Isnin, 8 November 2010

Filem Melayu Cintan: Cuti-cuti Cinta


Summary
Eava Ealiana merupakan seorang pengarah disebuah syarikat kepunyaan bapanya, Tan Sri Zaini. Sebagai anak tunggal kesayangan, Eava dilimpahi dengan penuh kasih sayang dan kemewahan. Apabila dewasa, Eava yang berkelulusan luar negeri bekerja di syarikat ayahnya. Eava merupakan seorang yang terlalu cerewet tentang segala-galanya, sombong dan suka membangga diri. Sering membebel jika tidak puas hati dan sangat tegas. Pekerja-pekerjanya lebih takutkan Eava berbandibng ayahnya. Tan Sri Zaini mempunyai seorang kawan rapat, Datuk Hamzah yang mempunyai seorang anak lelaki, Remy. Remy seorang playboy yang cuma tahu menghabiskan harta ayahnya sahaja. Remy dan Eava disatukan atas tujuan perniagaan dan niat Datuk Hamzah membolot harta Tan Sri Zaini.

Suatu hari Eava terserempak dengan Remy yang sedang bermesra bersama seorang wanita. Eava marah, lalu menumbuk Remy dan terus berlalu. Kecewa dengan tindakan Remy, Eava memandu keretanya tanpa tujuan lain, hanya semata-mata ingin melarikan diri daripada Remy dan masalah yang dihadapinya. Dia terus memandu sehingga sampai di sebuah hotel di tepi pantai. Setelah membuat tempahan, Eava masuk ke bilik tetapi tidak berpuas hati dengan keadaan bilik hotel itu. Dia memanggil pengurus hotel itu, En. mahmod dan memberi komen terhadap berberapa perkara. Walaupun dah dibetulkan, dia masih tak puas hati dan bagi komen lagi. Omar Rudy seorang lagi pekerja yang menawarkan dirinya untuk memuaskan hati Eava. Eava suruh Omar Rudy buat macam2 ikut suka hati dia. Akhirnya Eava berpuas hati dengan biliknya itu.

Esoknya, Eava memandu keretanya mengelilingi kawasan hotel. Eava sampai di sebuah kampung nelayan dan ternampak Omar rudy, Fausrina, Maliq dan Kris Dayana di dalam bot sedang bersiap-siap untuk pergi ke laut. Eava bertanya apa yang mereka buat dan mereka hanya memberitahu Eava mereka tinggal di kampung dan menjadi nelayan membantu bapanya selain dari bekerja di hotel tersebut. Eava sindir diorang dengan berkata mereka terpaksa melakikukan dua kerja untuk mencari makan. Eava juga memperkecilkan kerja nelayan kerana menurut Eava, kerja nelayan adalah satu kerja yang mudah kerana tidak perlu berfikir jika dibandingkan dengan kerjanya sebagai pengarah syarikat.

Omar Rudy pun geram lalu mencabar Eava mengikutnya pergi ke laut menangkap ikan. Eava bersetuju. Maka mereka pun pergi ke laut untuk menangkap ikan dan Eava mengalami berbagai-bagai kesukaran dan berlaku berbagai-bagai perkara lucu. Sejak hari itu, banyak lagi kejadian yang berlaku akibat pertentangan gaya hidup dan pemikiran dua golongan ini. Eava masih lagi dengan sikap berkeras hati dan sentiasa mencari jalan mengenakan Omar Rudy dan kawan-kawanya.

Sementara itu di Kuala Lumpur, ibu bapa Eava dan Remy sibuk mencari Eava. Setelah mereka mengetahui dimana Eava berada. Mereka segera pergi ke hotel tersebut. Tiba di hotel tersebut, En. Mahmood memberitah mereka, Eava dan Omar Rudy pergi ke lautdan jika mereka ingin mengetahui lebih lanjut, mereka harus berjumpa ibu bapa Omar Rudy. Mereka pergi ke kampung nelayan dan berjumpa dengan ibu bapa Omar Rudy . Eava dan Omar Rudy berjalan-jalan mengelilingi pulau-pulau yang ada di sekitar itu dengan menaiki bot. Tiba-tiba di tengah laut, bot mereka rosak.

