Sabtu, 28 Mac 2009

Review: Knowing (2009)

As korang tau movie Knowing yg ktaorg war2kan dulu dh pun berada di pawagam skang. so before korang tgk, pekata korang bace dulu review psl movie ni. but bhati2, sbb ada spoiler cerita kt bawah ni ;)

Summary
Knowing mengisahkan sorang budak misteri bernama Lucinda Embry (Lara Robinson) yg telah menulis combination numbers pd 50 tahun lps, yg mencatat tarikh berlakunya kemalangan or bencana2 besar dibumi ni sepanjang 50 tahun akan datang. so pd tahun 2009, Ted Myles (nicholas cage) & anaknya Calebs (Chandler Canterbury) telah dpt senarai nombor tersebut.

after buat some research, Ted dapati dari senarai tarikh bencana tersebut terdapat 3 lagi bencana yg belum berlaku. tanpa mengetahui bencana apa yg akan berlaku, Ted cuba utk mengelakkan bencana dari terjadi spt diramalkan. bagi membantu tanggungjawabnya itu, Ted telah melakukan sedikit task mencari latar belakang penulis combination nombor tu.

sementara tu, Calebs plak mengalami kejadian aneh mendengar bisikan2 misteri dan didatangi org2 yg tidak dikenali. berjayakah mereka berdua menyelesaikan misi ini?

Spoiler (amaran: jgn baca klu nk tonton cite ni!)

Kemalangan pertama iaitu kejadian beberapa kapal terbang terhepas akibat faktor cuaca telah berlaku dihadapan Ted sendiri spt yang diramalkan, dan telah mengakibatkan Ted trauma seketika. dari peristiwa itu juga, Ted telah menyedari bahawa combination nombor tersebut bkn sekadar mengandungi tarikh dan jumlah kemalangan, tetapi juga koordinat latitud & longitud berlakunya kemalangan tersebut.

Ted juga telah berjaya menemui Diana Wayland (Rose Byrne) dan Abby Wayland (Lara Robinson juga), iaitu anak dan cucu perempuan kepada Lucinda. Lucinda didapati telah mati bersendirian di rumahnya beberapa tahun lalu, dipercayai terlebih mengambil dos ubat. Bersama2 Ted dan Caleb, mereka berempat berusaha memperbaiki keadaan. Cubaan Ted memberitahu pihak berkuasa mengenai kemalangan kedua tidak diendahkan kerana tiada sebarang bukti... kesannya, ramai org awam mati terbunuh akibat kemalangan keretapi bawah tanah.

Usaha menangani bencana terakhir bagaimanapun berakhir dgn kebuntuan apabila mendapati bencana tersebut sbnrnya adalah hari kiamat, yg bakal berlaku akibat komplikasi pada matahari dimana satu letupan terjadi pada matahari yg seterusnya membakar kesemua planet dalam sistem suria. Ted yg juga bekerja sbg astrologist berjaya memberi amaran kpd org awam tetapi mengakibatkan keadaan manusia huru hara. saranan untuk menyembunyikan diri di bawah tanah atau gua bagaimanapun hanyalah usaha sia2 kerana dia tahu manusia tidak mungkin terselamat dari kejadian itu. Diana pula mati akibat kemalangan ketika cuba menyelamatkan Caleb dan Abby.

Lucinda pula sbnrnya telah mengetahui nombor2 tersebut dari alien yg boleh berkomunikasi dgn mindanya. tujuan dia menulis tarikh tersebut sbnrnya adalah utk memberitahu petanda2 doomsday. Alien itu turut berkomunikasi dengan Caleb dan Abby bagi melaksanakan perancangan mereka. Niat mereka sbnrnya ialah untuk memindahkan seberapa banyak pasangan makhluk bumi ke planet lain. Pun begitu, hanya sepasang makhluk shj yang akan dipindahkan dan hanya Calebs dan Abby shj yang terpilih... akhirnya, kesemua manusia mati kecuali mereka berdua.

Pandangan Kitaorg
Knowing lebih berbentuk kepada thrill-drama, iaini jln cerita yg membawa penonton sentiasa berfikir dan turut sama merasa ketakutan dan misteri spt dialami watak cerita. Kaitan misteri nombor dan bidang astrologi yg cuba dikaitkan juga menjadikan ianya kelihatan lbh logik. Seperti biasa, lakonan Nicholas Cage yg mmg tidak dapat dipertikaikan kehebatannya menguatkan lagi babak drama yg berlaku. Bagaimanapun, kelebihan itu tidak digunakan sepenuhnya kerana pengarah gagal bermain dengan pemilihan posisi kamera dan cinematography yg baik. Mungkin ini berlaku atas faktor kurangnya pengalaman en penerbit dan en pengarah.

Cerita ini banyak bermain dengan efek, terutama sekali apabila melibatkan babak bencana yg berlaku dan untuk babak2 'spoiler' tertentu. Kebanyakkan efek adalah berkesan biarpun ada sesetengah babak spt semasa bencana kedua agak kantoi skit. Bagi kami, penutupnya juga kurang menarik kerana watak hero tidak begitu memainkan peranan. Sekiranya anda pernah menonton filem War of The World, anda mungkin akan merasai perasaan yg sama dlm Knowing. Filem ini juga rasanya tidak sesuai untuk ditonton lebih sekali, kerana perasaan ingin tahu dan misteri sudah tiada.

Ramai yang mempertikaikan mengapa Nicholas Cage mengambil watak ini kerana mgkin cerita sebegini kurang sesuai dengan gayanya yg sering melakonkan watak2 berat spt filem aksi. Namun kami rasakan Nicholas Cage mungkin mahu cuba memegang watak 'manusia normal' spt yg dipegang dlm National Treasure. Biarpun zaman kegemilangan beliau telah berakhir, ditambah dengan kegagalan filem sblmnya Bangkok Dangerous, tetapi peminat beliau tentu tidak akan hampa dengan lakonan yg dibawa :)

Kitaorg Rase...
Grafik & Efek
Kamera & Cinematography
Bunyi & Muzik
Jalan Cite
Penutup
Mesti Tengok?