Isnin, 27 Julai 2009

MOMOK THE MOVIE




Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Momok adalah pencetus kepada genre filem seram di Malaysia ni. After Momok, lahirlah filem genre seram lain seperti Pontianak Harum Sundal Malam, Pontianak Menjerit sehinggalah filem seram box-office yang mendapat sambutan hangat iaitu Jangan Pandang Belakang.

Momok dicipta berdasarkan cerita rakyat yang pasti mampu mengembalikan nostalgia kita yang selalu dengar banyak cerita seram dan yang dibaca didalam mastika. Cerita ni dikatakan berdasarkan cerita dan diorang pun guna tempat kejadian sebenar.

Summary

Kisahnya Bermula ..

Adlin yang bekerja di Bintulu, Sarawak, pulang ke kampungnya untuk bercuti. Seperti biasa, setiap kali pulang ke kampung, Adlin akan bertandang ke Warung Pak Ajis untuk menikmati Mee Calong dan bersembang kosong. Kepulangannya kali ini untuk bertemu ibunya Mak Ton, adiknya Isham dan Esah setelah berada enam bulan di Bintulu telah membawa satu pengalaman yang tidak akan dilupakan oleh beliau sepanjang hayatnya.

Bersama, Kadir, teman sekampungnya, Adlin telah ke warung Pak Ajis. Malam tersebut, selesai solat berjemaah di surau, Adlin dan Kadir ke warung Pak Ajis. Pelbagai insiden dan petanda yang seolah-olah menunjukkan sesuatu yang tidak baik akan berlaku. Setelah sampai di warung Pak Ajis yang terletak di tepi tebing sungai di hujung kampung, seperti biasa mereka mula bersembang sehinggalah kepada cerita mengenai kisah-kisah seram. Pak Ajis, Adlin dan Kadir juga mendapat teman bercerita, Noniswara, gadis India pekerja kilang yang di ganggu peristiwa seram menaiki bas tanpa pemandu ketika pulang dari kerja pada malam tersebut.

Peristiwa seram serta perasaan gemuruh yang mereka alami akibat dari cerita-cerita seram bukan lagi sekadar cerita dan ilusi tetapi bercampur aduk dengan realiti. Bagi Adlin, peristiwa ternampak sekumpulan orang mengusung keranda, bayangan arwah ayahnya haji Lah dan kata-kata ibunya, Mak Ton, bahawa Pak Ajis mengalami sakit jiwa setelah kematian isterinya Mak Temah mula menampakkan kaitannya.

Selalunya mereka yang lemah semangat mudah di ganggu oleh `hantu’. Tanpa Adlin sedari, `hantu’ yang beliau takuti sebenarnya wujud ‘bersama’ beliau dan rakan-rakan di sepanjang malam mereka bercerita. Bagaimana mungkin Pak Ajis menjadi `hantu’ sedangkan beliau masih hidup? Kalau bukan Pak Ajis hantunya, manakah hantu yang ditakuti? Mustahil? Namun begitu, tiada yang mustahil di dunia ni.

Cerita kisah Pontianak, Pochong, Orang Bunian, Badi Mayat (“Mohini”/Chandra Murke – Legenda hantu masyarakat Hindu),Mayat Hidup Di Langkah Kucing Hitam dan Sampuk menjadi penglipurlara mereka berempat malam itu.



layan trailer ni ckit tengok korang ade bran tak. Hahahaa.



Spoiler (amaran: jgn baca klu nk tonton cite ni!)

Takde ape yg spoiler sangat. Macam biase, cerita ni banyak terkejutnyer. So, sape yang lemah jantung tu, sila bersiap sedia dengan nurse atau pembantu. Standby nak wat CPR. Hehee. Yang ade asthma plak, jgn lupe bawak korang punyer ubat sedut tu (lupe plak ape namenye).

Pandangan Kitaorg
Aku rase la kan, cite ni pun best tengok kalau kat wayang. Yela, sape yg ade tengok vcd momok ni dulu, konfem susah nak tido malam kan?kan? aku pun hampir x tido malam. Time tengok tu umur kecik lagi. Hehehee.

Kepada peminat Nabil Raja Lawak 2, dia berlakon dalam wayang ni. Dato Aziz Satar pun ade. So, tengoklah kat panggung wayang berdekatan pada 22 September ni. Jom wayang!;)


Kitaorg Rase...
Grafik & Efek
Kamera & Cinematography
Bunyi & Muzik
Jalan Cite
Penutup

Mesti Tengok?

Baca lagi......