Oleh kerana cuaca tidak elok dan angin yang kuat, tiba-tiba bot mereka dipukul ombak yang kuat, rosak dan terdampar di sebuah pulau yang tiada orang. Omar Rudy hubungi Kris tetapi Kris memberitahu bantuan hanya akan sampai esok kerana cuaca tidak elok. Jadi mereka hanya menunggu sampai hari esok.remy bertambah geram dan mula menyalahkan semua orang dan Tan Sri Zaini dan Puan Sri malu dengan sikap Remy. Di pulau itu, mulut Eava hanya membebel menyalahkan Omar Rudy tetapi Omar tetap bersabar. Omar Rudy mula mencari makanan, membuat tempat untuk mereka berteduh tetapi Eava tetap membebel kerana terpaksa makan dan bermalam di situ.

Apa yang terjadi seterusnya? Tunggu sajela crita ni kena tayang 21 oktober 2010 ni.

Pandangan Kitaorg
Bolehla layan tengok citer ni dengan awek..=) 


Kitaorg Rase...
Grafik & Efek
Kamera & Cinematography
Bunyi & Muzik
Jalan Cite
Penutup
Mesti Tengok?
Baca lagi......

Filem Musikal Melayu: Magika



Summary
Dua beradik Ayu dan Malik kehilangan ibu mereka selepas pembedahan dilakukan untuk menyelamatkan Malik. Malik rasa tertekan dan bersalah kerana percaye dialah yang menyebabkan ibunya mati.

Pada suatu senja lepas Malik gaduh dengan kakaknya Ayu yang sungguh ayu tu (diana danielle tu...), dia lari menyorok didalam hutan lalu dia terdengar suara nyayian yang datangnya dari dalam perigi. Dia pun tengoklah dalam perigi tu sampai tiba-tiba jatuh kedalamnya. Sedar-sedar dia dah ada kat dalam dunia lain yang dikenali Magika.

Tak lama pun dia sedar, dia ditangkap oleh nenek kebayan dan pembantunya Awang Kenit untuk dijadikan ramuan ubat Awet Mudanya. Ayu mencari Malik dan dia terdengar tangisan Malik lalu sampai ke perigi itu dan dia masuk ke dalam perigi tu jugak dan akhirnya ke Magika jugak.

Ayu terpaksa menghadapi banyak cabaran dan halangan utk mencari adiknya. Dia telah menjumpai hero kisah lama Badang, Naga Tasik Chini, Nenek Kebayan, Puteri Bunian, Pak Pandir, Hnag Tuah dan sahabat-sahabatnya, Puteri Gunung Ledang, Bawang Putih dan ramai lagi.

Ayu akhirnya berjaya menyelamatkan Malik dengan bantuan Badang. Apakah penamat cerita ini? Tengok sendiri la ye..hehheh..Filem ni merupakan filem muzikal tempatan pertama di Malaysia.

Spoiler (amaran: jgn baca klu nk tonton cite ni!)
 

Ayu dan Malik berjaya keluar dari Magika dengan bantuan Badang (Mawi). Pastu Ayu rindukan Badang.

Pandangan Kitaorg

Agak ngantuk jugalah cerita ni. So, yang lelaki tu, kalau nak bawak awek tengok memang ok. Tapi kalau saje2 je, memang tido la nanti. Hehheh.. 
 
Kitaorg Rase...
Grafik & Efek
Kamera & Cinematography
Bunyi & Muzik
Jalan Cite
Penutup
Mesti Tengok?
Baca lagi......

Selasa, 2 Februari 2010

Pisau Cukur 2009



Satu lagi wayang tempatan yang akan menjengah dan merempuh panggung-panggung wayang tempatan! Pasti si gadis-gadis, makcik-makcik dan awek-awek taknak ketinggalan untuk nengok wayang ni kat panggung wayang pada 5 November 2009..

Mengisahkan tentang dua orang gadis pisau cukur, Bella dan Intan, bertembung dengan tiga orang Datuk, tiga orang isteri Datuk, dua orang anak Datuk, seorang detektif dan seorang peminat setia Bella di atas sebuah kapal mewah.

Menampilkan pelakon-pelakon yang hebat dan berbakat besar di dalam industri perfileman tempatan.

Pelakon utama:
Intan - lakonan Nur Fazura
Bella - lakonan Maya Karin
Datuk Hisham - lakonan Eizlan Yusof
Faqir - lakonan Redza Minhat
Ari - lakonan Aaron Aziz


Pelakon pembantu:

  • DATO RAHIM RAZALI sebagai Datuk Zakaria
  • KHATIJAH TAN sebagai Datin Wahidah
  • UMIE AIDA sebagai Naini
  • SHARIFAH SOFIA sebagai Sal
  • LIYANA JASMAY sebagai Suri
  • NAS-T sebagai Johan
Penampilan khas:

