Ade sesiape yang tak kenal M. Subash Abdullah? Seorang penggiat seni yg sangat aktif. Sape yg tengok muvie PENSIL before this, konfem tersentuh dengan lakonan dia ni. Bermula dengan Pensil dan kemudiannya Syirik, Subash bersama penerbit, M Surenthar, terus bekerjasama untuk menghasilkan pula Jomlah C.I.U.M (Carilah Identiti Untuk Malaysia)! Bukan cium yang tu tau..Hehee..
Jomlah c.i.u.m berbeza dengan filem kedua Mannan Subash Abdullah atau M Subash, 39, selepas Pensil. Dalam Jomlah c.i.u.m, dia merupakan, pengarah, penerbit dan juga pelakon utama (filem2 dia yg lain pun dia blakon jugak).
Agama memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan seharian rakyat di seluruh dunia. Memandangkan Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, adalah molek jika wujud kerjasama dan kefahaman yang jitu antara penganut pelbagai agama ini.
Menyedari hakikat ini, Jomlah C.I.U.M! singkatan Jomlah Cari Identiti Untuk Malaysia, akan menyedarkan korang betapa pentingnya perpaduan agama dikalangan rakyat pelbagai bangsa untuk melahirkan sebuah Negara yang bersatu dan mampu dijadikan Negara contoh oleh seluruh dunia.
Jomlah C.I.U.M! bakal ditayangkan di panggung wayang tempatan bermula 23 Julai. Selain Subash sendiri, filem terbabit turut dijayakan Ibrahim Mat Isa, Kenchana Dewi, Maimunah Ahmad dan Wahi Aziz.
Summary
Filem ini mengisahkan usaha seorang Ustaz untuk membina sebuah surau untuk membawa golongan muda-mudi yang sesat ke jalan yang diredhai Allah. Walaupun buta, Ustaz berpendapat hanya dengan agama, segala masalah sosial dapat diatasi.Oleh kerana menghadapi masalah kewangan, Ustaz tu pun bercadang untuk mendapatkan bantuan kewangan dari orang ramai. Ustaz merasa terharu yang amat sangat apabila mendapat berita seorang Sami Buddha dan seorang Paderi Kristian sanggup menolong Ustaz untuk bina surau tersebut demi menerapkan kepentingan agama kepada masyarakat.
Cerita ini juga mengisahkan seorang sami yang menunggu maut dek terkena penyakit barah, cuba menyebarkan fahaman kasih sayang sesama insan, manakala seorang rahib Kristian pula membantu kanak-kanak yang tidak berkemampuan belajar dan mencari masa depan lebih sempurna.
Dipercayai filem ini dapat sedikit sebanyak memberi kesedaran akan kepentingan perpaduan agama untuk mencapai wawasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abd. Razak.
Spoiler (amaran: jgn baca klu nk tonton cite ni!)
Jomlah C.I.U.M dimaksudkan Subash ialah Jomlah Cari Identiti Untuk Malaysia. bukan cium yang korang fikirkan tu. Memang tajuk filem ni bleh mendatangkan kontroversi pun.=pSeperti Pensil, Subash masih menerapkan isu keagamaan dalam filem ini.
Perkara menarik dalam filem ini adalah pelakon utamanya yang membawakan watak ustaz, Ibrahim Mat Isa, 49, adalah golongan kurang upaya (OKU) yang mengambil saorang anak angkat yang sebelumnya adalah penagih dadah. start dari situlah, ustaz mahu mendirikan surau untuk promote nilai-nilai keagamaan bagi menghalang kegiatan tidak bermoral di kampungnya. Usaha ustaz berkenaan mendapat simpati paderi dan sami di kampungnya. Atas sikap saling membantu tidak mengira bangsa dan agama, sami dan paderi itu menghulurkan sumbangan membina surau. Terdapat juga babak sami bersembahyang di kuil, babak bekas penagih mengerjakan solat buat kali pertama dan babak rahib meniup buih sabun dengan kanak-kanak perempuan di dalam filem ni. Pengakhiran cerita juga berkesudahan dengan baik. Cukup menarik dan penuh dengan mesej.
Cuma terdapat kekurangan dari segi kualiti pengambaran. Yela..budget pun cikit.
Bagi peminat filem yang mencari-cari sebuah karya yang berkualiti dari segi penceritaan dan mempunyai citarasa bagi tema 'kemasyarakatan’, maka filem Jomlah C.I.U.M harus ditonton oleh semua tidak kira agama, budaya dan warna kulit kerana filem ini adalah untuk semua.
Wayang yang menelan kos RM200,000 ini dapat anda saksikan di panggung-panggung wayang tempatan mulai 23 Julai ini.
Pandangan Kitaorg
Wayang ni mempunyai jalan cerita yang menarik, penyampaian mesej yang berkesan, dan pengisian yang padat. Berdasarkan filem pensil sebelum ni, aku pasti mesej yang disampaikan dapat mendatangkan kesan mendalam kepada penuntun dan juga dapat menyentuh perasaan dalaman korang baik lelaki mahupun perempuan. Elemen perpaduan amat perlu dititkberatkan oleh penggiat-penggiat filem tempatan, bukan hanya berkisar mengenai masalah sosial remaja jer. (macam formal plak ayat nih)So, tak rugi tengok wayang ni walaupun budgetnyer hanye RM200,000. Tapi, jalan citer sarat dengan mesej dan dapat memupuk budaya kemasyarakatan dan juga perpaduan selaras dengan matlamat 1Malaysia. Kepada semua peminat FILEM malaysia, jangan lepaskan peluang untuk menonton Filem ni. Jom wayang!=)
Kitaorg Rase... | |
Grafik & Efek | |
Kamera & Cinematography | |
Bunyi & Muzik | |
Jalan Cite | |
Penutup | |
Mesti Tengok? |