Rabu, 22 Julai 2009

Jomlah C.I.U.M (2009)



Ade sesiape yang tak kenal M. Subash Abdullah? Seorang penggiat seni yg sangat aktif. Sape yg tengok muvie PENSIL before this, konfem tersentuh dengan lakonan dia ni. Bermula dengan Pensil dan kemudiannya Syirik, Subash bersama penerbit, M Surenthar, terus bekerjasama untuk menghasilkan pula Jomlah C.I.U.M (Carilah Identiti Untuk Malaysia)! Bukan cium yang tu tau..Hehee..

Jomlah c.i.u.m berbeza dengan filem kedua Mannan Subash Abdullah atau M Subash, 39, selepas Pensil. Dalam Jomlah c.i.u.m, dia merupakan, pengarah, penerbit dan juga pelakon utama (filem2 dia yg lain pun dia blakon jugak).

Agama memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan seharian rakyat di seluruh dunia. Memandangkan Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, adalah molek jika wujud kerjasama dan kefahaman yang jitu antara penganut pelbagai agama ini.

Menyedari hakikat ini, Jomlah C.I.U.M! singkatan Jomlah Cari Identiti Untuk Malaysia, akan menyedarkan korang betapa pentingnya perpaduan agama dikalangan rakyat pelbagai bangsa untuk melahirkan sebuah Negara yang bersatu dan mampu dijadikan Negara contoh oleh seluruh dunia.

Jomlah C.I.U.M! bakal ditayangkan di panggung wayang tempatan bermula 23 Julai. Selain Subash sendiri, filem terbabit turut dijayakan Ibrahim Mat Isa, Kenchana Dewi, Maimunah Ahmad dan Wahi Aziz.


Ustaz Ibrahim, ustaz buta yang berdakwah sehingga ke dalam Filem.

Summary
Filem ini mengisahkan usaha seorang Ustaz untuk membina sebuah surau untuk membawa golongan muda-mudi yang sesat ke jalan yang diredhai Allah. Walaupun buta, Ustaz berpendapat hanya dengan agama, segala masalah sosial dapat diatasi.

Oleh kerana menghadapi masalah kewangan, Ustaz tu pun bercadang untuk mendapatkan bantuan kewangan dari orang ramai. Ustaz merasa terharu yang amat sangat apabila mendapat berita seorang Sami Buddha dan seorang Paderi Kristian sanggup menolong Ustaz untuk bina surau tersebut demi menerapkan kepentingan agama kepada masyarakat.

Cerita ini juga mengisahkan seorang sami yang menunggu maut dek terkena penyakit barah, cuba menyebarkan fahaman kasih sayang sesama insan, manakala seorang rahib Kristian pula membantu kanak-kanak yang tidak berkemampuan belajar dan mencari masa depan lebih sempurna.

Dipercayai filem ini dapat sedikit sebanyak memberi kesedaran akan kepentingan perpaduan agama untuk mencapai wawasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abd. Razak.

Spoiler (amaran: jgn baca klu nk tonton cite ni!)
Jomlah C.I.U.M dimaksudkan Subash ialah Jomlah Cari Identiti Untuk Malaysia. bukan cium yang korang fikirkan tu. Memang tajuk filem ni bleh mendatangkan kontroversi pun.=p
Seperti Pensil, Subash masih menerapkan isu keagamaan dalam filem ini.

Perkara menarik dalam filem ini adalah pelakon utamanya yang membawakan watak ustaz, Ibrahim Mat Isa, 49, adalah golongan kurang upaya (OKU) yang mengambil saorang anak angkat yang sebelumnya adalah penagih dadah. start dari situlah, ustaz mahu mendirikan surau untuk promote nilai-nilai keagamaan bagi menghalang kegiatan tidak bermoral di kampungnya. Usaha ustaz berkenaan mendapat simpati paderi dan sami di kampungnya. Atas sikap saling membantu tidak mengira bangsa dan agama, sami dan paderi itu menghulurkan sumbangan membina surau. Terdapat juga babak sami bersembahyang di kuil, babak bekas penagih mengerjakan solat buat kali pertama dan babak rahib meniup buih sabun dengan kanak-kanak perempuan di dalam filem ni. Pengakhiran cerita juga berkesudahan dengan baik. Cukup menarik dan penuh dengan mesej.

Cuma terdapat kekurangan dari segi kualiti pengambaran. Yela..budget pun cikit.

Bagi peminat filem yang mencari-cari sebuah karya yang berkualiti dari segi penceritaan dan mempunyai citarasa bagi tema 'kemasyarakatan’, maka filem Jomlah C.I.U.M harus ditonton oleh semua tidak kira agama, budaya dan warna kulit kerana filem ini adalah untuk semua.