  • AFDLIN SHAUKI
  • NORMAN KRU
  • NABIL RAJA LAWAK
  • RADHI KHALID
  • RAFIDAH ABDULLAH
  • KARTINI ARIFFIN
  • NABILA HUDA
  • YASMIN YUSUFF
  • OTHMAN HAFSHAM
  • BERNICE CHAULY
  • ELAINE PEDLEY
  • HENRY GOLDING
Ha...tengok je barisan pelakon yg membintangi wayang kali ni macam best jer kan? kan? So...jangan lepaskan peluang tengok wayang ni tau..confirm best! (^-^) kite layan trailer wayang ni dulu..amik feel sikit...=)








Kitaorg Rase...
Grafik & Efek
Kamera & Cinematography
Bunyi & Muzik
Jalan Cite
Penutup

Mesti Tengok?

Baca lagi......

Isnin, 5 Oktober 2009

Lembing Awang Pulang Ke Dayang


Filem epik melayu yang tidak kurang hebatnya..korang penah bace buku cerita Lembing Awang Pulang Ke Dayang? Filem sulung terbitan Dayang Digital Sdn. Bhd. ni terpaksa ditangguhkan penyiarannya di panggung-panggung wayang tempatan selama 5 tahun kerana mengalami masalah terutamanya kos yang bertambah dari RM1.5 menjadi 1.8 juta..

Barisan pelakon yang membintangi filem ni adalah:

Farid Kamil : Awang (pelakon utama)
Siti Elizad : Dayang (pelakon utama)
Zul Huzaimy : Bachuk (pelakon utama)
Lynette Ludi : Claudia (pelakon utama)
Hattan : Panglima Merah (pelakon utama)
Aziz M. Osman : Dekar Agas & Raja Muda Bugis (Pelakon Pembantu)
Dato' Mustapha Maarof : Pak Ngah (Pelakon Pembantu)
Kuswadinata : Pak Long (Pelakon Pembantu)
Khir Rahman : Nakhoda Galigor (Pelakon Pembantu)
Datin Hajah Rosnani Jamil : Mak Ngah (Pelakon Pembantu)
Uji Rashid : Mak Long (Pelakon Pembantu)
M.Rajoli : Orang Kaya Aris (Pelakon Pembantu)

Layan trailer filem ni dulu..=)



Summary

Wayang kali ini diilhamkan dari kisah 'Lembing Awang Pulang Ke Dayang', sebuah hikayat lama yang berlaku di hujung kurun ke-18 di negeri Johor (kat muar atau batu pahat). Hikayat ni amat terkenal kerana peristiwa berdarah yang meragut 99 nyawa telah berlaku. Wayang ni mengisahkan mengenai Awang yang ingin mengahwini kekasih hatinya tetapi terpaksa menyempurnakan adat dengan mengembara selama 3 tahun. Di sepanjang perjalanan, dia berjumpa beberapa orang dimana dia berpeluang menimba ilmu, menjalin persahabatan dan menerima penghormatan. Awang mula memahami dan mempelajari erti hidup yang sebenar serta dia telah mengetahui tentang sejarah kebesaran keluarganya.

Selama Awang mengembara, hati tunangnya cuba diusik oleh Bachok dengan dibantu oleh guru silatnya, Panglima Merah, ex-ketua lanun yang amat digeruni di perairan laut Selat Melaka. Setelah menempuh pelbagai dugaan dan cabaran, Awang dianugerahkan dengan 2 bilah lembing pusaka yang diberi nama Lembing Laki dan Lembing Bini.

Pelayaran Awang membawanya ke pelabuhan Makasar dimana dia melihat peluang untuk memenuhi cita-citanya berada di depan mata. Dapatkah awang mempertahankan cintanya terhadap dayang setelah digoda oleh gadis Belanda? Sesampai di Goa, dapatkah Awang menemui tatasusila keturunannya?

Saksikan wayang epik ini di pawagam tempatan bermula 22 Oktober 2009! (^_^)


Spoiler (amaran: jgn baca klu nk tonton cite ni!)
Filem epik dah lame tak keluar kat wayang tempatan. So, Tengoklah ramai-ramai. (",)
Bace sedikit cerita sejarah mengenai Lembing Awang Pulang Ke Dayang disini:
Sejarah lembing awang pulang ke dayang

Pandangan Kitaorg
Seperti yang kitorang cakapkan, filem epik dah lame tak keluar kat wayang tempatan. Yang selalu ade kat teater contohnya Puteri Gunung Ledang dan macam-macam lagi la. Pelakon filem ni pun mantap dan terkenal jugak. Farid Kamil, Siti Elizad, Hattan, Aziz M. Osman, M. Rajoli, Uji Rashid dan lain-lain. Tak rugi punyer tengok cerita ni. (^,^)


Kitaorg Rase...
Grafik & Efek
Kamera & Cinematography
Bunyi & Muzik
Jalan Cite
Penutup

Mesti Tengok?

