Rabu, 26 Ogos 2009

Jin Notti (2009)


Ramai yang aku rase tertunggu-tunggu nak tengok filem lakonan Fara Fauzana dengan Mawi 'World' ni. Filem ini akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 20 September 2009. Yelah, ramai peminat Fara Fauzana yang nak tengok DJ Hot FM yang HOT ini menjiwai lima karakter dalam filem ini iaitu Notti, Ruby, Eyyonne, Shahrifah Qistina dan Mimi (Gempak btul..).

Untuk filem Jin Notti, KRU Studios telah pun bekerjasama dengan Telekom Malaysia Berhad (TM) sebagai pakatan perniagaan yang lebih strategik bukan sahaja untuk promosi filem tetapi bagi menarik pelanggan TM. Tradisi itu diteruskan dengan Jin Notti yang diarahkan oleh Azhari Zain (pembantu pengarah cicakman 1 dan 2) dan disokong oleh Yusri Abdul Halim sebagai penyunting yang menggunakan teknik imej penjanaan komputer (CGI).

Jin Notti yang dibintangi oleh Mawi 'World' sebagai Aziz, Fara Fauzana (Notti), Cat Farish (Jinbara), Bob Lokman (Jin Samsu), Adibah Noor (Sofea Jin), Acappan (Jingam), Hafidzuddin Fazli (Nesti), Corie (Taiko), Sazzy Falak (Zulu), Sheila Mambo (Ibu Zulu), Betty Benafe (peguam bela) dan David Teo (ketua kongsi gelap). Jin Notti banyak berkisarkan tentang dunia jin yang menjadi kepercayaan dalam masyarakat Malaysia.






Summary

Notti, anak jin yatim-piatu yang berusia 117 tahun menghadapi hukuman paling berat di dunia jin yang di panggil “All Alone” oleh Majlis Penghakiman Jin yang di ketuai oleh Jin Samsu. Kecuali dia mampu melepasi satu ujian – membuat cukup kejahatan hingga penuh ‘skala kenakalannya.’

Dengan pertolongan Jinbara – peguam Notti – Notti dihantar ke dunia manusia untuk melakukan kejahatan. Dia dimasukkan ke dalam badan seorang remaja ‘punk’, seorang gangster perempuan sebelum akhirnya diberi kawalan ke atas makhluk paling jahat dalam dunia manusia – peguam.

Notti memasuki tiga tubuh manusia yang mempunyai sifat yang berbeza.

1. Ruby – seorang gadis remaja punk dari keluarga berpecah belah yang nakal dan liar

2. Y’vonne – seorang perempuan berbangsa Tiong Hua dan teman wanita kepada sebuah kongsi gelap yang membuat aktiviti menjual VCD cetak rompak, memeras ugut dan meminta wang perlindungan

3. Sharifah – seorang peguam sofistikated yang sering membela penjenayah

Kenakalan yang dilakukan oleh Notti harus melepasi skala kenakalan yang dipakaikan dipergelangan tangannya. Notti ditemani oleh peguamnya Jinbara sepanjang dia menjalani hukuman di dunia manusia sebagai penasihat untuk terus melakukan kenakalan.

Sepanjang perjalanannya, Notti mula jatuh cinta pada seorang lelaki yang dijumpai di tiga tempat yang berbeza iaitu Aziz dan terjumpa dengan seorang lelaki yang mungkin adalah ayahnya. Berjayakah Notti dengan cintanya? Mampukah dia berjumpa ayahnya yang telah lama menghilang?

Semuanya berakhir dalam satu perbicaraan agung di dunia manusia dan di dunia jin.


Spoiler (amaran: jgn baca klu nk tonton cite ni!)


Pandangan Kitaorg

Kitorang rase, elok la korang tengok wayang ni sebab wayang ni genre lawak..so, kalau korang penat kerja ke blajar ke, bleh relaks2 di dalam panggung wayang yang sejuk dan nyaman sambil disajikan lawak-lawak yang mencuit hati..Hehee..


Kitaorg Rase...
Grafik & Efek
Kamera & Cinematography
Bunyi & Muzik
Jalan Cite
Penutup

Mesti Tengok?