Wayang yang menelan kos RM200,000 ini dapat anda saksikan di panggung-panggung wayang tempatan mulai 23 Julai ini.

Pandangan Kitaorg
Wayang ni mempunyai jalan cerita yang menarik, penyampaian mesej yang berkesan, dan pengisian yang padat. Berdasarkan filem pensil sebelum ni, aku pasti mesej yang disampaikan dapat mendatangkan kesan mendalam kepada penuntun dan juga dapat menyentuh perasaan dalaman korang baik lelaki mahupun perempuan. Elemen perpaduan amat perlu dititkberatkan oleh penggiat-penggiat filem tempatan, bukan hanya berkisar mengenai masalah sosial remaja jer. (macam formal plak ayat nih)

So, tak rugi tengok wayang ni walaupun budgetnyer hanye RM200,000. Tapi, jalan citer sarat dengan mesej dan dapat memupuk budaya kemasyarakatan dan juga perpaduan selaras dengan matlamat 1Malaysia. Kepada semua peminat FILEM malaysia, jangan lepaskan peluang untuk menonton Filem ni. Jom wayang!=)


Kitaorg Rase...
Grafik & Efek
Kamera & Cinematography
Bunyi & Muzik
Jalan Cite
Penutup

Mesti Tengok?

Baca lagi......

Isnin, 20 Julai 2009

SKRIP 7707

Sape yg tak kenal Prof Madya A. Razak Mohaideen yang dah pun wat filem macam-macam. Sekarang ni, dia try wat genre seram pulak dengan terhasilnya SKRIP 7707.

Ini merupakan filem ke-28 bagi pengarah tersebut. Namun begitu, apa yang mengesankan ialah filem Skrip 7707 sudahpun menjalani penggambaran dua setengah tahun yang lalu tetapi hanya baru kini ia ditayangkan kepada umum. Apakah yang menyebabkan perkara itu berlaku?

Agak menarik untuk diperkatakan mengenai filem apabila sembilan cerita digabungkan dalam satu plot penceritaan dan ini menjadikan filem ini menarik untuk ditonton memandangkan elemen kejutan yang sentiasa berlaku setiap 10 minit.

Barisan pelakon

Norman KRU : Burn (Pelakon Utama)
Fasha Sandha : Ayu (Pelakon Utama)
Fouziah Ghous : Syida (Pelakon Utama)
Que Haidar : Zack (Pelakon Utama)
Almy Nadia : Jaja (Pelakon Pembantu)
Pekin : Young Burn (Pelakon Pembantu)
Kenchana Devi Segeran : Indian Lady (Pelakon Pembantu)
Sharifah Shahirah : Old Lady (Pelakon Pembantu)
Mak Jah : Mak Jah (Pelakon Pembantu)
Ruminah Sidek : Mak Jaja (Pelakon Pembantu)
Nora Elina : Nora (Pelakon Pembantu)
Fairul : Corpse (Pelakon Pembantu)
Soffia Shamimi : Shafina (Pelakon Pembantu)
Jehan Miskin : Bob (Pelakon Pembantu)
Shahrul Nizam : Zaki (Pelakon Pembantu)
M.Rajoli: Pak Ali (Pelakon Pembantu)
Maimon Mutalib: Mak Piah (Pelakon Pembantu)

Summary

Filem ini pasal sorang penerbit yang mempunyai himpunan skrip. Dia dalam proses nak menghasilkan sebuah filem seram tapi ade masalah untuk dapatkan idea tulis skrip.

So, beliau pun suruhlah pembantunya buat iklan dalam suratkhabar harian mengenai perjumpaan kepada mereka yang boleh berkongsi cerita – cerita seram berdasarkan pengalaman atau cerita – cerita yang pernah didengar. Yang bestnyer, cerita yang terpilih bakal mendapat hadiah.

Pada malam yang ditetapkan, penerbit tu pun pergila ke lokasi yang telah ditetapkan. Kat tempat pertemuan tu, 9 orang peserta yang telah pun bersedia untuk berkongsi cerita seram dengan beliau ni. Perjumpaan pada malam tersebut telah dirakamkan dalam bentuk video untuk dijadikan bahan rujukan.

Cerita bermula dengan pengalaman penerbit itu sendiri dengan kisahnya yang berlaku semasa beliau mula – mula menjejakkan kaki ke menara gading. Cerita diteruskan dengan pencerita kedua sehingga yang terakhir.

Antara cerita-cerita yang ditonjolkan adalah seperti legenda hantu di asrama yang kehadirannya berpunca daripada kematian seseorang di dalam asrama tersebut dan cerita hantu yang 'menumpang' di hospital lama.