Baca lagi......

Jumaat, 4 September 2009

The Final Destination 4 (2009)

Ha..cerita seram all time feveret dah start ditayangkan kat pawagam..Sape yang tak pernah tengok Final Destination ni memang rugi betul sebab seramnyer memang tahap gaban la orang cakap..lagi-lagi diorang buat 3D..korang bayangkanla sendiri..Hahahaa..

Siri-siri "The Final Destination" jadi lebih superb dan meletup dengan siri yang keempat ni, filem ini diketuai oleh pasukan penerbitan untuk filem kedua dahulu-- pengarah David R Ellis dan penulis Eric Bress. Francais Barisan Baru akan dipersembahkan buat kali pertamanya dalam bentuk 3-D dengan memfokuskan seorang remaja yang mengelak satu perjalanan maut di sebuah trek lumba, tetapi dia telah mendapati bahawa kematian mempunyai caranya untuk menyamakan kematian mereka yang terselamat. Shantel VanSanten, Bobby Campo, dan Hayley Webb membintangi sequal filem ini.

Layan preview wayang ni jom! (o_0)



Summary
Nick dan beberapa orang kawan pergi ke trek lumba untuk menonton perlumbaan kereta pada hujung minggu. Hujung minggu yang sepatutnya menyeronokkan, Nick O'Bannon mendapat satu firasat (vision) yang amat menakutkan, kemalangan ngeri akan merempuh penonton pada kelajuan 180 mph. Penonton akan memercik dan menjadi cebisan-cebisan daging, seorang gadis putus kepala akibat dihenyak dengan tayar yang berterbangan, letupan besar berlaku, dan akhirnya seluruh bahagian atas stadium itu runtuh menimpa penonton. Kemudian Nick menemui ia hanya satu vision yang hampir akan berlaku, dan dia mendapat dirinya mengalami mimpi buruk ngeri Nick menjadi cemas, dia mendesak teman wanitanya, Lori, dan rakan-rakan mereka, Janet dan Hunt, untuk meninggalkan stadium itu. Kira-kira 12 orang berjaya dikeluarkan oleh Nick daripada stadium sebelum mimpi buruknya benar-benar berlaku. Tetapi Death pulang semula untuk mengambil nyawa orang yang terselamat, dengan kemalangan-kemalangan aneh menjadi lebih kejam daripada sebelum ini.

Diorang fikir diorang dah berjaya menipu kematian, kumpulan yang terselamat tu mempunyai satu kontrak kehidupan baru, tetapi malangnya untuk Nick dan Lori, ia hanyalah satu permulaan. Orang yang terselamat mula mati satu persatu dalam beberape siri nahas yang amat mengerikan (bukan menggelikan tau)--Nick yang mula berasa takut mesti mencari jalan bagaimana caranya untuk menipu kematian sebelum tiba giliran dia sampai ke destinasi akhirnya, dan seterusnya. Filem yang terkini dalam amat popular "Final Destination" merupakan antara filem thriller 3D pertama, ia pasti akan memberikan kedahsyatan serta kengerian tahap maksima kepada penonton kerana korang akan terasa yang korang ade dengan diorang.

*summary ni mengandungi sedikit spoiler..(^_^)

Spoiler (amaran: jgn baca klu nk tonton cite ni!)

Ha..nak spoil apenyer..tengok la sendiri..hahahaa..=p

Pandangan Kitaorg
Memang jangan miss la tengok wayang nih..Korang nak tengok darah tersembur-sembur pun ade..Tak percaye? Jom layan Wayang ni..3D tu beb..


Kitaorg Rase...
Grafik & Efek
Kamera & Cinematography
Bunyi & Muzik
Jalan Cite
Penutup

Mesti Tengok?

Baca lagi......

