Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Momok adalah pencetus kepada genre filem seram di Malaysia ni. After Momok, lahirlah filem genre seram lain seperti Pontianak Harum Sundal Malam, Pontianak Menjerit sehinggalah filem seram box-office yang mendapat sambutan hangat iaitu Jangan Pandang Belakang.
Momok dicipta berdasarkan cerita rakyat yang pasti mampu mengembalikan nostalgia kita yang selalu dengar banyak cerita seram dan yang dibaca didalam mastika. Cerita ni dikatakan berdasarkan cerita dan diorang pun guna tempat kejadian sebenar.
Summary
Kisahnya Bermula ..
Adlin yang bekerja di Bintulu, Sarawak, pulang ke kampungnya untuk bercuti. Seperti biasa, setiap kali pulang ke kampung, Adlin akan bertandang ke Warung Pak Ajis untuk menikmati Mee Calong dan bersembang kosong. Kepulangannya kali ini untuk bertemu ibunya Mak Ton, adiknya Isham dan Esah setelah berada enam bulan di Bintulu telah membawa satu pengalaman yang tidak akan dilupakan oleh beliau sepanjang hayatnya.
Bersama, Kadir, teman sekampungnya, Adlin telah ke warung Pak Ajis. Malam tersebut, selesai solat berjemaah di surau, Adlin dan Kadir ke warung Pak Ajis. Pelbagai insiden dan petanda yang seolah-olah menunjukkan sesuatu yang tidak baik akan berlaku. Setelah sampai di warung Pak Ajis yang terletak di tepi tebing sungai di hujung kampung, seperti biasa mereka mula bersembang sehinggalah kepada cerita mengenai kisah-kisah seram. Pak Ajis, Adlin dan Kadir juga mendapat teman bercerita, Noniswara, gadis India pekerja kilang yang di ganggu peristiwa seram menaiki bas tanpa pemandu ketika pulang dari kerja pada malam tersebut.
Peristiwa seram serta perasaan gemuruh yang mereka alami akibat dari cerita-cerita seram bukan lagi sekadar cerita dan ilusi tetapi bercampur aduk dengan realiti. Bagi Adlin, peristiwa ternampak sekumpulan orang mengusung keranda, bayangan arwah ayahnya haji Lah dan kata-kata ibunya, Mak Ton, bahawa Pak Ajis mengalami sakit jiwa setelah kematian isterinya Mak Temah mula menampakkan kaitannya.
Selalunya mereka yang lemah semangat mudah di ganggu oleh `hantu’. Tanpa Adlin sedari, `hantu’ yang beliau takuti sebenarnya wujud ‘bersama’ beliau dan rakan-rakan di sepanjang malam mereka bercerita. Bagaimana mungkin Pak Ajis menjadi `hantu’ sedangkan beliau masih hidup? Kalau bukan Pak Ajis hantunya, manakah hantu yang ditakuti? Mustahil? Namun begitu, tiada yang mustahil di dunia ni.
Cerita kisah Pontianak, Pochong, Orang Bunian, Badi Mayat (“Mohini”/Chandra Murke – Legenda hantu masyarakat Hindu),Mayat Hidup Di Langkah Kucing Hitam dan Sampuk menjadi penglipurlara mereka berempat malam itu.
layan trailer ni ckit tengok korang ade bran tak. Hahahaa.
Spoiler (amaran: jgn baca klu nk tonton cite ni!)
Takde ape yg spoiler sangat. Macam biase, cerita ni banyak terkejutnyer. So, sape yang lemah jantung tu, sila bersiap sedia dengan nurse atau pembantu. Standby nak wat CPR. Hehee. Yang ade asthma plak, jgn lupe bawak korang punyer ubat sedut tu (lupe plak ape namenye).
Pandangan Kitaorg
Aku rase la kan, cite ni pun best tengok kalau kat wayang. Yela, sape yg ade tengok vcd momok ni dulu, konfem susah nak tido malam kan?kan? aku pun hampir x tido malam. Time tengok tu umur kecik lagi. Hehehee.Kepada peminat Nabil Raja Lawak 2, dia berlakon dalam wayang ni. Dato Aziz Satar pun ade. So, tengoklah kat panggung wayang berdekatan pada 22 September ni. Jom wayang!;)
Kitaorg Rase... | |
Grafik & Efek | |
Kamera & Cinematography | |
Bunyi & Muzik | |
Jalan Cite | |
Penutup | |
Mesti Tengok? |