Isnin, 8 November 2010

Filem Melayu Seram: 2 Alam



Setelah Dr. Rozmey wat promo besar-besaran kat akhbar tempatan, banyak tanggapan yg dikeluarkan. Ade yg cakap Dr. Rozmey gila publisiti, ade yg cakap filem ni memang berkualiti sebab promo kaw-kaw punye dan lain-lain lagi.

Summary

Kisah bermula di sebuah kampung terpinggir yang mana masyarakat sibuk dengan persiapan bagi menyambut ketibaan jenazah Amy@Adam Bin Zainal dari kota. Ketika ibu bapanya, Halimah dan Zainal yang lumpuh bersedih, Uztaz Ishak, teman Adam dari kecil sibuk mengatur urusan. Jenazah tiba bersama kesukaran untuk mengendalikannya. Jenazah Amy menjadi berat dan kaku mengeras mendatangkan kesukaran kepada semua yang ada. Dipaparkan juga kisah hidup Amy yang setelah kembali dari London, hidup bersekedudukan dengan Juan Agustin, juga seorang penyanyi popular yang sama dengannya.Amy dan Juan Agustin hidup dilimpahi dosa serta hiburan melampau tanpa batasan. Akhirnya ketika leka, Juan Agustin disamun dan dibelasah manakala Amy dilarikan lalu dirogol bergilir-gilir oleh tiga pemuda. Juan Agustin selamat lalu melapokan kejadian itu kepada pihak polis. Amy berang kerana tahu bahawa reputasi dan rahsianya mennukar jantina denagn cara pembedahan di masa lalu terbongkar maka terjadilah pergaduhan dengan Juan Agustin yang berakhir dengan perpisahan. Dunia Amy musnah, tertekan, bersendirian dan kecewa. Amy nekad membunuh diri. Turutan dari itu jenazahnya kembali kekampung seperti di awal cerita.. Setelah berjaya mengharungi dugaan, Ustaz Ishaq bersama penduduk kampung membacakan talkin di kemuncak kisah ini.Namun ianya tidak dapat membendung akan dosa berat Amy.

Pandangan Kitaorg
Cerita yang tipikal atau dengan kata lain, biasa je..macam kat cerita drama. Tapi, tak salah kalau hangpa semua pi temgok na..kata support filem malaysia. Wayang Filem Melayu ni harapnya capaila target si Dr. Rozmey tu..Ape2 pun, gudluk utk 2 Alam. =)

Kitaorg Rase...
Grafik & Efek
Kamera & Cinematography
Bunyi & Muzik
Jalan Cite
Penutup
Mesti Tengok?