UP 2009


Pernah tak mase kecik-kecik dulu korang ikat something dengan belon so that barang tu terbang? Ade salah sorang dari kitorang yang pernah ikat belon kat action figure superman dia dan mengharapkan dapat terbang tinggi..pastu nak dijadikan cerita, memang terbang..tapi nasib baik tak jauh..klu tak, terjelupuk aku kat situ..Ni kan lagi nak terbangkan rumah sebesar 2 rumah teres? Tak logik dek akal dan sebab tu lah diorang wat cerita kartun jer..Tapi memang gempak sebab wat 3D..nampak timbul betul..Huyooooo~

Moh kite layan preview wayang up ni..jom! (^_^)




Summary
Carl Fredericksen merupakan sorang budak lelaki yang mempunyai impian untuk menjadi seorang pengembara sebagaimana dia melihat kisah penjelajah Charles Muntz. Carl seorang pendiam dan pemalu, tetapi minatnya kepada Muntz telah menemukan dia dengan Ellie, seorang budak perempuan yang bergaya dan berani. Mereka menubuhkan satu pasukan yang hebat dan seterusnya mereka mengambil keputusan untuk berkongsi nyawa mereka bersama (kahwin la tu).

Daripada alam sekolah rendah kepada sekolah tinggi dan beralih pula ke alam kedewasaan, Carl dan Ellie tidak dapat dipisahkan, setiap saat mereka berkongsi kegembiraan dan kesedihan bersama dan pernah pada satu ketika mereka bermimpian untuk mengembara ke dalam kawasan terpencil Amerika Selatan sama seperti wira mereka, Muntz suatu hari nanti. Tetapi akibat bebanan kerja dan masalah kesihatan serta banyak perkara-perkara lain mengganggu impian mereka tu, dan Carl dan Ellie saban tahun semakin bertambah tua dan tidak pernah sekalipun mempunyai peluang untuk melawati hutan Amerika Selatan. Dan kemudian, dengan sedih, Carl menjadi seorang duda disebuah rumah kecil cantiknya serta ditemani kenangan-kenangan indah Ellie.

Malang memang takde bau tapi memang terasa , rumah Carl betul-betul kat dalam kawasan laluan pembinaan baru. Kerana tidak mampu untuk menetap secara sah, Carl dapat satu idea tak masuk akal untuk memastikan rumahnya tak dirobohkan. Dengan berlandaskan pepatah 'sambil menyelam minum air', dia mahu melawat Amerika Selatan sebelum ia terlambat sambil mengalihkan rumahnya daripada lokasi sekarang. Penyelesaiannya: pasang beribu-ribu belon dipenuhi gas helium kat bumbung rumahnyanya dan mengapungkannya. Dia juga mencipta untuk memandu rumahnya di udara.

Tetapi Carl gagal untuk mempertimbangkan kehadiran seorang budak Wilderness Explorer yang bernama Russell. Russell tidak tahu apa yang Carl rancangkan dan dia berada kat anjung rumah Carl semasa rumah tu tengah melancar naik ke udara. Dengan tiada cara untuk melandingkan rumah dan Carl telah setkan Amerika Selatan sebagai tempat mendarat, Carl dan Russell terpaksa menjelajah bersama-sama. Mendarat sedikit awal dari tempat mendarat sasarannya - Paradise Fall - Carl dan Russell mesti menarik rumah itu (dengan belon-belon masih melekat) satu atau dua batu jauhnya untuk ke tempat yang tepat.

Dalam perjalanan terakhir ke tempat mereka berehat, mereka terserempak dengan seekor burung eksotik yang sangat besar dan Russell menamakannya Kevin (mengapa? takde sape yang tahu) dan seekor anjing yang terlalu mesra dinamakan Dug (bukan Doug). Dug memakai satu kolar yang membolehkan pemikirannya diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, satu plot yang terlalu lucu dimana Dug menginginkan sebuah filem yang hanya untuk dirinya.

Jadi, kini mereka di Amerika Selatan dan itu memang ape yang sepatutnya berlaku mengikut apa yang Carl telah rancangkan, betul? Tidak. Bahaya mula mendatang dari setiap penjuru untuk mendapatkan Kevin, dan ia bergantung kepada Carl, Russell, dan Dug untuk memastikan burung luar biasa itu selamat.

Spoiler
(amaran: jgn baca klu nk tonton cite ni!)


Kalau korang dah bace summary kat atas, ade sedikit2 spoiler yang kitorang selitkan..Bace balik kalau nak tau..=p endingnyer? burung rare tu selamat la...(0,O)

Pandangan Kitaorg
Eloklah tengok wayang ni before dah tutup kat panggung wayang tempatan..Memang layan abis bagi sesiapa nak layan cerita ni..sesuai untuk semua peringkat umur dan lapisan masyarakat..Bleh gak belajo sambil menonton wayang..Bawak anak-anak, anak sedara, makcik pakcik mahupun atok nenek ke panggung wayang berdekatan anda..(^_-)


Kitaorg Rase...
Grafik & Efek
Kamera & Cinematography
Bunyi & Muzik
Jalan Cite
Penutup

Mesti Tengok?

Baca lagi......