Selasa, 15 Februari 2011

Sini Ada Hantu 2011



Lagi satu filem Malaysia genre Komedi Seram tahap Tegak Bulu Roma Pecah Perut dah pun menjengah pawagam-pawagam seluruh Malaysia. Diarahkan oleh James Lee, pengarah filem seram Histeria yang berjaya meraih RM2 juta lebih. Filem ni adalah hasil kerjasama antara Astro Shaw dan Double Vision.

Layan dulu trailer Sini Ada Hantu:


Summary



Masyarakat kita tak pernah lekang dari cerita-cerita hantu. Melayu dengan cerita hantunya, Cina dengan hantunya jugak dan India pun ada cerita hantunya jugak. Sini Ada Hantu cuba untuk menggabungkan tiga kisah benar kejadian hantu yang berlaku di negara kita ni dan dicampuradukkan unsur komedi. 

Spoiler (amaran: jgn baca klu nk tonton cite ni!)

Sini Ada Hantu, mengetengahkan tiga kisah hantu yang popular di negara kita iaitu Hantu Pokok Pisang, Hantu Nombor Ekor dan Hantu Jepun.Kesemua cerita berlaku kepada lain orang dan lain tempat.

Kisah bermula bila Ah Meng dan Bakri yang merupakan drebar van termakan umpan 3 kali ganda overtime untuk hantar mayat datuk bos mereka balik ke kampung. Untuk elakkan kebosanan, mereka berdua mulalah bercerita mengenai hantu yang didengar dari kalangan saudara mara jiran tetangga dan walhal oang kampung sebelah sekali pun. 

Disitulah bermula kisah Hantu Pokok Pisang yang dilakonkan oleh Fasha Sandha. Ianya diceritakan oleh Bakri. Kisahnya, seorang remaja kampung yang selalu diejek dan ditertawakan ingin membalas dendam dan akhirnya dia meyeru Hantu Pokok Pisang itu.

Kemudian, Ah Meng pula bercerita mengenai Hantu Nombor Ekor. Kisahnya begini, 4 orang sahabat yang kesempitan wang pergi meminta nombor tilik di sebuah kubur keras. Setelah beberapa siri kematian berlaku, akhirnya salah seorang dari mereka telah dapat nombor itu. Tapi sayangnya~ Semua pun K.O.



Last sekali cerita yang berlatarbelakangkan kisah hantu asrama iaitu Hantu Jepun. Seorang anak belasan tahun, Yakob disumbat kedalam asrama oleh bapanya. Kemudian, di asrama itu ade perkara pelik berlaku. Pelajar kat situ kalau sakit perut nak uk uk malam-malam, diorang akan uk..uk dalam palstik. Yakob tak percaya dan pada satu malam, giliran Yakob pulak sakit perut, dia pun kejut kawan-kawan nak pegi tandas. Tak semena-mena Hantu Jepun menyerang dan mengepung Yakob. Mujur Tukang Keun sempat menyelamatkan Yakob sebelum disembelih oleh askar Jepun. 

Tiba-tiba van rosak dalam hutan. Hantu Datuk kepada bos diorang pun muncul. Van tu bergerak sendiri. Setelah diorang jalan kaki menuju ke arah lokasi penghantaran, diorang terkejut dan pelik macam mana van diorang boleh sampai situ. 

Lepas double confirmkan yang tu adalah keranda datuk bos diorang, apa lagi? Cabut lari lah! ;D
 
Pandangan Kitaorg
Filem ni ok. Sesuai ditonton 1Malaysia dan ada babak yang seram, ada babak yang lawak. Kiranya, filem ni balance lah. So, rating cerita ni adalah 3.5 bintang! Tahniah..Majulah Filem Wayang Malaysia.


Kitaorg Rase...
Grafik & Efek
Kamera & Cinematography
Bunyi & Muzik
Jalan Cite
Penutup
Mesti Tengok?
Baca lagi......