Cinta tak kenal paras rupa, umur mahupun harta. Cinta ibarat kain putih, kita yang mencorakkannya sendiri. Aku tahu ramai korang kat sane yang susah sangat nak lafazkan cinta kat orang yang korang dah jatuh hati. Wayang yang nak di review hari ni pun ade kisah pasal tu la. So, boleh amik iktibar dan wat tips skit. Nak tau tips nya? Pegi cakap I LOVE U kat orang yang korang syok tu time wat ucapan depan satu Kolej! ade berani?!
I LOVE U BETH COOPER menceritakan seorang budak nerd membuat penyataan secara terbuka yang dia menyintai gadis yang paling hot dan popular di kolejnya iaitu Beth Cooper sewaktu ucapan Majlis Graduasi (dia jadi wakil coz terlebih pandai). Yang tak masuk akalnya, Beth datang ke rumahnya dan bermula malam tu Beth nak bagi malam yang terhebat yang pernah dilalui Denis di sepanjang hayatnya.
Jom layan ckit preview wayang nih~ (^_^)
Summary
Kisah ni bermula apabila sorang pelajar lelaki high school yang geek menggemparkan dunia sebab dia meluahkan perasaan cinta dia kat gadis yang paling popular semasa berucap di majlis graduasinya. Korang pasti rase yang dia ni akan kena belasah tak pun kena reject bulat-bulat kan? Tapi kan...Hidup dia mula berubah dan menjadi lebih happy dan interesting.Denis Cooverman (Paul Rust) mungkin ade otak (pandai), keberanian yg dia kurang. Korang bayangkanlah dari awal high school dia dah crush kat minah tu sampai la dia abis belajar. Semasa nak naik ke pentas untuk bagi sedikit kata-kata inspirasi di majlis graduasi, di dah decide nak meluahkan perasaan cinta tahap leleh dia ni kat gadis paling popular - Beth Cooper (Hayden Panettiere). Tanpa logik akal, Beth bagi respon dgn bersetuju datang ke parti di rumah Denis.
Tapi, boyfriend Beth Kevin (Shawn Roberts) bengang sebab trofi kolej dia berpacaran dengan budak paling geek kat kolej. Kevin datang ke parti Denis dan membuat onar (kacau/kerosakan) menyebabkan dia, kawan rapatnya Rich (Jack Carpenter), Beth, and kawan-kawannya Cammy (Lauren London) dan Treece (Lauren Storm) pergi berkelana dengan menaiki kereta Beth.
4 tahun si Denis ni duk terceruk dan duk diam belakang si Beth ni kat kelas, dengan hanya memendam harapan dan mengumpul keberanian diri untuk membuka pekung didada. Kini, disepanjang malam itu dia berpeluang untuk mengenali Beth dengan lebih mendalam lagi. Sekiranya dia survive sampai keesokan paginya, ia tentu menjadi kenangan terindah sepanjang hayat dia.
Spoiler (amaran: jgn baca klu nk tonton cite ni!)
Malam tu macam-macam yang diorang buat. Antaranya melanggar undang-undang, merosakkan harta benda, minun arak banyak2 sampai tak larat nak bangun, keluar sampai lewat malam, bawak kereta laju-laju dan Denis mula belajar bagaimana memikat perempuan.Rosak gak la Denis di dibuat oleh Beth.
Pandangan Kitaorg
Kitorang rase citer ni amat sesuai untuk couple atau kaum Hawa jer. So, bagi korang yang termasuk dalam senarai, pegila tengok citer ni kat panggung wayang sekarang. Citer ni secara amnya feel dia macam tengok wayang 'John Tucker Must Die'. So ape yang kome tunggu lagi tu? jom tengok wayang! (^_^)Kitaorg Rase... | |
Grafik & Efek | |
Kamera & Cinematography | |
Bunyi & Muzik | |
Jalan Cite | |
Penutup | |
Mesti Tengok? |
Baca lagi......