Selain itu, kisah tentang kewujudan hantu yang popular di kalangan orang melayu iaitu hantu raya yang mempunyai kebolehan menyerupai manusia biasa juga ditayangkan didalam babak di mana seorang isteri yang sedang sarat mengandung memerlukan bidan. Konflik mula tercetus apabila bidan yang dipanggil suaminya sampai di rumahnya seorang diri.

Kepercayaan tentang roh yang tidak tenang kerana ada sesuatu yang tidak membenarkannya pergi dengan aman juga dipaparkan di dalam Skrip 7707, seorang lelaki telah meninggal dunia tetapi adik kecilnya masih boleh melihat kehadiran beliau. Apakah yang mengganggu roh abangnya sehingga dia terperangkap di dunia walaupun telah meninggal?

Setelah selesai, si penerbit pun merasa puas hati dengan koleksi cerita yang dia dapat. Setelah mengucapkan terima kasih kepada semua, beliau pun pulang.

Keesokkan harinya, mase penerbit itu tengah siapkan skrip, si pembantu peribadinya memaklumkan kepada beliau mengenai sambutan iklan yang diiklankan dalam ruangan iklan di suratkhabar dan pembantu dia pun bagitau ramai yang berminat untuk berkongsi kisah seram diorang. Pembantunya juga mengingatkan bahawa pada malam hari ini perjumpaan tersebut akan diadakan.

Si penerbit pun terkejut dan naik hairan sebab dia dah wat perjumpaan tu malam semalam. Diikutkan perasaan tak puas hati, beliau pun memainkan semula rakaman yang telah dirakam pada malam tersebut. Terkejut beruk dia bila tengok audio je yang kedengaran, visual? takde langsung.

Persoalannya sekarang, ape benda yang dia jumpa pada malam tu? Beliau sendiri tidak pasti. Yang pastinya, bahan cerita yang diinginkan selama ini telah pun berada di telapak tangannyer



Nah tengok trailer filem nih..P tengok sementara ade lagi di tayangkan..=)



Spoiler (amaran: jgn baca klu nk tonton cite ni!)

Memang macam citer yg biase kite dengar. Ade pasal hantu raye la, hantu dak asrama la, hantu hospital la, dan ade lagi 2 3 hantu. Jlan citer pun macam kite bleh agak. Bab terkejut tu tak bleh kontrol la kalau dah terkejut, nak wat camne lagi? Jeritlah dalam hati kalu taknak malu. Hehee.

Pandangan Kitaorg

Walaupun kos perbelanjaan mencecah jutaan ringgit. 1.37 juta??? macam ade kekurangan la.
Bab solekan tu ok sangat, bab jalan cerita kot.. ntahla..
lagipun aku memang bukan peminat setia cite seram..just tengok2 je kalau ade yang ajak..=P
so, komen-komen diatas adalah secara peribadi mengikut sudut pandangan deria dan perasaan aku..Walau ape pun, LAYAN JER!=)

p/s: tengah tunggu citer SETEM..macam best jer..=p


Kitaorg Rase...
Grafik & Efek
Kamera & Cinematography
Bunyi & Muzik
Jalan Cite
Penutup

Mesti Tengok?

Baca lagi......

Isnin, 13 Julai 2009

Harry Potter and the Half-Blood Prince



Setelah 8 bulan tergantung, akhirnya wayang Harry Potter: The Blood Prince ni akan menjengah di pawagam tempatan. Ramai gak peminat wayang cite ni marah dek kerana penat menunggu. Letih gak r asyik nak tgk bile cite ni nak ditayangkan. hehee..

Half-Blood Prince merangkumi cinta remaja, misi rahsia, dan perang dahsyat yang berlaku. Hollywood menjangkakan ia bakal menjadi box office seperti sequel-sequel nya yang lain kerana ia mesra keluarga dan penuh dramatik, sesuai untuk tontonan pelbagai lapisan masyarakat.

Sedikit demi sedikit fenomena harry potter akan tamat dengan hanya tinggal satu lagi novel JK Rowling berjudul Harry Potter and the Deathly Hallows yang khabarnya akan dibahagikan kepada dua wayang yang berbeza. Dah mula shooting, release date tak sure plak bile.


sebelum pegi usha summary citer ni, korang layan dulu trailer kat bawah ni tengok syok ke tak syok grafik citer ni.



Summary
Set Hogwarts School digunakan untuk kali terakhir. Daniel Radcliffe, Rupert Grint dan Emma Watson memakai baju 'sekolah' mereka buat kali terakhir. Ape pulak yg diorang akan pakai semasa sequel yang berikutnya nanti? Hmmm..ntahla..

oklah..aku story ckit pasal citer ni..

