuantiti setem yang ada muka bumi ni semakin tinggi la harga setem di pasaran. so nak dijadikan citer, setem yang dimaksudkan ni, cuma ada sekeping jer kat dunia nie! so u do the math la erk. setem ni adalah setem Malaya! masa zaman2 penjajahan dulu…way way way back then!!!

Nak dijadikan citer, setem nie akan dipamerkan di Malaysia buat pertama kalinya. So the media keep on buzzing la about the Setem kan. so apabila dah dikecohkan oleh para media, secara tak langsung telah menarik beberapa geng-geng amatur utk mencuri setem tu. So kisah pun bermula.

Ok nie geng yang pertama. GENG ANAK YATIM! terdiri daripada Rashidi Ishak (Sid), Afdlin (Joe) & Datuk Aziz Satar (Pak Ramli). Kenapa panggil Geng Anak Yatim? hah sebab Sid & Joe dibesarkan di sebuah rumah anak yatim yang diusahakan oleh Pak Ramli. Kenapa diaorang nie nak mencuri setem tu? pegi la tengok citer nie sendiri erk! BTW Sid act as narrator dalam citer nie!

nie plak GENG TOSAI! Sathiya (Vellu) & Indi Nadarajah (Mani). Mani nie bekas penjenayah! baru beberapa jam kuar penjara sudah plan nak curik setem tu dengan bantuan Vellu. Vellu nie keje security yang jaga setem tu! Sathiya dalam ni sangat la klakar!!! hahahahaha. Watak dia cam celakak aje. I LIKE!!! Pun nak curik setem tu.

GENG PIRANHA! Geng Kongsi gelap cina. Terdiri daripada Adam Corrie Lee (Lao), Bront Palarea (Burn) & Chew Kin Wah (Leader Geng Piranha, Lim). Team nie pun nak curik setem tu. Tapi tag team ngan Geng Anak Yatim!

memperkenalkan GENG BAKSO! Di import dari indonesia. Bagi aku team nie team yang just pelengkap rasa jer utk citer nie. But stil needed la. hmmm. Harun Salim Bachik as Marcello & Isma Yusoof plak as Aryanto. Aryanto nie datang ke Malaysia secara haram! n secara tidak segaja terlibat dalam proses mencuri setem ni. The wrong place at the wrong time! Satu geng yang tak merancang nak curik setem!

Ni plak yang TERANANYIA! Que Haidar (iskandar) sorang buta and Vanidah Imran (Alliyah) berlakon as kakak iskandar. diaorang nie memang langsung tak berniat nak terlibat. tapi akibat daripada takdir, setem tu akhirnya melekatkan si iskandar masa nak naik bas dan digunakan kakaknya utk mengepos surat! hahahahaha

Cameo darik Aziz M osman…..pastu ada gak beberapa artis lain yang wat cameo. Cam Jalalludin Hasan, Azwan Ali and ada few lagi la…

so macam-macam kejadian la yang berlaku. Bila satu geng dah dapat setem tu, mesti ada benda yang berlaku sampai setem tu bertukar kat geng yang lain.

Last-last diorang dapat tahu yang setem tu sebenarnya……………………….(tgk la sendiri kat wayang erk!) hahahahahahaha

KENAPA PERLU PEGI TENGOK?
  1. Super Funny. Worth every cents!!!!!
  2. Sangat mendukung prinsip 1 Malaysia! Semua bangsa utama ada kat dalam citer nie. Cakap Cina! Cakap Tamil! Cakap Omputih! Cakap Melayu! Memang Malaysia Flavour la.
  3. Lawak dia xsama ngan lawak senario mahupun apek!!!
  4. kalo siapa yang ada banyak stress tu pegi la tengok citer ni….Sure stress ilang!!!
  5. Banyak Lagi la…..

*contribute by Nor Azrin Shah bin Ramli (Tayangan Unggul)

Kitaorg Rase...
Grafik & Efek
Kamera & Cinematography
Bunyi & Muzik
Jalan Cite
Penutup
Mesti Tengok?