Tahun keenam Harry Potter di Hogwarts ternyata merupakan detik paling best bagi harry potter. Ketibaan seorang guru baru di Hogwarts, Horace Slughorn, menambah perasa dalam kehidupan harry potter di Hogwarts.

Harry potter telah terjumpe satu buku Potion (magik) lama yang dipunyai oleh seorang yang penuh dengan misteri iaitu Half-Blood Prince. Buku tu telah mengajar potter bagaimana untuk memperbaiki sihirnya dan juga menambah kekuatan sihirnya.

Potter juga telah mendapat ajaran istimewa daripada Professor Dumbledore dimana dia telah mempelajari rahsia kegelapan Voldemorts dengan harapan dapat mencari jawapan untuk mengalahkan Voldemort yang mepunyai kehidupan yang abadi. Harry juga perlu mencari Horcruxes dimana rahsia Voldemort berada.

Harry juga jadi lebih stress dengan aktiviti mencurigakan Draco Malfoy yang selalu curi-curi keluar. Harry berpendapat Malfoy menghubungi Voldemort (memang btul pun). Harry jadi obsessed nak tahu ape yang Malfoy rancangkan dan telah menghentikan rancangan Malfoy itu.

Walaupunbegitu, Harry dan rakan-rakan dia masih menjalani kehidupan harian, sibuk dengan kerja sekolah, bermain Quidditch (Harry jadi ketua pasukan) serta berkasih (jiwa remaja..biaselah..=p). Ron pun dah ade awek yeng bernama Lavender Brown yang merupakan pelajar Gryffindor menyebabkan Hermione tidak senang hati aka jealous.

Persahabatan Hermione dan Ron mengalami berbagai cabaran sepanjang tahun persekolahan dan Harry, seperti biasa, tersangkut ditengah-tengah. Harry menghadapi satu dilema percintaan: dia mula sedar yang dia jatuh hati kepada kakak kawan baiknya, Ginny Weasley, yang malangnya sedang berkasih dengan kawan sekelasnya, Dean Thomas. Harry gila bayang kepada Ginny dan hubungan Ron yang lucu dengan Lavender memberikan cerita ini satu dos besar sebuah kehidupan realiti.

Harry telah dilumpuhkan dan disembunyikan menggunakan Jubah Lutsinarnya sendiri oleh Malfoy, tetapi berjaya diselamatkan oleh Luna Lovegood dengan mencari Harry menggunakan Spectrespecs.

Kemuncak kuasa kegelapan Voldemort jelas akan berlaku. Kemuncak penuh aksi pasti akan buat anda tergamam dan tidak dapat dielakkan, membuktikan bahawa anda harus berjaga-jaga untuk mempercayai semua orang yang anda fikir adalah baik serta membuktikan bahawa bukan semua orang dapat meneruskan hidup.

Ending citer ni berakhir dengan kematian seorang yang sangat penting kepada Harry. Iaitu Dumbledore.

Spoiler (amaran: jgn baca klu nk tonton cite ni!)
Jalan citer ni penuh dengan aksi licik dan peperangan yang hebat. Ending boleh nak agak. Lagi-lagi sesiapa yang dah baca novel ni yang dah pun diterbitkan pada tahun 2005 lagi.
Ending citer ni Dumbledore telah mati dan semua org jahat berpesta sebab tiada siapa lagi yg akan tolong Harry untuk mengalahkan Lord Voldermort.

Dalam movie ni pun, ade satu babak dimana Hermoine telah bercium dengan Ron.

p/s: kepada peminat Hermoine (Emma Watson), banyakkan bersabar..
'sabar itu separuh dari iman'

Pandangan Kitaorg
Citer ni agak best untuk kite tengok dgn member, aweks, balaks or even family. Banyak aksi gempak peperangan yang cambest jer. Hahaa..Grafik pun agak memuaskan manakala sound pun hebat macam filem aksi la pulak..

Bagi jalan citer pula, tak semua yang ade kat novel Harry Potter and the Half-Blood Prince digunakan. Ade babak yang terpaksa di potong dan ada juga yang ditokok tambah.

Kesimpulannya, citer ni best dan wajib ditonton di panggung wayang berdekatan korang. Bagi student, tak rugi gune duit ptptn korang pi tengok wayang ni. Jomwayang! =p


Kitaorg Rase...
Grafik & Efek
Kamera & Cinematography
Bunyi & Muzik
Jalan Cite
Penutup

Mesti Tengok?

Baca lagi......